VEET SENSITIVE TOUCH - SETIAP WANITA PERLU MEMILIKINYA
Hai Ladies... kali ni ana nak bercerita dengan korang semua tentang satu benda yang kita sebagai wanita wajib ada. Perkara ni serius tau, bukan boleh buat main-main..kerana sebagai wanita kita ni amatlah menitik beratkan penjagaan peribadi kan. Jangan terlalu nak nampak cantik luaran tetapi tempat-tempat sensitif dalaman tidak terurus dan dijaga rapi. Kebersihan, kekemasan dan yang penting ia mudah di gunakan dan direka khas buat kita wanita masa kini. Inilah dia produk terbaharu dari VEET, satu jenama yang unggul dalam penjagaan peribadi wanita memperkenalkan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER.
VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER
Kenapa ana katakan setiap wanita harus memilikinya? Kerana ia sememangnya dicipta khas untuk kita. Mencukur adalah perkara yang sering kita lakukan pada tubuh badan. Ruang-ruang sensitif pada badan mudah terluka jika kita masih menggunakan pencukur biasa.Nak-nak lagi main guna je pencukur lelaki pun korang bedal kan. Bahaya tau, sebabnya kulit kita wanita ni agak sensitif dan lembut berbanding dengan kulit lelaki. Jadi perlu untuk korang menggunakan peralatan yang sesuai dengan fitrah kejadian kita.
VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER didatangkan dengan pelbagai fungsi khusus untuk mencukur bahagian-bahagian tertentu tubuh badan seperti bawah lengan, alis mata atau kening dan juga bahagian intim wanita. Kita sendiri tahu, setiap sudut tubuh kita adalah berupa ruang yang berbeza kedudukannya. Jadi VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER memberikan pelbagai saiz mata pencukur dengan keperluan ruang tubuh wanita. Lain bahagian tubuh lain mata cukur yang diperlukan. Pasti ianya memudahkan dan selamat digunakan.
Setiap set VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER yang kita beli, akan disertakan :
1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
1 x comb attachment (2mm & 4mm)
1 x Styler cap
1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
1 x comb attachment to uniform hair length
1 x Cleaning brush
1 x Beauty pouch to take it with you anywhere
1 x AA Battery
Jadi set tersebut lengkap untuk kegunaan wanita mencukur di mana-mana ruang yang diperlukan. Jom ana jelaskan lagi fungsi setiap mata yang ada di set trimmer ni. Lepas ni korang akan lebih faham akan kepentingan untuk memiliki VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER.
Cara menggunakan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER
Lekatkan mana-mana kepala trimmer mengikut keperluan kegunaannya dengan memasukkan bahagian kepala yang berasingan ke bahagian badan alatan dan putarkan arah jam sehingga berbunyi klik.Jika memerlukan sikat, masukkan sahaja jenis saiz sikat yang dikehendaki pada kepala mata cukuran yang ingin digunakan.
Untuk menghidupkan alatan pencukur, pusingkan bahagian bawah dari posisi 0 ke 1 .
Sentuh kulit dengan lembut (tanpa menekan) dan gerakkan ke arah bertentangan pertumbuhan rerambut.
Yang penting, baca arahan terlebih dahulu di dalam lampiran yang di sertakan.
Untuk cukuran wajah dan kening:
Langkah 1 : Trim (kemasan )
Bagi yang mencukur kening gunakan mata cukur di sisi bersaiz 6mm dan pasang sikat. Letakkan trimmer set di bahagian kening dan gerakkan mengikut arah lawan tumbuhan rerambut atau kening.
Langkah 2 ; Membentuk kening
Untuk mendapatkan bentuk kening yang diingini, keluarkan sikat pink, dan gunakan sahaja mata pencukur halus disisi disekitar kening mengikut contour yang dikehendaki.
Cukuran Bahagian Intim Wanita:
Bahagian ini paling sensitif kan setiap kali melakukan cukuran. Dengan saiz tubuh wanita yang berbeza pasti berlaku kerumitan ketika mencukur.Paling di takuti akan tercedera atau terluka kerana ianya bahaya dan mudah terdedah kepada jangkitan kuman.
Namun dengan saiz VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER yang kecil dan panjang ia mudah untuk di gerakkan ke kawasan yang ingin di bersihkan. Ia juga tanpa mata pisau jadi tiada risiko luka pada kulit.So, selamat dan cukuran pasti akan bersih sepenuhnya.
Langkah untuk cukuran :
Gunakan mata cukuran yang besar (20mm) dibahagian atas trimmer set. Sentuh sahaja secara lembut dan gerakkan di sekitar ruang yang dikehendaki mengikut lawan arah pertumbuhan rerambut .
Langkah untuk kemasan :
Masukkan sikat dan gunakan mengikut keperluan kemasan rerambut.
Cukuran atas bibir dan dagu :
Untuk cukuran dagu - gunakan mata cukuran besar (16mm) disisi bahagian tepi trimmer set, sentuhkan sahaja dan gerakkan di bahagian dagu dengan arah bertentangan pertumbuhan rerambut. Maknanya kalau dagu cukuran dari bahagian bawah ke atas.
Untuk cukuran atas bibir pula, gunakan mata halus (6mm) disisi bahagian tepi set trimmer dengan kaedah cukuran yang sama.
Cukuran Sideburn
Langkah 1 : Kemasan
Cukuran sideburns secara keseluruhan dengan menggunakan mata kecil (16mm) disisi tepi dan masukkan sikat. Sentuh dan gerakan ke bahagian sideburns dengan melawan arah pertumbuhan rambut atau dalam erti kata lain dari bawah ke atas.
Langkah 2 : Membentuk
Bagi yang ingin membentuk atau shape sideburns cuma keluarkan sikatnya dan gunakan kaedah cukuran mata yang sama.
Sekarang korang dah jelas kan, bagaimana VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER ni bertindak sebagai alat cukuran yang sangat sangat sesuai dan dicipta khas buat kita wanita anggun. Yang penting ia tidak akan melukakan, bersaiz kecil (sebesar berus gigi electric ),jadi mudah dipegang dan digunakan di ruang-ruang yang ingin dicukur. pelbagai fungsi dengan menukar kepala cukuran dan sikat mengikut keperluan.
Turut dibekalkan satu berus pembersih untuk membersih mata cukuran dan kepala penutup trimmer. Tak lupa juga ada bekas comel sebagai pouch di bawa ke mana-mana. Dapatkan sahaja di mana-mana Farmasi dan Pasaraya diseluruh negara dengan harga cuma RM119 termasuk gst.
Untuk keterangan lanjut korang boleh sahaja ke SINI .
Untuk lebih jelas lagi korang tengok sahaja tutorial dari video yang di sertakan ini,pasti korang lebih yakin dan semangat nak memilikinya sekarang juga :)
4 Comments
Wah banyak fungsinya ni...menarik..
ReplyDeletememang best SA, sesuai untuk wanita :)
DeleteMcm best je ni
ReplyDeletebest sangat TB sesuai kan kegunaan kita :)
Delete