Siapa suka makan sate ? Mesti la suka, ada ke yang tak suka,macam pelik jer kan. Dalam banyak-banyak sate, sate apa yang paling anda suka? Ana paling suka sate perut, memang terbaik lah. Tapi kan kita dah biasa dengan sate daging, sate ayam, sate kambing, sate rusa dan sebagainya. Kali ni telah terhasilnya inovasi terkini penghasilan Sate Tuna..Ya Sate Tuna, dengar pun dah teruja kan..macam mana agaknya rasa Sate Tuna ni.Jangan risau kerana kini kita akan dapat mencuba menikmati Sate Tuna di rangkaian Satay Station di Lembah Klang.



Sate Tuna menawarkan pendapatan tambahan buat usahawan sate tempatan




Baru-baru ini, pada 11hb Mei 2017 yang lalu Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memperkenalkan produk inovasi baharu Jabatan Perikanan Malaysia yang diperkenalkan semasa MAHA 2016. Ia sebagai galakan mempromosikan hasilan daripada ikan Tuna, bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang di negara kita. Ia dijangka boleh membawa pulangan besar melebihi RM5,000 kepada usahawan tempatan. Baguskan..pasti menguntungkan dan menambahkan lagi pilihan sate yang dapat dinikmati.



Difahamkan juga Sate Tuna ni dibuat seratus peratus daripada isi ikan Tuna dan kalau kita baca bahawa ikan tuna ni memang banyak kandungan khasiatnya kepada kesihatan dan sesuai untuk diet sihat. Bagus ni, rasapun mesti sedapkan dan paling penting ia berkhasiat.

“Sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. Berasaskan nutrien dan khasiat  isi ikan tuna ini, sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat. Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna’ ujarnya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront di sini hari ini.



Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, sebagai permulaan untuk mempelbagaikan varieti sate yang sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.


Wahh!! Nampak pun dah macam sedap sangat kan..Bila la ana nak mencubanya. Tak sabar nak try menu-menu baru ni. Tambah lagi sate kan, antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ana macam nak ke Satay Station cawangan yang terdekat lah, nak mencuba sendiri keenakan Sate Tuna ni. 



Namun bagi mereka yang berada di luar Lembah Klang, jangan risau kay. Kerana menurut Datuk Seri Shabery pihaknya akan terus giat melahirkan usahawan Francais Sate Tuna untuk meluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna di seluruh negara. Ini merupakan satu langkah ke hadapan, bagi menampung keperluan permintaan pada masa akan datang bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang maju.Ternyata, peluang perniagaan baru sebegini perlu direbut oleh para pengusaha kerana pasarannya masih luas,” kata Datuk Seri Ahmad Shabery.




Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan.




Jadi bagi usahawan diluar sana yang berminat untuk menceburi satu lagi cabang perniagaan khasnya dalam industri pemakanan kenapa tidak mahu mencuba menu baharu ini. Dan khas untuk kita yang kaki makan ni, jangan lepaskan peluang untuk menikmati satu lagi juadah yang bakal menjadi menu utama sate di tanahair iaitu Sate Tuna. Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

 Tel​: 03 – 8870 4234
Faks​: 03 – 8881 0343
Email​: ukk@dof.gov.my ; pro@dof.gov.my




2 Comments