Hari-hari makan nasi , sesekali kena tukar selera juga lah ke sajian menu lain kan. Ada orang suka makanan cina ( yang Halal laa kan ), ada orang suka makanan Arab, dan ana pula suka makan western. Anak-anak lagi lah, Adik Ika bila balik bercuti tu, wajib bawa dia makan western kat mana-mana lokasi yang ada. Tapi kan..kami kat Bandar Country Homes ni ada satu tempat makan western yang Halal, sedap dan murah tau. Tempat makan dia pun ekslusif sangat. Kalau sebelum ini ana pernah review restoran western ni di cawangannya di Tanjung Malim di SINI dengan gaya dekorasi hipsternya,kali ini kami makan western di GH Corner cawangan Rawang pula dengan gaya dekorasi eksklusif dan mewah.




Tak jauh dari rumah kami pun nak ke GH Corner ni. Terletak di deretan kedai berhadapan Balai Polis Bandar Country Homes sahaja. Dahulunya GH Corner hanya di satu lokasi bahagian tengah shop lot di sini dan baru-baru ini, ia berpindah ke corner lot yang lebih luas dan besar saiznya. GH Corner ni menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah berhampiran kerana menu yang di sajikan adalah murah dan sedap. Tak percaya? Meh baca review ana sampai habis dan korang nilai kan sendiri nanti. Ana review bukan makan free tau, ana makan, bayar dan kalau sedap ana akan write-up, baru lah review dengan penuh keikhlasan.. cewahhhh 😄😄


Menu Sedap dan Murah di GH Corner - Rawang



GH bermaksud Generasi Harapan yang mana ia di uruskan oleh GISB Holdings atau Global Ikhwan, jadi korang tak perlu risau menu dan sajian di sini semuanya Halal dan disediakan oleh muslimin muslimah. Seronok sebenarnya bila makan di tempat mewah sebegini pada harga yang berpatutan , citarasa yang sedap dan di kelolakan dengan cara Islamik . Jom ana belanja korang sekitar ruang makan di dalam GH Corner ni yang pada ana sangat bersih dan mewah gaya dekorasinya. 





 Korang nak makan bersila pun boleh bersama keluarga di sudut ni. 





Ruang dalam yang selesa, cantik dan berhawa dingin. Menarik kan... Manakala terdapat juga ruang di luar yang lebih santai. Ana pastilah pilih tempat yang sejuk baru best makan dengan nyaman gituew hihi :)


Okay sekarang meh kita tengok antara menu-menu yang di tawarkan di GH Corner Rawang ni .Dan cuba korang tengok pada harga yang tertera pada display board tu..amacam ?? Murah kan...






Sebenarnya sebelum  entri ini di terbitkan, ana telah dua kali menjamu selera di sini. Pertama kali tu ana makan bersama suami dan jiran kami Man . Dan selepas itu, sekali lagi ketika Adik Ika balik cuti Deepavali yang lepas bersama Kak Long. Jadi ana gabungkan lah antara menu-menu yang kami cuba disini. Antaranya adalah seperti di bawah ni :)



Ini minuman ketika ana bersama puteri-puteri makan tengahari di sini. Adik dengan air Hazel Nut nya, ana pula memilih limau asam boi (feveret sangat ) dan Kak Long macam biasa Sirap dia laa..






Dan masa makan dengan Man tu, ana minum Sirap Tiga Layer hat kat atas tu, perghh!! Memang kaw sedap sangat, pekat melekat baq hang tapi masa tu suami ana pula minum sirap selasih huhu. Ana selasih ni memang tak boleh nak telan je, nampak sangat isteri dia memang over kan..demand lebih .

Sekarang ana nak kongsikan pula beberapa menu yang kami cuba makan di sini. Di GH Corner ni bukan sahaja hanya menawarkan menu ala-barat atau western, terdapat juga pelbagai menu lain seperti nasi dan desert yang tak kurang sedap dan pada harga yang berbaloi.



Menu pencuci mulut Banana Split , harga dalam RM3 lebih sahaja kalau tak silap ana. Berbaloi sungguh.




Antara menu nasi yang ada di sini, Kak Long makan Nasi Daging Blackpepper kalau tak silap ana dan ana pula makan Nasi Ayam Bakar tu, harga sekitar RM5 macam tu satu set . Murah kan :)


Appetizer pilihan anak-anak ialah Chicken Stick yang rangup dan sedap bercheese ni .



Kalau korang nak makan bubur nasi ayam pun ada disini. Petang tu suami ana yang pilih menu ni, lama tak makan bubur nasi katanya..

And the best part ialah menu western depa laa.. terdapat pelbagai pilihan dari pelbagai jenis sajian pasta dan juga chicken grill, lamb chop, chicken chop dan sebagainya. Pesan sahaja mengikut selera korang masing-masing naa :)




Sedap pada selera ana, kedua-dua menu di atas iaitu Chicken Grill dan Lamb Chop. Rasa gravy souce nya secukup rasa dan sedap tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Daging pun dipanggang well done cukup masak. Di makan bersama salad, fries dan coleslaw sejuk. Wahhhh...

Jadi kalau korang yang tinggal di sekitar Rawang, atau berkunjung ke Bandar Country Homes ni dan nak makan western yang sedap dan harga yang murah, mai laa singgah ke GH Corner ni. Terletak tak jauh dari Aeon Anggun tu pun. waze sahaja la kan, mudah dah sekarang ni,

24-G, Jalan Desa 9/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor
Hours: 10AM–10:30PM
Phone: 011-2766 4415



12 Comments

  1. Thanks share kak ana. Baru hari tu g aeon anggun tu jumpa kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau berkesempatan singgah naa Sal , cuba pula menu kat sini :) Alaa AEON tu dekat dah rumah kak ana Sal :)

      Delete
  2. Ambiance yang menarik dan selesa, makanan yang nampak sedap dengan harga yang berpatutan...mesti menjadi tarikan ramai kan kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA, makan pun dalam suasana yang selesa sangat di tambah menu yang murah dan sedap :)

      Delete
  3. Kalau pelajar sekolah suka makan dan mereka mampu itu bermakna memang sedap dan murah...sesekali ubah selera pun ok kan kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah SA, berdekatan sebuah sekolah menengah disini, memang ramai budak2 sekolah makan sini lepas waktu sekolah :)

      Delete
  4. Sedapny ana

    Dapat rehat masak masak dan merasa hidangan di luar

    Sekali sekala memang seronok sangat

    ReplyDelete
  5. wah menarik...nampak sedap...kedai selesa dan banan split pun murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah Arz, nanti kita try makan sini bawa cik puteri naa hihi :)

      Delete
  6. Semuanya nampak sedap laaa kak ana.. kita suka plak tgk banana split tuu..lama tak makan
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Lya, pii cari banana split area Kuantan hihi :)

      Delete