Sepetang Di Eco Majestic Flower Show, Semenyih
Tahun lepas masa tengah viral Flower Show di Eco Majestic ni, ana tak berkesempatan nak pergi. Sebabnya suami kata jauh lokasinya dari kediaman kami ni. Terkulat-kulat laa melihat orang asyik update di IG dan FB kan main cantik lagi dekorasi bunga hiasan pelbagai warna di sana. Malam lagi laa cantik bila kesemua bunga dan dekorasi di sana bernyala lampu led yang berwarna-warni tu. Walaupun bunga-bunga tulip tu bukan bunga asli namun dalam gambar, ya amatlah cantikkan..
Siapa sangka tahun ni, rezeki kami ke sana minggu lepas dan dapat juga lah lepas geram melihat keindahan lanskap di Eco Majestic, Semenyih ni. Kebetulan Sabtu lepas, ada jemputan majlis resepsi perkahwinan rakan sekerja suami di Cheras, ana pujuk la sekali lajakkan ke Semenyih untuk melihat sendiri keindahan dekorasi lanskap di Eco Majestic ni..memang awesome sangat pemandangan dan dekorasi disini, walaupun di siang hari tanpa pancaran neon.
Flower Show Di Eco Majestic, Semenyih
Jauh juga lah nak sampai ke Semenyih ni dari Cheras tu kami menuju je Kajang dan masuk ke Lebuhraya LEKAS dan keluar exit Semenyih. Dari sana memang banyak papan tanda menuju ke Eco Majestic ni. Senang nak cari jalan ke sini. Dan apabila sampai sahaja di pintu gerbang utama Eco Majestic, wow!! Memang satu residensi kediaman mewah yang mempunyai standardnya yang tersendiri. Seperti berada di satu residensi luar negara ala-alaBeverly Hills gitu dengan seni lanskap yang sungguh terpesona pandangan mata. Cantik sangat penuh kehijauan dan deretan rumah berwarna putih bersih.
Dua unit rumah contoh yang kami lawati, suami dan Adik Ika tertarik sunguh dengan interior design di dalam kedua-dua unit rumah contoh ni. Bertemakan moden kontemporari.Residensi di sini agaknya memang tak berpagar kerana dah ada security di pintu masuk utama. Harga seunit pun dari RM800k ke atas walaupun saiz keluasannya sama dengan kediaman ana di BCH ni sahaja. Padanlah dengan konsep kediaman mewah dan persekitaran.Lagipun rumah sekarang ni mana nak dapat teres bawah harga RM300k lagi kan. Rezeki lah kami dah beli rumah awal-awal dahulu sebelum harga jadi mampu tengok je.
Okay lah, jom kita sambung cerita kenapa ana ke sini tengahari tu. ia nya kerana ana nak melihat sendiri keindahan lanskap dengan hiasan bunga-bungaan di Eco Majestic, Semenyih ni sahaja. Memang cantik laa,tak rugi datang dari jauh-jauh. Difahamkan pemandangannya di waktu malam lagi bertambah meriah dengan pertunjukan bunga api dan sinaran lampu-lampu led. Kami tak dapatlah nak stay sampai malam, siang pun jadi lah kan. Meh ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakam kan sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.
Tarikan utamanya ialah kuntuman tulip yang berwarna warni di tengah-tengah taman berlatar belakang kan tasik dan air pancuran. Walaupun bunga-bunga tulip ni sekadar bunga hiasan dengan lampu led di waktu malam, namun dalam gambar ia kelihatan seolah-olah bunga sebenar.
Tapi kan , bukan sekadar bunga-bunga hiasan sahaja yang terdapat disini, ada juga bunga-bunga hidup menghiasi lanskap di taman Eco Majestic, Semenyih.
So, flower show ni sampai hujung minggu ni sahaja setelah di extend kan dua minggu dari tarikh asalnya, kalau korang nak pi sempat lah lagi. Kalau tak tunggu next event la jawabnya. Memang best jenjalan ke Eco Majestic, Semenyih ni.. :)
8 Comments
Cantiknyaaa view 😍
ReplyDeletehaah nani, reseidensi ni memang cantik sangat :)
DeleteCantiknya.. Buat shoot pengantin mesti ohsem..
ReplyDeleteKann Sha, memang sesuai :)
DeleteMasuk kena bayar x??
ReplyDeletepercuma WAFA, cuma hanya dibuka kepada umum bila ada promosinya sahaja :)
Deletehanya dibuka kepada umum bila ada promosinya sahaja. maksudnya bila ada promosi baru boleh masuk ?
ReplyDeleteShow room tu ada sahaja buka untuk public, cuma dekorasi bunga-bunga dan lampu tu biasanya di buka bila mereka adakan sebarang kempen pelancaran terbaharu sahaja. Boleh dapatkan info promo di Facebook Page Eco Majestic, Kay :)
Delete