Cara Membuat Bunga Tangan - Hand Bouquet
Flower hand bouquet bukan nya murah sekarang ni. Masa Kak Long konvo hari tu, ana survey harga untuk fresh flower paling murah pun RM 80 ke RM 100 satu bouquet. Kalau bunga plastik pun paling murah RM 50 juga. Ikutkan fresh flower lagi cantik kan tapi tak tahan lama. Kalau bunga plastik boleh juga simpan lama buat kenang-kenangan. Akhirnya, kami buat sendiri sahaja hand bouquet untuk Kak Long. Tak sampai RM50 pun modalnya. Lagi penuh sentuhan kasih sayang Adik Ika dan Mak usu Jue nya. Simple je tapi bunga tu pilihan Kak Long sendiri.
Cara Buat Bunga Tangan atau Hand Bouquet
Masa kami nak buat hand bouquet ni jenuh juga lah mencari tutorialnya di Google dan Youtube. Adalah beberapa tutorial hand bouquet yang kami jumpa dan terhasillah seperti di atas tu . Dan ana tak sempat pun nak buat tutorial ikatan hand bouquet yang Adik Ika buat tu, maklumlah buat di kampung sibut dengan urusan lain masa tu. Tapi ana nak kongsi kan dengan korang satu video tutorial buat hand bouquet simple ni. Mudah-mudahan memberi idea untuk korang nak cuba buat sendiri nanti.
Mudah sahaja kan, semoga dapat memberi idea bagi yang sedang tercari-cari cara nak menghasilkan seikat bunga tangan atau hand bouquet ni. Good luck uolss 😊😊😊
6 Comments
Cantik bubahan
ReplyDeletehihi terima kasih Etuza :)
DeleteKak Ana,ni selit coklat dah boleh jadi hadiah birthday ni kak...
ReplyDeleteBoleh je PC, ikut kreativiti kita kan :)
DeleteCantik nya ana pandai buat kraftangan ni
ReplyDeleteMazni, hand bouquet tu anak ana yang buat hihi :)
Delete