Kelahiran cahaya mata adalah anugerah Allah swt yang tak ternilai harganya. Bukan semua insan beroleh rezeki menimang zuriat sendiri, itu ketentuanNya jua, namun bagi yang beroleh rezeki memiliki zuriat sendiri, pasti ianya amat kita hargai dan jagai sepanjang masa. Sebagai ibu bapa, apa sahaja yang kita mahukan buat anak-anak adalah yang terbaik, kan .. Dari celik mata di waktu pagi hinggalah kembali lena, kita akan mempastikan anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan sihat, selesa,ceria dan tidak meragam. Ini semua untuk memberikan mereka kepuasan menerokai setiap ruang waktu dalam proses pembesaran fizikal dan rohani. 

Namun, lumrah lah di dalam proses pembesaran setiap bayi, akan melalui pelbagai peringkat dan ujian buat kedua ayah bonda dalam meniti hari-hari yang mendatang. Usah risau , itulah hakikat dalam hidup tak semuanya mudah seperti yang di impikan. Sakit, demam, batuk, selsema , kembung perut antara yang sering di alami oleh anak-anak ketika membesar. Tetapi setiap masalah ini ada penawarnya. Dan ana nak kongsikan dengan ibu ayah di luar sana satu alternatif untuk menjadikan anak-anak kita berasa selesa sepanjang hari, In Shaa Allah... Produk yang sedang di perkatakan ramai iaitu Tasneem Naturel Baby Balm.Pernah dengar tak ?





Walaupun anak-anak ana dah besar-besar, tapi ana juga punyai pengalaman dalam membesarkan anak-anak ni. Dari kecil pelbagai petua yang opah mereka ajarkan untuk mengatasi masalah kembung perut, batuk selsema, demam, tantrum dan yang paling mencabar tidak lena tidur di waktu malam. Biasalah petua orang dulu-dulu, namun ada juga yang berkesan dan serasi tapi payah laa kan nak di amalkan pada waktu sekarang, kerana kebanyakan ibu-ibu bekerjaya ni masa yang terhad sangat bersama anak dan keluarga. Jadi bila ada pilihan alternatif yang mudah, itu adalah lebih baik.

Baru-baru ini ana di perkenalkan dengan rangkaian balm bayi dan kanak-kanak Tasneem Naturel Baby Balm. Dan bila ana bertanya pada adik ana di Taiping yang mempunyai bayi di bawah setahun,  tentang Tasneem Naturel Baby Balm ni, laju je dia menjawab, Farish pun pernah menggunakannya dan serasi sangat. Farish, selalu terkena kembung perut sebabnya dia menyusui ibu, jadi bila si ibu silap makan, kesannya kena lah pada baby Farish. Bila kembung perut, menangis lah sepanjang malam. Mujur ada Tasneem Naturel Baby Balm ni, adik ana sapukan pada perut , barulah Farish berasa lega dan tidur nyenyak hingga ke pagi. Alhamdulillah ... 




Inilah baby Farish, comel tak ? Tapi bukan sahaja sesuai untuk bayi dan kanak-kanak, Tasneem Naturel Balm ini juga ana gunakan sendiri. Ana dah lama mengalami kesukaran untuk tidur malam atau Insomnia..faktor usia agaknya kan. Bila terbaca kebaikan Tasneem Naturel Balm ni dapat mengatasi masalah tidur malam pada bayi, ana pun cubalah sapukannya sebelum tidur. Sehari dua ni, nampaknya mujarab..lepas membaca Surah Al-Mulk, cuba tarik selimut dan Alhamdulillah lena hingga ke Subuh di kejutkan alarm-clock dari handphone. Bauannya yang lembut dari gabungan 100% pati minyak (Essential Oil)  yang asli mungkin menjadikannya satu aroma terapi untuk minda yang sihat. Jom, ana ceritakan dengan lebih lanjut lagi khasiat dan kebaikan Tasneem Naturel Baby Balm yang mana benda yang baik harus di war-war kan untuk manfaat bersama kan. 

Tasneem Naturel Baby Balm 



Rangkaian Tasneem Naturel Baby Balm adalah produk yang berasaskan  bahan semulajadi  dan 100% pati minyak (Essential Oil)  yang asli. Ia sesuai untuk kegunaan bayi sehingga golongan dewasa. Essential Oil ialah minyak pati tumbuhan yang di ambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok. Minyak pati yang ber aroma ini di ekstrak menggunakan kaedah penyulingan, enfleurage atau teknik maceration seperti minyak pati lavender dan minyak pati oren. Tasneem Naturel Baby Balm adalah produk berdaftar dengan KKM dan hari ini, telah banyak di iklankan di billboard di beberapa lebuhraya. Sangat sesuai di gunakan pada bayi kerana ia tidak panas dan dari bahan semulajadi. 





