Tuhan sahaja yang tahu betapa agungnya cinta dan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya. Tiada ungkapan selain dari iringan doa yang berpanjangan buat ibunda kita tak kira yang masih ada atau pun yang telah pergi meninggalkan kita. Dan bila tibanya hari istimewa untuk meraikan mereka, kita sering kali hilang idea dan tercari-cari apakah hadiah yang paling istimewa sebagai kenang-kenangan dan ungkapan kasih sayang buat mereka. Walaupun mereka tak pernah meminta itu semua, namun sebagai anak, adalah tanggung jawab kita untuk membalas segala jasa dan bakti biarpun tidak terbalas dan paling tidak pun dapat mengembirakan mereka.

Bagi anak-anak yang masih tercari-cari idea untuk menghadiahkan sesuatu buat para ibunda, ana ada satu cadangan buat korang semua. Kalau korang memang ada bajet besar mungkin boleh sahaja hadiahkan barang kemas, produk dan aksesori berjenama kan..tapi bagi yang kurang berkemampuan namun masih ada keinginan untuk menghadiahkan sesuatu yang rare dan special buat ibu, apa kata korang hadiah sebuah mug. Bukan mug biasa tau! Mug ini mempunyai cetakan gambar saat-saat manis kita dan ibu dan juga baris-baris ayat yang indah buatnya. Macam ana punya ni...cantik kan? Ana abadikan gambar bersama Mak dan Adik di sebuah mug sempena Hari Ibu yang bakal menjelang tak lama lagi...



Ana abadikan gambar bersama mak dan adik lelaki ketika kami bercuti sekeluarga di Cameron Highland beberapa tahun dahulu. Ketika itu mak masih kuat dan sihat untuk berjalan jauh berbanding sekarang mak kurang tenaga untuk berjalan jauh-jauh lagi. Dan ana nyatakan juga satu caption yang mudah dan ringkas khas buat mak ' Sayang Mak Kami..'. 





Cantik tak mug yang ana nak hadiahkan untuk mak sempena Hari Ibu yang dah dekat ni. Pasti mak kita akan terharu dengan pemberian sebegini kan.. Bukan sekadar cetakan gambar yang kita kehendaki, juga ada di sertkan ucapan Hari Ibu serta kata-kata indah buat ibu. Bermakna sekeliling mug membawa seribu pengertian dan terukir indah. Sweet sangat 💗💗



Lebih istimewa juga dengan mug ini, bukan sekadar cetakan di luar mug malahan di bahagian dalamnya juga terdapat cetakan ucapan HAPPY MOTHER'S DAY. Dan percaya tak sebiji mug yang awesome ni cuma berharga RM30. Satu bajet yang berbaloi untuk di hadiah kan buat insan istimewa di dalam hidup kita. Dimana nak menempah dan membeli mug istimewa ni? Korang boleh je klik ke SINI  

Creative Sublimation Motto Mugs dari BestSub 


Mug yang unik dan personalise idea ni di panggil Motto Mug dari www.bestsub.my . Ada tiga template design yang di tawarkan untuk hadiah  istimewa buat yang tersayang  iaitu Happy Mother's Day, Happy Birthday dan I Love You. Korang boleh menempah salah satu dari mana-mana tema dari template yang disediakan di BestSub ni sebagai hadiah untuk Hari Ibu, Valentine's Day bagi yang menyambutnya dan juga hadiah Hari Lahir secara personalize iaitu cetakan mengikut kehendak foto-foto yang korang inginkan. Pasti ia sangat unik kan...tidak di jual di mana-mana gift shop pun. 




Sesuai sangatlah dengan sloga mereka di BestSub iaitu ' Best Sublimation Expert'. BestSub Malaysia mengutamakan kepakaran di dalam pembuatan dan pemasaran dalam bidang alatan percetakan atau pun press machines, cutting plotters, sublimation suplies, photo crystal, badges (lencana) textiles, bahan pengiklanan dan juga servis percetakan khasnya hadiah-hadiah korporat,cenderahati, hadiah peribadi dan sebagainya. 


 
Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan korang boleh lah klik ke mana-mana link yang sesuai yang ana berikan di bawah. 

Untuk pertanyaan urusan perniagaan : 

BestSub Malaysia,
Liberty Printing Sdn Bhd (1080784-T)
Sublimation Blank Supplier
No 6,6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre,
42100 Klang, Selangor.

Waktu urusan: Isnin-Sabtu (9 am - 6 pm)

Hubungi : Ms Elaine - 019 985 8151 atau Mr Steven - 019 323 1515

Email : enquiry@libertyprinting.com.my

Laman web : www.bestsub.my


     

12 Comments

  1. Asalam geng bloger..wah bestnya. lama tak ke sini..sama2 klik ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Etuza, lama tak berkunjung kan :)

      Delete
  2. klik iklan juga...nak tengok apa yang menarik..ada rezeki klik ke iklan kat blog saya ya hehehehe..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kan NA, unik sangat kalau dijadikan hadiah buat ibu :)

      Delete
  4. Bagus juga hadiah begini...thanks for sharing address link tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome Kak Mala, boleh sahaja order nanti ye :)

      Delete
  5. Cantiklah mug tu ..anak saya buat kat ucapan sendiri je kat Mama derang ..
    ..
    Mak saya lak, nak hadiah top up .. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi top up sebulan terus untuk mak HH :)

      Delete