Pelbagai produk berada di pasaran masa kini, semuanya menawarkan rawatan dan penjagaan wajah untuk kelihatan cantik dan menawarkan rawatan jerawat dan jeragat wajah. Yang tak bestnya kebanyakkan produk-produk ini menjanjikan tempoh rawatan segera. Takut pula ana baca caption yang berbunyi ' jeragat hilang dalam masa sehari, dua hari, jerawat hilang dalam masa 15 minit,kulit cerah dan glowing dan sebagainya'. Mahu tak seram bayangkan betapa bahayanya kesan pada kulit jika benar-benar boleh pulih dalam kadar segera ni. Bahaya sangat!! Sebagai wanita kita kena lah bijak memilih produk dan jangan mudah percaya pada janji-janji manis seller dan founder ni. Ermm..sekadar peringatan bersama. 

Kali ini, ana cuba beralih arah dalam mencuba merawat kesan dan parut jerawat pada wajah anak gadis ana. Ketika sibuk dengan persediaan SPMnya tahun lepas, Adik kurang mengambil berat dalam penjagaan wajah dan kesannya, parut jerawat di wajah kekal dan agak tebal kelihatan. Sehinggalah sebulan yang lepas atau lebih kurang tiga minggu yang lalu, ana diperkenalkan dengan satu Krim Rawatan Kulit Secara Semulajadi iaitu BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM. Ia produk yang hanya di jual di farmasi dan mendapat kelulusan ujian Klinik Farmasi Antarabangsa. Jadi bolehlah digunakan tanpa sebarang keraguan kandungan kimianya.




BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM untuk mengatasi masalah kulit


Okay jangan silap ye, BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM ini bukan sahaja untuk merawat wajah tau, malahan ia lebih daripada itu kerana ia adalah krim untuk pelbagai rawatan masalah kulit. Antaranya ialah dapat membantu mengatasi masalah PSORIASIS, ACNE VULGARIS, CONTACT DERMITIS, ECZEMA , RUAM dan sebagainya. Jadi bukan sekadar masalah jerawat sahaja. Cuma untuk anak ana, ianya ana cuba untuk menghilangkan kesan parut jerawat lama yang di alami di wajahnya. Adik mempunyai kulit jenis berminyak dan kering jadi tak mustahil untuknya mengalami masalah jerawat secara berterusan. 

Adik mula menggunakan BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM pada 5hb Mei 2017 yang lepas. Dia akan menyapukannya di bahagian parut jerawatnya setiap malam selepas membersihkan wajah. Krim ini perlu di sapu rata dan di biarkan selama dua jam, elok sangat lah sapu dan tinggalkan seketika sebelum masuk tidur bersihkan semula muka. 

Dan hari ini,29 hb Mei 2017 (tarikh entri di terbitkan ) genab lebih kurang tiga minggu lebih , Alhamdulillah, telah nampak perbezaan pada kesan jerawat di bahagian pipi Adik. Ana jarang memberikan sebarang testimoni pada produk melainkan ia benar-benar menampakkan hasilnya. Di bawah ini, ana collage kan gambar parut jerawat di pipi Adik sebelum dan selepas menggunakan BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM selama hampir sebulan. 


Kiri : Sebelum rawatan dengan BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM
Kanan : Kesan selepas sebulan rawatan dengan BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM


Gambar kiri adalah sebelum menggunakan BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM di mana parut jerawatnya tebal dan merah di bahagian pipi , manakala gambar sebelah kanan dengan tudung putih tu kesan selepas hampir sebulan menggunakan BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM. Dapat dilihat dengan jelas, parut jerawat kian menipis dan mulai pudar malahan tidak ada lagi bintik-bintik merah jerawat baru muncul di sekitar wajahnya. Seperti yang ana nyatakan di atas tadi, rawatan secara klinikal ini memang mengambil masa dan bukan boleh hilang sekelip mata kerana ia menggunakan bahan semulajadi dan juga tanpa bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Ana yakin sedikit masa lagi, kesan parut jerawat di wajah Adik akan hilang dan terawat sepenuhnya, In Shaa Allah.

Jom ana ceritakan serba sedikit tentang BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM. Ia memang lah tidak begitu dikenali di Malaysia kerana ia hanya di jual di Farmasi dan bukan dijual oleh seller yang yang ghairah mengiklankan produk mereka. Dan sekali lagi ia juga bukan produk kecantikan kerana ia turut sesuai merawat pelbagai masalah kulit pelbagai golongan dan ianya bebas steroid dan paraben jadi sesuai untuk kanak-kanak di usia atas 3 tahun. 




Kandungan bahan di dalam BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM ini terdiri daripada Beta -Glucan ( Oats ) ,minyak kelapa, minyak linseed dan nano-silver untuk anti-bakteria. Ambil perhatian, bahawa setiap kulit kita adalah berbeza, jadi ana cadangkan sebelum mencuba sesuatu produk, sapukan sedikit terlebih dahulu di sekitar tangan atau bahagian kulit lain terlebih dahulu, dan jika ia tidak menunjukkan sebarang kesan negative maka ia mungkin sesuai untuk rawatan wajah.
 

Image may contain: text and food

Begitu juga dengan kekerapan penggunaan nya adalah berbeza mengikut masalah kulit yang dihadapi. Jika masalah kulit seperti Eczema atau rekahan pada tumit kaki, jadi perlulah lebih kerap penggunaannya untuk kesan rawatan yang lebih efektif kan..


Testimoni dari pengguna BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM

Kesan untuk rawatan Psoriasis (kulat air )






Rawatan untuk kulit merkah di tumit 




Dimana nak beli BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM


Produk klinikal BETA SKIN NATURAL ACTIVE CREAM ini didatang dalam dua saiz di pasaran iaitu kandungan 50ml dan 250ml. 
RM58- 50ml
RM189-250ml
(harga mungkin berbeza di farmasi berbeza)


Ia boleh di beli secara online di LAZADA MALAYSIA dan juga di Alpro Pharmacy Outlets dan AA Pharmacy Outlets serta Farmasi  seluruh Malaysia. 

atau 

 Sebarang pertanyaan boleh email ke  : 
jenny@triv.com.my

atau

layari web :  www.betaskin.pl

DEALERS FARMASI SELURUH MALAYSIA (klik untuk besarkan )


(Kredit info dan foto di SINI ) 

Jadi jangan lupa mencuba BETA SKIN - NATURAL ACTIVE CREAM untuk mendapatkan rawatan untuk masalah kulit yang dihadapi, kerana ana yakin hanya dengan rawatan secara klinikal dapat memberikan hasil yang benar-benar berkesan. 

1 Comments

  1. boleh je Ain, dapatkannya di mana-mana Farmasi kay.

    ReplyDelete