Kenapa ana panggil menu recycle? Sebabnya ana gunakan lebihan kurma ayam semalam yang disimpan di dalam fridge dan dijadikan bergedil ayam yang sedap dan mudah sangat untuk di sediakan. Tambah-tambah lagi kita dah hampir dengan ketibaan Ramadan dalam dua minggu sahaja lagi, In Shaa Allah.Ana pasti ramai di antara kita suri rumah ni, banyak makanan atau masakan iftar tak habis, kita simpan dalam peti sejuk.Nak makan semula jadi jemu pula dengan menu yang sama, jadi apa kata kita kongsi idea, recycle semula kepada menu baru. Projek menu recycle ana kali ini,bergedil ayam.



Cara buat bergedil 


Bahan-bahan yang ana gunakan:

Ubi Kentang - ikut lah banyak mana nak gunakan
Isi Ayam - di potong dadu (ana gunakan lebihan dari masakan kurma dan di carik-carikan isinya)
Bawang holland atau kalau tak ada bawang besar pun boleh jer, potong dadu
Daun Sup - di potong halus
Daun Bawang - di dadu
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Sebiji telur
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Rebus kentang sehingga empuk dan buang kulit kemudian di lenyekkan ketika masih panas.



2 .Setelah siap, letakkan kesemua bahan seperti isi ayam atau daging , bawang, daun sup, daun bawang,garam dan lada sulah ke atas kentang yang telah siap di lenyek tadi.




3. Satukan kesemua bahan dan bulat-bulatkannya kemudian di bentukkan leper sedikit lebih kurang bentuk bergedil biasa tu kan. Dadar kan telur di dalam mangkuk, celup dan goreng di atas api yang panas secukupnya.





4. Jangan lupa balik-balikkan bergedil ketika menggoreng nanti kay.Siap dah bergedil mudah, menu recycle dari isi ayam.Kalau korang tak ada menu recycle, letakkan sahaja isi ayam yang di potong halus atau pun kalau nak gantikan dengan daging pun sedap. Selamat mencuba kay :)




10 Comments

  1. Wah terbaik lah kak ana... memang bulan puasa ni runsing kalo bab lebih2 makanan nih.. kita yg masak lah yg rusim nya yg lain tak ambil kisah huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang macam tu kan wani, kita kongsi-kongsi idea sana-sani, may be dapat bagi idea nak masak apa :)

      Delete
  2. Terbaik k.ana..lg2 part dada kn..mmg xlaku sgt kt umah ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la Alia, kalau isi rumah kak ana pun selalu tersadai dalam periuk tu :)

      Delete
  3. Yang selalu berbaki di rumah adalah dada ayam. Banyak isi, sesuai dibuat begedil 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai sangat ti nour,carik-carikkan sahaja :)

      Delete
  4. bergedil ni macam makanan wajib kalau bulan puasa. Sedapnya..yum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Sal, kak ana pun suka makan bergedil ni :)

      Delete