Lain orang lain hobinya, lain minatnya dan lain juga koleksinya. Nak simpan koleksi jam tangan, handbag memahal memang diluar kemampuan lah untuk ana. Tapi ana ni memang seorang collector. Macam-macam benda ana nak collect dan simpan.Percaya tak, ana ada koleksi tin-tin, koleksi keychain, koleksi kotak-kotak dan gift box dan yang paling ana sayang koleksi fridge magnet. Semua tu ana simpan sebab ada sentimental value nya dan kebanyakan koleksi ni mendapat support dari kawan-kawan dan saudara mara. Lagilah semangat nak teruskan. 


Pelbagai Koleksi Fridge Magnet

Dan yang terbaharu dua fridge magnet customize yang ana tambahkan pada koleksi di peti sejuk di rumah yang dah kian sarat tu. Sebenarnya satu je sebab satu lagi ana hadiahkan buat BFF ana, Nonie yang mana di cetakkan gambar dua hero hensemnya Eim dan Rayyan. Fridge Magnet untuk koleksi ana pula ni ana cetakkan gambar kami empat sekeluarga.


Cantikkan dan unik sangat bila kita dapat memiliki fridge magnet dengan customize gambar keluarga sendiri ni. Korang juga boleh memiliki fridge magnet sebegini dengan membuat tempahan di www.printcious.com/my atau lain-lain online shop yang turut membolehkan custom made kan fridge magnet dan sebagainya. 


Pada ana setiap satu fridge magnet yang ana miliki ini ada sentimental valuenya yang tersendiri.Macam yang ana katakan di awal tadi, kesemua fridge magnet adalah koleksi ana sendiri dan juga hadiah dari sahabat dan sanak saudara yang banyak support hobi ana ni. Ada yang datangnya dari luar negara dan dari pelbagai tempat-tempat menarik di tanahair kita juga.

Untuk koleksi yang ana beli ni, selalunya ana dapatkan dari mana-mana destinasi yang kami sekeluarga bercuti sebagai tanda mata. Dan ada juga yang di belikan oleh saudara mara antaranya yang dari Effa, Titin (anak buah ana ) dan Ida (jiran ana ) yang pasti akan membelikan satu untuk ana sebagai hadiah apabila mereka melancong ke luar negara atau di mana-mana sahaja. Tak kurang juga hadiah dari sahabat-sahabat blogger yang kaki travel seperti Cik Pin , Scha Sein, Azzy , Aisya dari Germany . Yui dan ramai lagi sebagai cenderahati kenang-kenangan ataupun menang Giveaway yang ana sertai.


Semua koleksi ini akan kekal disini sebagai kenang-kenangan. Ia sesuatu yang ana sayangi sangat. Inilah antara hobi yang ana ada buat masa ini. Seronok sangat kerana walaupun ana belum lagi diizinkanNya untuk ke mana-mana destinasi luar negara tetapi dengan sokongan dan hadiah dari insan-insan istimewa dalam hidup ini, ana telah pun memiliki pelbagai fridge magnet dari serata dunia. Alhamdulillah. Terima kasih sangat-sangat... 💗💗

26 Comments

  1. sama la. suka jugak kumpul fridge magnet. mana pergi je mesti beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang punya hobi yang sama macam kita kan CiE

      Delete
  2. banyaknya fride magnet dia..ena pon suka kmpul..lg2 dri oversea kawan yg hadiahkn..mmg syg sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sayang sangat kan, kadang-kadang bila time rajin sampai, lap la satu-satu dari habuk hihi :)

      Delete
  3. suka jugak kumpul FM ni..siap kirim kat member3 yg g obersi.. since pindah rumah aritu, semua masuk kotak..ni x lekat lagi kat fridge..ingat nak cari papan putih tu tempat lekat..taknak lekat kat fridge dah..asik sangkut pastu jatuh pastu retak seribu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kak ana pun macam nak cari papan magnet tu, tapi sampai hari ni belum jumpa lagi. Jatuh tu dah biasa selagi tak pecah kak ana gam balik :)

      Delete
  4. Bestkan kumpul Fm.. Mummy punya dah penuh fridge.. Hero kecik pulak tukang jualkan FM mummy adoii la..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ada tukang jual ke mommy... tapi kat Melaka memang senang nak dapatkan FM yang lawa-lawa ni :)

      Delete
  5. Replies
    1. kan Sha..seronok je setiap satu ada memorinya :)

      Delete
  6. assalamualaikum ana...mama pun suka juga mengumpul FM ni...samalah hobi kita kan...
    http://maszull.blogspot.my/2017/09/koleksi-fridge-magnet-mama.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, wahhh boleh geng la dengan mama :)

      Delete
  7. ini la satu2 nyer hobi yg aida maintain.
    fm. sehinggakan asben aida amat memahami tau, AJ.
    kalau kawan2 dia nak ke overseas, dia sendiri akan ringan mulut kirim fm.
    terharu aida, sgt la support.
    now, fridge aida da kosong. sebab semua fm aida da buka.
    nak ditampal kat fm board. just lom ada time asben nak naikkan fm board tu ke dinding.
    aida lap semua.
    letak dlm kotak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AJ pun macam nak cari juga board tu, cuma belum berkesempatan lagi..sama la,suami pun memahami minat isterinya, kumpul FM :)

      Delete
  8. ini la satu2 nyer hobi yg aida maintain.
    fm. sehinggakan asben aida amat memahami tau, AJ.
    kalau kawan2 dia nak ke overseas, dia sendiri akan ringan mulut kirim fm.
    terharu aida, sgt la support.
    now, fridge aida da kosong. sebab semua fm aida da buka.
    nak ditampal kat fm board. just lom ada time asben nak naikkan fm board tu ke dinding.
    aida lap semua.
    letak dlm kotak.

    ReplyDelete
  9. alamak.
    tadi da taip.
    terdelete plak.

    aida sama jugak.
    feveret ngumpul fm.
    overseas semua nyer member kasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak pe, no hal Aida :) excited kan berkongsi hobby yang sama ni :)

      Delete
  10. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often. best 5 star refrigerator under 15000,

    ReplyDelete
  11. Great knowledge, do anyone mind merely reference back to it Rubbish Removal

    ReplyDelete
  12. There will come a time when you need appliance parts, but you would rather buy the parts than buy the parts and pay for labor costs.U Line Appliance Repair in San Diego

    ReplyDelete
  13. A fridge is an apparatus that a great many people have in their homes for a long time without buying another one. In this manner, whatever decision you make for your cooler, ensure it is one that you will be content with for a considerable length of time to come. Refrigerator Repair SubZero, Viking, GE Monogram, Liebherr, Samsung, LG in San Diego

    ReplyDelete
  14. Unlike the local store, your freezer never closes and you have food available whenever you need it, whether it is a full four course meal for the family, or a quick snack for yourself.Best deep freezer to buy online in India

    ReplyDelete
  15. Great, thank you so much for sharing such an amazing blog. Ogen Infosystem is one of the leading website development company in delhi, visit following webpage for more information about website development and website designing.
    Best Website Designing Company in India

    ReplyDelete