Riang Ria Syawal Yang Di Nanti
Berlalu lah sudah Ramadan Kareem, bulan penuh kerahmatanNya, di mana setiap hambaNya yang beriman berlumba mencari redhaan Maha Pencipta di setiap ruang waktu yang ada. Alhamdulillah, fajar Syawal 1438H yang di nanti, masih diberiNya kesempatan untuk kita meraikan satu lagi kemenangan ganjaran terindah setelah berakhirnya sebulan menunaikan rukun Islam yang disyariatkan. Semoga setiap amalan yang telah dilakukan dengan niat kerana Allah swt mendapat pahala yang berkekalan disisiMu, Aamiin.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, selepas ketiadaan ayah dan ibu mertua,ana sekeluarga akan beraya di Teluk Intan, Perak, desa kelahiran tercinta. Kali ini agak berbeza sedikit situasinya di mana kami balik dua hari awal sebelum Raya. Ini kerana kami kena mengambil Adik Ika di KMPk di Gopeng terlebih dahulu kerana dia perlu mengosongkan kolej kediaman pada hari Khamis tersebut. Berkejaran jugalah dari rumah menuju ke Gopeng sebelum jam 7 malam namun kelewatan juga akibat kesesakan teruk di lebuhraya PLUS selepas Tapah ke Gua Tempurung. Bertabah lah kan, dah nama lagi Raya, trafik jem satu dari agendanya.
Bila balik awal ni, sempat lah menolong mak dan adik di rumah membuat persiapan awal Syawal. Petang raya tu, mak masak ayam pencen buat rendang, haha..bertabahlah mengacau rendang hingga ke malam, nasib juga mak gunakan dapur arang, jimatlah gas. Dari pukul 4 petang jam 8 malam baru lah selesai merendang ayam pencen. Tapi rendang mak tetap nombor satu di hati kami semua. Lemang pula kami beli sahaja dan disedekahkan oleh bapa saudara ana 4 batang lagi. Alhamdulillah, rezeki kan.
Pagi Syawal seperti kelazimannya, kami sekeluarga akan menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid At-Taqwa , Padang Tembak. Seronoknya masih diberikanNya kesempatan untuk solat sunat sekali lagi disini. Hari Raya pertama ni, memang tak ke mana sangat, balik solat, makan-makan dan sessi bergambar. Kemudian kami ke kampung rumah ibu saudara ana bertemu sepupu sepapat, meriah sakan kata ko. Dan sebelah petang tu, ana di kunjungi seorang sahabat lama kawan dari sekolah rendah lagi, Puva dan anaknya. merasalah Puva makan lemang dengan rendang ayam pencen mak. Rupanya Puva memang peminat lemang dan biasa juga makan ayam pencen ni. Tq Puva for coming 💗
Dan disambung pula kunjungan Pak Uda sekeluarga serta Acu sekeluarga. Ramai dan meriah sungguh. Alhamdulillah. Raya kedua pun kami masih di rumah lagi.
Menu hari raya kedua, ana membantu adik ipar masak laksa utara seperiuk besar untuk di sajikan buat tetamu yang bakal bertandang. Dan yang istimewa hari raya ke dua ni, kehadiran kawan-kawan lama ketika di sekolah menengah, Megat sekeluarga dan juga Sharon Tan. Tak sangka dapat berjumpa semula Sharon selepas kali terakhir ialah ketika kami di Tingkatan 5, HMSS,berpuluh tahun yang lalu.
Satu Malaysia kan kengkawan yang datang tahun ni, inilah persahabatan kami ketika membesar di sekitar 1990-an bersekolah dalam komuniti muhibbah yang mengembirakan. Dan kekal bersahabat sehingga ke saat ini. Malam raya kedua kami ke rumah besan abah, Tok Ya dan rumah Acu di Keretina. Rumah Tok Ya menu laksa Makcik Lamah yang awesome pastu sambung lak makan nasi lauk baung dengan udang galah..walllaaa. Rumah Acu pula ada ketupat daun palas, yang makin rare nak jumpa time-time raya sekarang ni.
Petang Raya tu dapat juga menikmati laksa mee Pangkor air tangan we Midah, mak saudara ana. Memang terbaik laa laksa mee Pangkor we ni, tak boleh nak celen kata orang Perak .Malam Raya kedua tu kami ke rumah Cu di Hutan Melintang, walaupun terpaksa menempuhi jem sehingga ke Simpang Empat, namun hidangan mee kari dan nasi dagang Ganu Cu memang melenyapkan keletihan. Sedap bangat tu.
Raya ke tiga adalah raya terakhir kami di Teluk Intan. Memang dah plan awal-awal dalam group whatsapp nak gather2 dengan kawan-kawan MGS yang lain. Namun masing-masing ada komitmen sendiri. Apapun syukur Alhamdulillah dapat juga berkumpul enam sahabat lama kali ini. Seha, Sanisah, Ida, Nani, Soliha dan ana sendiri. Janji nak jumpa pukul 5 petang, tapi sebelah tengahari tu ada jemputan kenduri di rumah sepupu di Batu 7, biasa lah kenduri time raya, dari satu rumah ke satu rumah, akhirnya pukul 5:30 baru dapat jumpa kawan-kawan ni selepas postponed kan time nya sedikit.
Inilah best moment kami kalau dapat berjumpa, dua jam berlalu tak cukup rasanya bila masing-masing riang ria nak bercerita. Paling seronok kali ni dapat jumpa Sanisah, silent reader dalam group, tapi dengan bantuan Nani, dapat jugak kipnap dia datang rumah ana kali ini. Begitu juga dengan Soliha sempat luangkan masa ke rumah bersama anak-anak buahnya sekali dia angkut. Memang meriah, dan tak lupa juga dengan Seha walaupun sibuk masih sempat singgah. Alhamdulillah. Ana, Ida dan Nani ni memang ahli mesyuarat tingkap, cuma tak cukup korum Nonie je tak ada, sedih gak namun kena faham kanak-kanak MGS kini masing-masing ada komitmen lain, urusan rumahtangga dan sebagainya.
Esoknya pagi kami dah bertolak balik ke KL dan berehat sehari di rumah sebelum ke Bentong dan Kuala Lipis menjengok pusara kedua mertua sambil beraya bersama ipar duai di sana. Malam tu balik sekali lagi menempuh kesesakan dari Benta ke Raub dan sambung pula di Hiway Karak ke KL. Inilah catatan Aidil Fitri 1438H ana sekeluarga. Setiap tahun syukur sangat penuh kemeriahan dan keriangan. Alhamdulillah.
8 Comments
Meriah raya kak Ana. Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin
ReplyDeleteAlhamdulillah CP, Salam Lebaran Maaf Zhir dan Bain juga dari kak Ana untuk CP sekeluarga
DeleteAlhamdulillah, ni memang raya sakan namanya.seronok tengok kawan macam-macam bangsa ada.Ni baru tiga hari ni, tak sabar nak baca sambungan. Jamu mata jelah, takde mesin doraemon nak ambil makanan dalam blog ni.haha
ReplyDeleteAlhamdulillah Sal, kena order satu mesin doraemon kan bila singgah blog time2 raya ni, macam-macam adaaaa :)
DeleteSelamat hari raya k.ana...baru sempat nak jejalan sini...
ReplyDeleteSalam Lebaran juga dari kak ana untuk Sha sekeluarga :)
Deletemasih dalam mood beraya ke Kak Ana ? selamat aidilfitri maaf zahir batin..
ReplyDeleteRaya sebulan kan CT hihi, Salam Lebaran Maaf Zahir dan Batin juga dari kak ana untuk CT sekeluarga :)
Delete