Emerald Link Jalan Alternatif Ke Bandar Country Homes
Sebut sahaja Rawang, pasti orang akan tahu betapa sesaknya laluan masuk keluar di sekitar Bandar Rawang dan kawasan sekitarnya. Bila sebut Rawang sahaja ingat jem. Satu penyelesaian telah di lakukan dengan bukanya laluan Rawang Bypass yang pernah ana terbitkan di SINI dan semalam Alhamdulillah satu lagi laluan alternatif dari Bandar Rawang untuk ke Bandar Country Homes apabila secara rasminya juga telah di buka kepada pengguna Emerald Link yang dibina untuk menghubungkan Emerald West dengan Emerald East.
Kredit sumber : FB YB GAN PEI NEI |
Emerald Link Jalan Alternatif ke Bandar Country Homes
Siapa yang tinggal di sekitar Bandar Country Homes (BCH ) dan sehaluannya tahu lah betapa azabnya setiap kali waktu puncak untuk sampai ke persimpangan masuk ke BCH ni. Kalau dari Bandar Rawang tu, lokasi paling teruk ialah di hadapan kilang simen LaFarge. Kemudian sambung pula di hadapan jambatan lebuhraya PLUS selepas keluar tol singgalah ke simpang BCH atau AEON. Kenderaan akan sangkut untuk memasuki jambatan kerana dari 3 laluan menjadi satu, itu tak campur lagi kerja-kerja naik taraf jalan yang dah bertahun tak siap-siap lagi tu.
Kadang-kadang bercinta rasanya nak keluar tapi nak tak nak kena jua tempoh. Sebelum bukanya laluan Emerald Link ni secara rasmi, terdapat satu laluan sementara di lokasi yang sama namun ia dibuka hanya pada waktu-waktu tertentu dan agak sempit dengan satu laluan di mana pengguna perlu bergilir. Ia juga banyak membantu kerana kami akan menggunakannya untuk mengelak kesesakan trafik di jalan utama.
Namun setelah bukanya laluan alternatif Emerald Link yang menghubungkan Kota Emerald East dan West ini, melancarkan lagi perjalanan kami kerana ia dibuka 24 jam sehari. Bagi yang ingin melalui jalan ini dari Bandar Rawang masuk ke Kota Emerald East di simpang hadapan Petronas sebelah kanan dan terus selepas melintasi jambatan dibawahnya lebuhraya PLUS . Keluar di Kota Emerald West dan terus ke Bandar Country Homes. Bermakna kita dapat mengelak trafik yang sesak di hadapan NSK hingga lah ke AEON. Fuhhh !! Legaaa...Alhamdulillah.
Ana pun mengetahuinya dari sponsor post YB Gan Pei Nei di Facebook dan malam tadi kebetulan memandu ke KTM Rawang untuk mengambil Kak Long, ana berani kan diri melalui jalan ini dan memang ia telah pun boleh digunakan. Pada waktu itu, tak banyak kenderaan yang lalu kerana masih ramai yang belum mengetahuinya. Jalan berlampu dan buat sementara ini, ia dibuka sehala kiri dan kanan.
Apapun ia satu lagi penambahbaikan yang di nanti-nantikan penduduk setempat yang memang stress hari-hari menempoh kesesakan trafik. Terima kasih kepada pihak pemaju Guocoland Malaysia yang memberikan kami menumpang laluan Emerald Links ini untuk memudahkan perjalanan seharian.
3 Comments
Assalamualaikum Wrmbth, Salam isnin dari Maznee
ReplyDeleteApa khabar ana jingga
bagus ada shortcut ni
waalaikumsalam Maznee, betul banyak manfaatnya dan jimat masa dari harungi trafik yang sesak sebelum ni ,Alhamdulillah
Deletetq raydah :)
ReplyDelete