Kebelakangan ini, ramai kawan dan saudara mara bertanya kepada ana,bagaimana nak jadi seorang penulis blog atau istilahnya seorang blogger ? Ana tak pasti apa yang mendorong mereka nak turut terjebak dalam penulisan blog? Ada yang awal-awal lagi berterus terang nak jadi blogger sebab nak cari side-income, wow!! Tanjattt gergirl tau 😛😛 Belum ada blog dah nak jana income ? Macam mana tu eh ? Ermm.. mana nak mula ye? 

Image result for i am a blogger

Baiklah... nak memiliki sebuah blog peribadi ni mudah sangat, percuma sahaja pun. Lainlah dengan domain sendiri, kena bayar setahun sekali yurannya. Awal-awal ni guna sahaja blogspot, nanti dah stabil bolehlah ber dot com dengan domain sendiri, hat tu kena bayar yuran tahunan. Mula-mula korang kena lah ada email, pastu taip www.blogger.com . Korang klik kat create your blog tu, ikutlah step by step yang diberikan. Pilih template, buh header, log-in dan mula lah menulis apa sahaja yang korang rasa nak di kongsikan dengan umum. Mudah kan....tapiii.... yang pentingnya sejauh mana korang boleh konsisten menulis. Ada yang mula-mula, wahhh semangat hari-hari nak update entri, tapi lepas dua bulan..eh dua bulan pun lama, ada yang satu, dua entri ..krik!krik!...dah berkubur. Macam mana tu ? 😞😞

Pilihlah nama blog korang yang mudah di ingati oleh pembaca, ejaan pun mudah bukan yang pelik-pelik. Biar ia pendek dan mudah nak sebut kan. Untuk jangka panjang, pastikan juga ia menjadi satu branding kepada korang kerana ia memudahkan untuk korang dapat job dari pengiklan nanti. Contohnya ana menjadikan Ana Jingga satu branding di mana Facebook, Page, Instagram, Emaill dan Twitter juga dengan nama yang sama. Mudah kan. 




Bagaimana untuk menjadi seorang blogger ?


Serius, ana nak bagitahu untuk menjadi seorang blogger, jiwa korang kena kental. Paling penting untuk menjadi penulis yang berjaya, kena konsisten. Paling tidak pun satu minggu satu entri, itu paling kritikal lah pada ana. Pada peringkat permulaan , okay je kalau korang nak berjinat-jinak menulis, draft kan entri bila rasa dah yakin, korang publish. Bila korang tengok pada paparan dashboard, tak ada kunjungan atau tak ada orang baca, korang jangan down , patah semangat. Sebabnya, korang kena belajar bagaimana nak jadikan entri korang tu di jumpai di carian enjin , atau istilah bahasa sehariannya mudah di gugel hihi Google laa kan. Istilah nya ialah carian enjin kerana bukan hanya ada encik google sahaja, ada beberapa lagi carian enjin yang agak tidak popular. 



Untuk berada di muka pertama carian enjin,korang perlu lah belajar secara teknikalnya atau dalam istilah blog di panggil teknik SEO ( Search Engine Optimization ). Kena rajin cari ilmu, taip je di carian enjin dan banyak tutorial ada di terbitkan oleh mereka yang pakar. Kalau di Malaysia ni korang boleh belajar dari ramai blogger hebat seperti www.hasrulhassan.com dan sebagainya. Baca dan praktikan pada blog, tak faham komen je bertanya kay ✌✌ . Lama-lama korang akan faham bermain dengan keywords untuk memudahkan carian di jumpai. Panjang lebar tu kalau nak ulas. Ana pun bertahun bertatih untuk berada di muka depan carian. 

Apapun, korang perlu rajin, update entri..lagi banyak terbitan, lagi banyak carian yang masuk yang akan menyumbang trafik ke blog. Masa tu keghairahan dalam terus menulis akan tambah bersemangat. Peringkat awal, korang boleh sahaja rujuk di statistik blogspot dan bila dah pro, cewahh!! Boleh lah rujuk statistik di Google Analytic. Bila trafik kian hari hari kian meningkat secara organik, ini menandakan blog korang telah mudah di capai. Dah boleh tersenyum untuk sedia terima tawaran job advertorial. Tapi makan masa laa..bukan sebulan dua, ana sendiri ambil masa bertahun untuk berani menerima advertorial atau pengiklanan di blog picisan ini.


