🎶🎶Bangun pagi..gosok gigi, pakai baju pergi sekolah 🎶🎶 Ingat lagi tak lagu kanak-kanak kita dahulu. Pelbagai cara kita di didik untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut ni. Kalau zaman sekolah rendah dulu, setiap enam bulan mesti ada jururawat pergigian datang mengajar kita cara memberus gigi dengan betul dan kemudian saat yang paling menakutkan bila nama di panggil untuk pemeriksaan gigi, siap lah siapa yang gigi berlubang, kena tampal lah jawabnya. Itu dahulu lah kan, sekarang ni bila dah dewasa pasti kita dah pandai menjaga kebersihan mulut dan gigi. Paling penting ialah kita perlu tahu memilih berus gigi yang sesuai untuk kita.

Memilih berus gigi yang sesuai untuk keperluan kita adalah perlu untuk mempastikan kita memberus dengan betul dan berkesan. Berus gigi dewasa berbeza dengan berus gigi kanak-kanak dan jangan tak tahu ia juga terdiri daripada pelbagai rekaan khusus untuk setiap dari kita. Hari ini ana nak berkongsi info dengan korang semua berus gigi yang ternama di pasaran dunia selama 180 Tahun lamanya iaitu Berus Gigi Jordan*.


Berus Gigi Dewasa Jordan* 

Antara pilihan berus gigi dan produk penjagaan mulut yang tak perlu di perkenalkan lagi ialah jenama Jordan*. Menjadi pilihan utama rakyat Malaysia khasnya dalam membeli produk penjagaan mulut seperti berus gigi dewasa dan kanak-kanak, ubat gigi dan lain-lain produk keluarannya. Satu jenama yang di percayai dan di yakini berkualiti antarabangsa sejak 180 tahun yang lalu. Ini fakta bukan rekaan semata. 




Jenama Jordan* merupakan produk dari Scandinavian yang telah menjaga kebersihan gigi dan mulut sejak tahun 1927 lagi. Lama kan. Jordan* menghasilkan rangkaian produk yang mudah di gunakan, berkualiti terbaik dan terkini lahir dengan pelbagai rekaan design yang stylish untuk penjagaan gigi sepanjang hayat. Pilih sahaja dari mana-mana koleksi pilihan yang sesuai dengan korang. 


Pelbagai Pilihan Berus Gigi Dewasa JORDAN* 

Penjagaan kebersihan mulut yang betul memberikan kesihatan gigi yang berkekalan. Setiap hari kita perlu memberus gigi dua kali sehari sekali di waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur. Rangkaian penjagaan mulut Jordan* merupakan pakar dalam kesihatan dan penjagaan mulut sentiasa menambahbaikan keluaran produk mereka untuk menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan mulut dan gigi.

Jordan* menghasilkan pelbagai jenis berus gigi dewasa yang sesuai untuk setiap golongan antaranya Expert Clean, Clean Smile, Ultimate You, Individual,Shiny White, Target Sensitive, Target Teeth and Gums, Target White, Clean Between, Advance,Advance White, Total Clean,Classic MT dan Clinic Gum Protector. Setiap satu sesuai untuk kegunaan individu yang mengalami masalah kesihatan gigi dan gusi yang berbeza. 






Untuk gigi dan gusi sensitif misalnya gunakan Target Sensitive di mana ia mempunyai berus yang extra lembut dan halus 0,01mm untuk pembersihan lebih efektif. Yang paling best design-design terbaharu dari Jordan*ni memang cantik dan moden. Berbeza dari saiz kepala berus gigi, kehalusan dan kelembutan yang berbeza dan saiz batang juga mengikut keperluan korang. Ana nak kongsikan beberapa koleksi berus gigi Jordan*yang ana miliki untuk kegunaan seisi keluarga di rumah. Cuba korang tengok-tengok dulu, mana tahu ada yang berkenan bolehlah mendapatkannya dari mana-mana farmasi, kedai dan pasaraya di seluruh negara. 











Untuk keterangan lebih lanjut mengenai rangkaian penjagaan mulut dan gigi Jordan*, korang boleh lah singgah ke pautan yang ana berikan di bawah ni :


2 Comments