Lama juga dah menantikan bagaimana kah keadaannya laluan Rawang Bypass ni? Setiap kali melalui struktur dalam pembinaan apabila kami dari Rawang menuju ke Kuala Lumpur melalui kawasan Templer ni, tertanya-tanya bila nak siap dan boleh di lalui. Bukan apa, laluannya memang tinggi , sayup sama paras dengan pokok-pokok di hutan simpan. Dan akhirnya penantian orang Rawang berakhir juga apabila di dibuka secara rasmi pada 29hb November 2017. Dengan pembukaan laluan Rawang Bypass, di jangka kan dapatlah mengurangkan kesesakan trafik di bandar Rawang, yang biasanya dari hadapan Stesen Komuter hinggalah ke Simpang Sungai Choh tu. Ini kerana dengan adanya jalan Rawang Bypass, pengguna jalanraya yang menuju ke Serendah dan Bukit Beruntung tidak perlu lagi memasuki pekan Rawang.

Kredit foto : Bernama

Laluan Rawang Bypass


Kami yang lalu lalang di bawah laluan ni ketika dalam pembinaan sehinggalah menantikan saat ia dibuka secara rasmi ni, tengok pun gayat semacam je. Laluan ni memang tinggi dan bila di lihat dari video drone yang di kongsikan di media social, memang agak seram jugalah nak melalui nanti. Tinggi sungguh merentasi di celah-celah pokok Taman Warisan Negeri Selangor tu. Namun ia pastinya menyajikan pemandangan yang indah sepanjang perjalan sejauh 9 kilometer. Kalau malam drive sendirian agak-agak berani tak ? Berikut ana kongsikan disini beberapa fakta menarik tentang Rawang Bypass dari pelbagai sumber yang ana perolehi. Tak sabar rasanya untuk ana mengalami sendiri pengalaman melalui laluan ini kelak. Nanti akan ana kongsikannya di sini, In Shaa Allah. 


kredit foto: Bernama

Rawang Bypass Digelar Jambatan Tertinggi Di Malaysia


~ Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) merupakan  jambatan yang panjang 2.7km dan setinggi 58.2 meter,  merupakan penghubung di antara 9km laluan Rawang dan Serendah. 

~ Projek jambatan ini  menggunakan sistem dari Eropah untuk menjaga ekosistem alam semulajadi, Movable Scaffolding System (MSS). Ianya untuk mengelak dari merosakkan pokok hutan simpan.

~ Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, keunikan jalan pintas itu ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi. 

~ Terletak di kawasan Taman Warisan Negeri Selangor, rekaan jambatan tersebut khas demi memelihara spesies pokok Giam Kanching. Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang mencatatkan sejarah sebagai jambatan tertinggi di Malaysia. 

~ Ia mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017.


kredit foto : Berita Harian

Sumber rujukan : 

1.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/356302/jalan-pintas-rawang-atasi-kesesakan
2.http://www.kosmo.com.my/negara/jambatan-tertinggi-di-malaysia-dibuka-esok-1.562272

2 Comments

  1. Tengok gambar pun gayat.. Mungkin tak lalu kot.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Sha, duk dalam kereta tak rasa apa pun :)

      Delete