Dah lama tahu orang Pantai Timur khasnya menggunakan bunga telang ini sebagai pewarna asli untuk nasi kerabu. Nasi kerabu berwarna biru ialah hasil dari rendaman kuntuman bunga telang jadi ia adalah dari tumbuhan herba semulajadi bukan lah bahan pewarna. Namun tak di nafikan ada juga penjual nasi kerabu menggunakan pewarna tiruan maklum lah untuk mendapatkan stok bunga telang setiap hari mungkin agak sukar, melainkan penjual nasi kerabu menanamnya sendiri di halaman rumah mereka. Waallahu a'lam.



Bunga Telang Bunga Nasi Kerabu

Inilah dia kuntuman bunga telang. Pokoknya jenis merayap bersulur paut dan sesuai di tanam pada pagar kerana ia memanjat. Bunga telang ni hidup subur di rumah jiran ana berbangsa Cina dan dia dah pesan awal-awal kalau ana nak guna ambil sahaja. Ana pernah bertanya untuk apa bunga telang ni orang Cina gunakan, dan menurut jiran ana , Ngan, ia juga di jadikan bahan pewarna asli untuk kuih muih tradisional mereka dan mengandungi banyak khasiat untuk di minum. 

Baru-baru ini, ketika anak-anak bercuti mid sem di rumah, kami tiga beranak pakat mencuba masak nasi kerabu. Ana mengambil lima kuntum bunga telang ini untuk di jadikan bahan pewarnanya. Nanti ana update kan pula resepi nasi kerabu dan soloknya di lain entri. 



Ana sempat mengambil lima kuntum bunga telang sahaja kerana yang lain berada agak tinggi dari capaian ana. Ana ni saiz kecil juga lah sebab tu tak sampai haha :) Kuntuman bunga telang ini, kami rendam ke dalam air di dalam mangkuk. Tidak lama kemudian air bertukar menjadi warna kebiruan. Mungkin jika lebih banyak kuantiti bunga lebih pekat warnanya barangkali kan.


Kemudian masukkan ke dalam periuk mengikut nisbah air dan beras yang di perlukan. Tanak macam biasa dan hasilnya nasi kerabu berwarna biru asli akan terhasil. 



10 Comments

  1. Dekat pejabat Sha ini ada pokok bunga ini.. Banyak juga bunganya.. Renek je.. Tapi tak pandai kan nak buat nasi kerabu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi payah gak Sha proses buat nasi kerabu ni :)

      Delete
  2. Memang sesui warna telang nasi kerabu. terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu sinonim kan Etuza warna biru dengan nasi kerabu :)

      Delete
  3. rajinnya Ana, kaknoor nak buat tapi belum lagi sampai tahap kerajinan nya hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Noor, memerlukan kerajinan tepu untuk masak nasi kerabu ni kan :)

      Delete
  4. Baru ibu tahu nak masak nasi kerabu semulajadi warnanya kena pakai bunga telang

    Terbaik tu

    sebab selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang menggunakan pewarna IZ, yang asli dan mudah mendapatkannya sahaja akan menggunakan bunga telang sebagai pewarna bir nasi kerabu ni :)

      Delete
  5. air bunga telang pernah minum hahahhaha... nasi kerabu sedap lama tak makan la.. nanti kena buat gak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti ada khasiat yang tersendiri kan Ekin :)

      Delete