Pilihlah niche penulisan blog yang korang minati dan teruskan menulis hari demi demi. Lama kelamaan, skill penulisan korang makin baik dengan sendirinya. Rajin blog walking ke blog rakan-rakan yang ada. Cara paling mudah nak blogwalking di peringkat awal, korang singgah lah ke mana-mana blog , nak senang singgah je hari-hari ke www.anajingga.com, di sebelah kanan tu ada blog list, korang masuk sahaja dari sana. Baca entri mereka yang senior dalam menulis blog, jangan lupa tinggalkan jejak, komen lah kan, baru lah kehadiran korang di sedari . Kalau rasa blog tu menarik untuk di kunjungi follow sahaja. Nanti korang boleh je mengikuti mereka di reading list. Kan mudah. Ada rezeki depa akan follow blog korang balik. Blog list anajingga semua nya baik-baik dan hebat-hebat belaka 😊😊😊

Dalam menulis tu, pilih lah font yang sesuai, yang mudah di baca. Jangan terlalu berseni dan halus, orang nak baca pun susah. Perkataan dalam penulisan biarpun santai namun dalam ejaan penuh bukan short form, nanti tak dapat di kesan keywords korang, macam mana nak dicapai kan. Gunakan bahasa Melayu yang mudah dan umum. Begitu juga dengan blog, jangan terlalu berat, letak widget yang tak perlu, header jangan terlalu besar, berat..lambat loading orang tak nak singgah dah. Biarkan ia simple dan penting juga mobile friendly, kerana 60-70% pembaca menggunakan smartphone untuk mencari info. Lain-lain teknikal tips korang belajar lah perlahan-lahan ya. 

Image result for happy blogging

Apa yang penting sekali lagi ana ingatkan konsisten. Kalau setakad satu dua entri dah menyerah dan blog pun terabai, memang tak ke mana lah. Tak percaya , tanya lah mana-mana blogger, apa sahaja yang di lakukan seharian pasti teringat untuk di kongsikan kepada pembaca. Tapi pastikan yang baik-baik sahaja lah.Hati-hati dengan aib orang, aurat , fitnah, berita palsu boleh kena saman tau!! Nak senang pilih lah niche lifestyle, gaya hidup korang sendiri. Apa yang korang masak, di mana korang makan angin, tempat makan best yang korang pergi, tips penjagaan kanak-kanak dan sebagainya. Banyak carian dan banyak pahala bila ia memberi manfaat buat orang lain.In Shaa Allah, di masa akan datang ana akan kongsikan tips bagaimana untuk menjana income dari blog. Satu-satu naa..Waallahu a'lam. Happy Blogging everyone 💕💕

12 Comments

  1. Setuju dengan kak ana. hati kena kental blog ne boleh jadi saham akhirat bila kita banyak kongsi perkara yang baik dn bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, itu yang sebaiknya buat kita kan Miza, Aamiin

      Delete
  2. Betul sangat2...kalau betul nak jadi blogger kena kental dan putih niat...sangat penting..bina identiti sendiri.Kerana pembaca dapat rasa apa yang disampaikan sekadar biasa-biasa atau daripada jiwa..kalau baik yang dikongsi maka kebaikkan itu akan berpatah balik kepada kita..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, In Shaa Allah PC, kita kongsikan yang baik-baik kan :)

      Delete
  3. Setuju dengan K.Ana nak jadi penulis blog senang tapi nak maintain tu yang susah.

    Lagi satu jadilah penulis blog yang ada identiti tersendiri jangan main ikut-ikut sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mrs A,, tulis dari hati daripada mengejar trafik semata, saham akhirat kena jaga sangat-sangat , sekadar ingat mengingati :)

      Delete
  4. Replies
    1. Most welcome Lya, kita kongsi-kongsi idea kan:)

      Delete
  5. bab income tu sebenarnya kena tolak tepi dulu.blogging ni seronok sebenarnya, boleh buat hilang stress. tapi tulah,hati kena kental.kadang-kadang kita rasa entry kita dah habis bagus dah tapi still orang tak baca dan komen. apa pun, good luck untuk semua blogger, tak kiralah baru atau lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal, menulis ni satu kepuasan, incomedatang kemudian in shaa allah kalau ada rezeki, kalau tak pun perkongsian yang bermanfaat buat insan lain pasti ada ganjaran pahala dariNya..Aamiin

      Delete