Waktu Operasi Reload Touch N Go di Plaza Tol PLUS
Terpanggil untuk menulis mengenai masalah ini bila ana sendiri menghadapi masalah dengan reload atau tambah nilai kad Touch N Go di kaunter tol PLUS baru-baru ini. Umum tahu dah bahawa kesemua plaza tol di seluruh Malaysia telah pun mengguna pakai Touch n Go untuk semua urusan keluar masuk. Baguslah untuk mengurangkan kesesakan trafik nak nak lagi ketika waktu puncak dan perayaan. Tapi yang menjadi masalah pada ana baru-baru ni ialah ketika nak reload kad Touch N Go dikaunter tambah nilai PLUS, rupa-rupanya ada waktu yang tertentu sahaja baru dibuka, sedang kan adik manis tu duk tercanguk sahaja lah kat dalam tol booth tu. Sian dia mesti boring tahap Gaban dah kan.
Ana masuk tu awal pagi juga lah dalam jam 7 pagi kalau tak salah, hajat nak reload sebelum balik kampung hari tu, Adik toll gate girl tu cakap kaunter tutup kak, okaylah..nanti hakak reload la kat RnR atau mana-mana stesen minyak yang ada sepanjang lebuhraya. Nasib juga lah perjalanan ana jauh, boleh lah jumpa RnR atau stesen minyak nanti kan, kalau buatnya nak keluar di next exit...?? Jadi sebagai panduan pengguna lebuhraya PLUS lain, ana nak kongsikanlah dengan korang semua waktu di BUKA kaunter tambah nilai Touch N Go di plaza-plaza tol PLUS yang ana dapatkannya dari laman rasmi PLUS Malaysia Berhad. Senang kan lain kali kita boleh alert dengan perkara sebegini.
Waktu Tambah Nilai Touch N Go di kaunter tol PLUS :
10:00 am - 4:00pm
8:00 am - 10:00 pm ( Isnin-Jumaat )
7:00 am - 10:00 pm (Hujung minggu dan cuti umum )
*kredit sumber : PLUS
Tapi kan, semalam malam ( Ahad dalam jam 9:00 pm ) kami masuk dari Tol PLUS Tanjung Malim, cadang nak reload Touch N Go , Adik Manis Toll Gate Girl kata kaunter offline. Ermm.. ana rasa kalau peak hours memang depa tak nak buka kaunter agaknya. Boleh pula offline kan?? Sedangkan masih dalam waktu operasi lagi tu. So, moral of the story,korang reload la awal-awal sebelum masuk ke mana-mana PLUS tol.
Ana lebih suka reload di plaza tol ni bukan apa, dapat jimat kan dari ditolak komisyen 50 sen. Ini kerana setiap kali kita reload di stesen minyak atau 7E jumlah reload akan di tolak kosmisyen 50 sen. Dalam situasi ekonomi dan harga minyak turun naik 1 sen pun amat bermakna bagi kita marhein ni kan. Tapi tu lahh... apa yang mampu kita buat selain dari nak tak nak kena bayar juga, kalau tak... tak payah guna hiway ye tak :(
12 Comments
Boleh pula macam tu.. dahlah makin susah nak reload sekarang nie.. tetibe je offline..
ReplyDeleteYe Sha,kena siap-siap relaod tak boleh harap nak top up kat hiway PLUS sangat :(
Deletesalam singgah! nak unicorn brush dengan harga RM1?
ReplyDeletehttps://messarah.blogspot.my/2017/09/review-unicorn-brush-5-pcs-set-only-rm1.html
:)
DeleteApalah salahnya buat 24 jam dlm keadaan zaman skrng ni. Saya pun pernah kena sekali mcm tu. Nasib baik ada stesen minyak boleh topup. Bila ckp banyk kang dikatanya itu ini seolah2 kita ni tak faham mmmm
ReplyDeleteItulah masalahnya KK, kak ana banyak kali gak terkena, suami kerja awal pagi masuk kan kena la awal tapi tak boleh top up, sekali tu kat Jalan Duta pun sama, depa kata OFFLINE :(
DeleteAssalamualaikum selamat pagi ana
ReplyDeleteAgak menyusahkan
Kalau macam tu nak kena buat apa ya?
Bayar denda ke?
Waalaikumsalam
Deletemasalah mama kalau nak keluar lah, tapi setahu ana bila tak cukup baki pintu gate tol tak terbuka dan akan berbunyi, masa tu datang lah pekerja dia cuba settlekan dan mungkin depa pi reloadkan kad tu bagi perjalanan boleh dimulakan, Waallahu alam
tu dia, bukan lagi menyusahkan ke?
ReplyDeleteYa Raihanah, dah kena siap2 reload sebelum nak mulakan perjalanan.. pastikan kad sentiasa penuh :(
Deletemcm menyusahkan lagi adalah
ReplyDeleteapalah diorg ni x faham eden haha
Tu la El, nak buat macam mana marhein macam kita ni :(
Delete