Empat Rangkaian Tasneem Naturel Baby Balm 




Tasneem Naturel Calm Time 




Memberikan keselesaan kepada bayi
Mengurangkan keletihan dan tekanan
Bantu anak lebih tenang dan tidak meragam

Dengan Tasneem Naturel Baby Balm ia bertindak memperlahankan aktiviti sistem saraf, memberi rasa relaks dan meningkatkan mood bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur atau anak-anak yang mudah tantrum, In shaa Allah. Ia juga dapat meningkatkan kualiti tidur yang stabil dan mood yang lebih baik . 




Cara menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm Calm Time : 

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

Tasneem Naturel Baby Balm Calm Time di hasilkan dari ramuan Essential Oil Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile


Tasneem Naturel Sleep Time 




Bantu anak supaya mudah tidur lena
Bantu anak bangun dalam mood ceria
Membaiki kualiti tidur

Antara tips untuk anak kecil tidur lena ialah tetapkan waktu tidur yang sama setiap malam, kenyangkan bayi dengan susu, aktifkan mereka di waktu siang, pakaikan baju tidur yang selesa dan suasana yang selesa dan jangan lupa sapukan Tasneem Naturel Baby Balm sebelum masuk tidur. Jumlah jam tidur yang cukup akan menjadi kan anak bangun dengan sihat keesokkannya, In Shaa Allah.



Cara menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm Sleep Time : 

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

Tasneem Naturel Baby Balm Sleep Time di hasilkan dari ramuan Essential Oil : Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang


Tasneem Naturel Baby Balm CF-Rub




Bantu kurangkan selesema dan cairkan kahak
Bantu melegakan asthma
Mengurangkan suhu ketika demam

Apabila bayi atau anak tidak sihat, pasti kita sebagai ibu tidak akan pernah berasa tenteram. Bayangkan bila batuk dan selsema,anak tidak dapat bernafas dengan sempurna amatlah merisaukan. Sapukan Tasneem Naturel Baby Balm dapat membantu melegakan batuk, menghilanag kan kahak dan selsema serta menurunkan suhu demam, In Shaa Allah.


Cara menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm CoughFlu Time:

Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada

Tasneem Naturel Baby Balm Sleep Time di hasilkan dari ramuan Essential Oil:
Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

Tasneem Naturel Baby Balm Tummy Time 




Membuang angin dalam perut
Bantu melegakan perut sebu dan kembung

Fennel antara minyak pati (essential oil) yang terdapat dalam Tummy time balm. Fennel terkenal dan sudah lama digunakan dalam merawat masalah ketidakhadaman. Ia membantu mencegah dan melegakan masalah kembung perut. Ia juga sebagai antispasmodic berkesan , ia bertindak ke atas otot-oto kecil dalam perut dan usus sekaligus mengurangkan kesakitan gastrik dan ketidak selesaan berkaitan dengan senak, kembung perut, loya sendawa dan sebagainya. 



Cara menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm Tummy Time :

Sapu pada perut dan tapak kaki

Tasneem Naturel Baby Balm Tummy Time di hasilkan dari ramuan Essential Oil
Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper

Testimoni pengguna Tasneem Naturel Baby Balm : 

Berikut ana paparkan beberapa testimoni dari ibu-ibu yang telah pun mendapat manfaat dari menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm :











Banyak lagi testimoni dan info-info menarik, tips keibubapaan dan sebagainya yang boleh kita perolehi dari pautan laman-laman sosial media Tasneem Naturel Baby Balm yang ana berikan di bawah , klik sahaja kay :) 

Lawati laman web : 

atau 

Facebook :

atau

Instagram :

atau 

Whatsapp HQ :
011-20964665


Beralamat di : 

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR

HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)


~ Rujukan dan sumber FB dan Instagram : Tasneem Naturel Hq ~

18 Comments

  1. Assalamualaikum wrmbth, dan selamat pagi isnin sis ana

    Semoga sihat dan ceria minggu ini

    ReplyDelete
  2. Kenapalah comel sangat...boleh mklumkan pada saydara mara dan kawan-kawan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi memang comel packaging Tasneem ni PC :)

      Delete
  3. Bagus produk seperti ini. kalau anak susah nak tidur ibubapa memang runsing...kena lakukan sesuatu supaya bayi tenang dan mudah tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kena dapatkan alternatif yang sesuai untuk melegakan kanak-kanak dan tidur lena diwaktu malam :)

      Delete
  4. Wahh bagus ni :) Anak anak pun selesaa kan.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. sesuai untuk baby Amirah dan kakak AImi jugaa :)

      Delete
  6. tertarik dengan produk ni..nad nak beli la untuk baby nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli untuk stok baby Nad nanti, kakak Fariza pun sesuai ni Nad :)

      Delete
  7. produk baru ni,comel pulak tu...

    ReplyDelete
  8. tak lah baru sangat Ct, tapi ramai dah menggunakannya dan berkesan:)

    ReplyDelete