Cuaca sejak dua menjak ni memang panas terik kan. Dari seawal pagi lagi dah mula terik sehinggalah ke waktu malam. Fenomena cuaca panas kering ni diramalkan berlarutan sehingga ke hujung tahun nanti. Ramalan lah kan.. Waalalhu a'lam. Untuk menyejukkan diri, pastilah penghawa dingin menjadi pilihan. Dari siang hari, jika berada di pejabat atau di dalam kenderaan dengan penghawa dingin, malam pula di dalam rumah berlarutan hingga ke pagi berhawa dingin. Memang sejuk dan selesa namun kesannya pada kulit lah kan. Nak-nak lagi pada kulit wajah kian mengering.



Pening juga bila memikirkan masalah kulit wajah kering ni, namun siapa sangka kan, bila di beri peluang untuk mencuba sendiri satu produk jenama yang telah berpuluh tahun berada di pasaran, malah sentiasa mendapat maklum balas positif di peringkat antarabangsa. Siapa tak kenal dengan Eucerin®. Satu produk penjagaan kulit yang mendapat pengiktirafan pakar dermatologis antarabangsa. Kali ini seiring dengan kemajuan arus masa dan teknologi Eucerin® menampilkan dalam bentuk semburan di wajah.  Eucerin® Aquaporin Mist Spray menjanjikan satu alternatif pelembab wajah dalam bentuk semburan dan sesuai untuk kulit yang senstif.

EUCERIN AQUAPORIN MIST SPRAY



Jika sebelum ini, selepas mandi dan mencuci muka, ana akan memakai penyegar terlebih dahulu, kemudian barulah menyapukan krim pelembab pada wajah. Sejak diperkenalkan dengan Eucerin® Aquaporin Mist Spray ni, mudah je cuma perlu spray atau sembur pada wajah. Jarakkan semburan 20cm pada wajah dan sembur kan. Di awal penggunaan, tak terasa sangat lagi kesan lembabnya, tapi bila dah mula menggunakannya berkali, kulit wajah terasa sentiasa lembab dan segar. Di waktu malam selepas mencuci wajah, ana semburkan juga pada wajah sebelum tidur dan bangun subuh, wajah masih terasa lembab dan segar. Best sangat rasanya.

Ana pasti ramai yang dah mengenali keberkesanan produk Eucerin® cuma kali ini ana nak berkongsi kebaikan dan serba jelas mengenai inovasi terbaharu mereka iaitu Eucerin® Aquaporin Mist Spray.





Semburan wajah kini merupakan sebahagian penting di dalam rutin penjagaan wajah serta merupakan solusi bagi menyegarkan dan mengurangkan kelesuan semasa perjalanan. Selain itu ia juga berfungsi untuk mengunci kelembapan agar kulit tampil muda dan licin. Semburan wajah bukan sahaja membantu anda menghadapi cuaca sepanjang tahun, malah semburan menyegarkan ini sangat sesuai digunakan pada musim panas. 

Dengan pengalaman melebihi 100 tahun dalam bidang perubatan dan kajian kulit, Eucerin® telah menjadi sebuah jenama yang sentiasa melahirkan produk dermatologi berinovasi dan kini memperkenalkan Eucerin® Aquaporin Mist Spray dengan manfaat 10 dalam 1 yang mempunyai formulasi unik dan berkesan untuk meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 30 kali ganda.

Sementara semburan wajah yang biasa menyejat dengan cepat di udara menjadikan kulit lebih kering dan akhirnya menjadi sensitif; Eucerin® Aquaporin Mist Spray sebaliknya menawarkan lebih dari sekadar air. Dengan Hyaluronic Acid, ia memastikan kulit kekal hidrat lebih lama. Ia mampu mengunci kapasiti air di atas permukaan kulit wajah agar dapat memberikan kelembapan yang berpanjangan. Hyaluronic Acid juga mengandungi manfaat anti-penuaan yang dapat mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan.

Eucerin® Aquaporin Mist Spray juga mengandungi bahan-bahan lain yang mampu mencerahkan, menambah serta melegakan kegatalan kulit. Dengan Gliserin, sejenis bahan yang mampu mengurangkan kadar kehilangan air amat berkesan untuk menarik molekul-molekul air dari persekitaran sekeliling seterusnya membekalkan penghidratan segera pada kulit. Pengguna juga akan mendapat manfaat melalui ramuan inovasi Gluco-Glycerol yang merupakan alga biru-hijau yang sangat berkesan untuk mengatifkan Aquaporin- salur pengedaran kelembapan semulajadi yang berada di dalam lapisan kulit. Aquaporin ini berfungsi dari dalam untuk memberikan kelembapan antara sel-sel kulit dan mengimbangkan kadar kelembapan kulit.  




