Lama sungguh ana tak dapat nak join mana-mana Giveaway dari rakan-rakan blogger. Kekangan masa sebenarnya menjadi penghalang. Agak kurang dapat nak blog walking ke laman sahabat blogger. Sibuk dengan urusan seharian dan juga mengejar dateline untuk pelbagai advertorial yang perlu di siapkan. Alhamdulillah setiap minggu ada sahaja rezeki yang singgah, mereka yang mempercayai penulisan ana di www.anajingga.com untuk mempromosi serta produk awareness melalui blog, instagram dan juga Facebook. Semoga bermanfaat buat kita semua, kerana kebanyakan advertorial dari blog ini, sering kali menerjah masuk carian dari laman Google, 




Namun baru-baru ini, selepas di tag seseorang di Facebook, tergerak hati pula nak join Giveaway melalui Facebook. Syaratnya pun mudah untuk dipenuhi dan ana sertai sekali. Alhamdulillah, rezeki tidak pernah salah alamat, diizinNya ana sebagai salah seorang pemenang dan hadiah yang diberikan ialah COZUMA Mattifying Lipstick berserta sebuah keychain dari Italy. Siapa sangka kan, dapat hadiah yang cantik dan sebagai kenang-kenangan ole-ole dari luar negara. Seronok sangat disamping dapat menjalin ukhuwah dengan sahabat Facebook.





Perempuan dan lipstick ni sukar untuk dipisahkan. Macam ana sendiri part lain tu, biasa-biasa pun okay tapi bab lipstick ni wajib di pakai bila bersiap keluar rumah. Bukan apa, pada ana yang kurang bersolek ni, bedak asas dan lipstick dah memadai untuk nampak cantik. Bayang kan tanpa memakai lipstick, pasti pucat lesi laa wajah tak berseri. Dan kalau keluar tu, lipstick antara yang wajib ada dalam handbag sebab lepas makan atau solat, dapat calit semula lipstick dah cukup untuk touch-up wajah kan.



Cozuma Lip Matte yang ana terima ni warna dia Lolly Pink,  sesuai sangat dengan ana, tak terlalu terang dan sedang-sedang sahaja. Mudah digayakan dan teksturnya pun ringan, tak berminyak dan dengan satu sapuan sahaja dan sekata pada bibir. Dari pembacaan ana dari review-review sahabat blogger lain, Cozuma Mattifying Lipstick ni : 

~ Kaya dengan Kolagen
~ Kaya dengan ekstrak papaya untuk bibir yang munggil
~ Kaya dengan Vitamin C dan E untuk melembabkan bibir
~ Kaya dengan minyak Safflower dan minyak biji kapas untuk kemasan satin


Image result for cozuma mattifying lipstick
credit photo : Google Image 

Cozuma Mattifying Lipstick ni di datangkan dengan pelbagai pilihan warna yang sesuai dengan kita wanita Asia seperti Pandora Red, Lolly Pink, Rose I Love You, Berry Me, Sensual Touch, Cherry Blossom dan Peach Passion. Pilih lah mana-mana mengikut citarasa masing-masing. Ianya adalah dari keluaran Hai-O Marketing Sdn Bhd, satu jenama yang telah lama dipercayai dan diyakini rakyat Malaysia. 

Kalau korang berminat nak memiliki dan mencuba sendiri COZUMA Mattifying Lipstick ni boleh sahaja dapatkan info dari Puan Ziana Mat Sudin di sini ;

Facebook :
https://www.facebook.com/ziana.

Atau 

Hubungi terus :
 Whatsapp 018-2420305

Atau

 kunjungi blog : http://www.inspirasisuri.com/

8 Comments

  1. Alhamdulillah...tahniah Ana :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Tahniah Ana...
    Kalau nak tahu LeYa juga ade stok lipstick ni juga... Meh la kalau nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke LeYa, nak bagi boleh je, email kita eh hihi :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. tahniah kak ana..

    ReplyDelete