Kad Diskaun Rapid Untuk Pelajar
Ketika menuntut di UiTM Tapah mengambil kursus Diploma dahulu, Kak Long mendapatkan diskaun kad KTM untuk mendapatkan potongan harga apabila menaiki ETS untuk balik ke rumah, kali ini, Kak Long menyambung pengajian ke peringkat Degree di kampus induk UiTM Shah Alam pula. Kampus induk ni memang teramatlah luas dan besar sehinggakan untuk ke Fakulti pengajian dari kolej kediaman, Kak Long perlu menaiki bas. Bas UiTM memang percuma namun jarang-jarang dapat naik kerana jadual kelas yang tak menentu, jadi Kak Long dan kawan-kawannya memilih naik bas Rapid sahaja yang lalu lalang di dalam kawasan kampus.
Tambang sehari sehala dari kolej ke fakulti ialah RM1, bermakna pergi balik sehari kena sediakan RM2. Itupun jika tiada urusan lain untuk ke kompleks pentadbiran atau fakulti lah. Dan selepas tiga minggu menghuni kampus, Kak Long dapat info bahawa jika memiliki kad diskaun pelajar Rapid, tambang bas dan lain-lain perkhidmatan Rapid bakal mendapat potongan harga 50%. Jimat juga dah kan. Jumaat lepas, Kak Long dan kawan-kawannya pergi ke Terminal Rapid di Pasar Seni untuk membuat kad diskaun pelajar Rapid. Dan Alhamdulillah sekarang dia dah pun mendapat manfaatnya dengan diskaun tambang 50% untuk mana-mana kemudahan Rapid kecuali KTM.
Bagaimana memohon Kad Diskaun Pelajar Rapid
Okay sebelum korang nak memohon Kad Diskaun Rapid ni, terlebih dahulu perlu mendapatkan Surat Pengesahan Pelajar dari pihak HEP Universiti masing-masing. Mujur Kak Long telah di maklumkan oleh seniornya awal-awal, jadi dia telah pun mendapatkan surat pengesahan dari HEP tiga hari yang lepas. Surat tawaran belajar tidak di terima oleh pihak Rapid sebagai bukti pengesahan tau. Dan korang perlu ke Terminal LRT Pasar Seni untuk membuat permohonan Kad Diskaun Rapid ni.Sampai di sana, Kak Long bagitau memang ramai orang sedang menunggu giliran. Kak Long dan kawan-kawannya terpaksa menunggu hampir seratus lebih nombor sebelum sampai giliran mereka. Bertabah lah ye. Dan hampir dua jam jugalah baru giliran mereka sampai dan berurusan di kaunter. Korang perlu mengisi borang permohonan dan gambar akan di ambil di sana sahaja nanti. Jadi make-up la lawa siap-siap.
Keistimewaan Kad Diskaun Pelajar Rapid
~ Kad ini boleh digunakan oleh semua kategori pelajar termasuk Pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Kolej dan Universiti.
~ Tambang Diskaun 50% untuk nilai tunai bagi setiap perjalanan dengan Bas RapidKL, BRT, LRT, Monorail dan MRT. Tidak termasuk kemudahan Park & Ride di Gombak, Ampang LRT, SunU-Monash BRT dan semua stesen MRT.
~ Untuk pelajar sekolah rendah & menengah layak mendapat diskaun sehingga mencapai umur 18 tahun mengikut tarikh tahun kelahiran.
~ Untuk pelajar Kolej dan Universiti tambang diskaun hanya meliputi tempoh setahun di mana pelajar perlu renew kad untuk setiap tahun pengajian.
Syarat & Cara Permohonan Kad Diskuan Rapid:
- Untuk pelajar sekolah rendah dan menengah :- Salinan dan Original MyKad untuk pengesahan.
- Untuk pelajar Kolej dan Universiti :-
Salinan dan Original MyKad/Passport.
Salinan dan Original Kad Pelajar/ Student Card.
Salinan asal Surat Pengesahan Pelajar ( dalam tempoh 3 bulan ). Surat Tawaran Belajar tidak di terima.
- Permohonan perlu di buat di kaunter pendaftaran di Hub Bas Pasar Seni (berhampiran LRT Pasar Seni) dalam waktu urusan Isnin - Sabtu , 9 pagi hingga 5 petang. *Konsesi dan Pendaftaran di tutup pada jam 4 petang
- Kad ini di keluarkan dengan bayaran RM5.50 untuk harga kad dan RM9.50 untuk had nilai kekal yang mana berjumlah RM15.00 untuk bayaran sekeping Kad Diskaun.
- Untuk tambah nilai (reload) selebihnya boleh dilakukan di semua cawangan RapidKL, BRT, Monorail, Stesen MRT dan mana-mana tambah nilai Touch N Go point. Dengan baki minimun RM3.
- Semua di atas tertakluk kepada terma dan syarat dari Prasarana/Rapid. Borang permohonan dan butiran lengkap, korang boleh sahaja ke :https://www.myrapid.com.my/fares-and-payments/all-tickets/concession-cards
8 Comments
untung pelajar sekarang ni.. banyak diskaun.. hee~ ni yang terasa nak bleajar balik ni..
ReplyDeletealaa dulu pun ada gak kan Atie, cuma sekarang ni banyak kemudahannya, alhamdulillah
Deletekena rebut peluang untuk penjimatan
ReplyDeletezaman sekarang ni,mana ada ruang boleh jimat kita kena ambil kan arz :)
Deletewow. aida bleh apply ler ni :)
ReplyDeletestudent tua ha ha ha ha...
selagi ada dokumen yang mengesahkan Aida student boleh je aply hihi :)
Deletewah dapatlah jimat ni Ana..tahnia ya
ReplyDeleteIn Shaa Allah sedikit sebanyak Etuza
Delete