Secara ringkasnya, boleh lah ana nyatakan 10 dalam 1 kebaikan EUCERIN AQUAPORIN MIST SPRAY ialah :

~ 30 kali lebih Hydration pada wajah

~ Mengunci kelembapan pada wajah

~ Mengagihkan kelembapan pada wajah secukupnya

~ Menghilangkan kekeringan dan alahan pada wajah

~ Menyejukkan wajah

~ Merawat parut wajah

~ Sebagai anti penuaan (anti-aging)

~ Melembutkan wajah

~ Mencerahkan wajah

~ Menyegarkan wajah 

Eucerin® Aquaporin Mist Spray amat sesuai untuk:

a) Individu yang aktif di lapangan

Berada di luar sepanjang masa akan mendedahkan kita kepada cahaya matahari, ditambah pula dengan pencemaran udara memerikan kesan yang amat buruk kepada kulit manusia. Pendedahan kulit kepada pencemaran udara juga turut berkait rapat dengan masalah penuaan kulit pra-matang dan masalah kulit lain. Dengan sekali semburan Eucerin® Aquaporin Mist Spray ia dapat memberikan kelembapan dan kesegaran pada kulit serta merta.

b) Rawatan kulit kering

Kulit kering merupakan masalah lazim yang sering berlaku memandangkan kita sering berada di dalam suasana berhawa dingin disebabkan iklim panas tropika. Berada di dalam rumah dengan keselesaan penghawa dingin tidak bermakna kulit akan kurang terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Dengan penyaman udara, kulit akan cenderung untuk kehilangan kelembapan yang mengakibatkan iritasi dan kulit kusam.  Dengan semburan Eucerin® Aquaporin Mist Spray membolehkan kulit kembali aktif, lembap, licin dan berseri. Setiap semburan bukan sekadar menyegarkan tetapi turut membekalkan kelembapan kedalam setiap lapisan kulit.

c) Pengguna alat solek

Apabila menggunakan Eucerin® Aquaporin Mist Spray kulit wajah akan kelihatan lebih segar dan mulus menjadikan solekan lebih mudah digunakan. Dengan saiz partikel yang halus ia dapat meresap kedalam lapisan kulit menjadikan permukaan kulit lebih halus. Mengakhiri rutin solekan dengan semburan ini juga akan memastikan solekan pada wajah lebih tahan lama. 


Eucerin® Aquaporin Mist Spray boleh didapati dalam saiz 50ml pada harga RM21.90 manakala semburan bersaiz 150ml dijual pada harga RM45.90. Eucerin® Aquaporin Mist Spray kini boleh didapati di farmasi terkemuka seluruh Malaysia. 

 Pusat Penyelidikan Beiersdorf AG


Pusat Penyelidikan Beiersdorf AG merupakan pusat penyelidikan terbesar dan paling maju di German. Lebih dari 650 para saintis antarabangsa menyumbang terhadap pembangunan dan inovasi produk Eucerin®. Dengan komitmen beserta dedikasi dalam membuat penyelidikan, Eucerin® sentiasa memperkenalkan produk penjagaan kulit yang terkini dan bekualiti, memberikan manfaat kepada semua pengguna. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tee Shien Toh – Pengurus Kanan Jenama, Eucerin® 

Tel :  03-7957 6443 

atau 

emel :  TeeShien.Toh@beiersdorf.com



10 Comments

  1. Replies
    1. best sangat EUCERIN ni NH, kalau ngantuk pun spray kat wajah terus segar semula hihi :)

      Delete
  2. memang penting ni sebenarnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,kena ada dalam beg setiap masa

      Delete
  3. Makin berserilah wajah kak ana raya nie ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang best tu Sha, ia mengekalkan kelembapan wajah kita :) supaya sentiasa segar

      Delete
  4. Sis, nak tnya..boleh pakai berapa kali dlm sehari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Rosmaira, boleh sahaja guna kan beberapa kali selepas membersihkan wajah sebagai pelembab wajah, In Shaa Allah :)

      Delete
  5. sis.. i ada masalah jerawat yang gatal .. boleh pakai ni ?? sebab i da beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Suraya, Eucerin Aquaporin ialah sejenis ajen pelembab untuk wajah, mungkin juga sesuai dengan jenis kulit Suraya. Cuba lah namun ia bukan produk untuk menghilangkan masalah jerawat kerana ia pelembab sahaja :)

      Delete