Tanjung Malim ni memang laluan kami lah kalau dari Rawang nak balik ke Teluk Intan. Ana dan suami memang lebih suka melalui jalan lama dari lebuhraya PLUS. Satu, jimat tol lagi pun laluan sepanjang jalan memang agak selesa dengan dua lorong pergi dan balik. Kenderaan pun tak sibuk dan laju-laju. Keduanya,kami ni suka singgah makan, dan sebagai food blogger memang suka sangat buat food hunter cari menu-menu sedap dan unik dan di kongsikan semula dengan pembaca www.anajingga.com.



Ini kali kedua kami singgah makan di gerai Nasi Ayam Farhani di Tanjung Malim ni. Pertama kali ketika balik dari Teluk Intan masa musim Raya Haji dahulu kalau tak silap, sebab masa tu kami pusing cari kedai makan yang hampir semuanya penuh. Suami buat u-turn di trafik light dan terpandang Nasi Ayam Farhani ni dan singgah dengan harapan makan nasi ayam cepat dapat sebabnya dah siap-siap masak, cuma nak di hidangkan sahaja pada pelanggan kan..Dan rezeki kami walaupun penuh pelanggan, masih ada meja kosong dan kami dapat menikmati hidangan dengan cepat juga.

Nasi Ayam Farhani, Tanjung Malim

Dan beberapa minggu lepas ketika dalam perjalanan menuju ke Gopeng untuk mengambil Adik Ika cuti mid-sem, suami mengajak ana sekali lagi singgah makan tengahari di Nasi Ayam Farhani ketika berada di Tanjung Malim. Lapar katanya lagipun dah pernah cuba sebelum ni nasi ayamnya sedap. Ana ikutkan sahaja lah kan... kena taat cakap suami, kalau tak derhaka..haha 😁😁 


Serius memang sedap nasi ayam di kedai ni. Dari nasinya,ayamnya masak sempurna dan lembut, tidak keras, part yang paling ana suka ialah sos kicap tu, sedap sangat dan sambalnya pun sedap tak terlalu pedas dan cukup rasa. Fully recommended , kalau korang peminat nasi ayam tegar.Dan yang penting harga satu set nasi ayam Farhani ni cuma RM4.50 sahaja, kalau di KL jarang dapat harga sebegini lagi kan, ada lah sesetengah kedai, tapi kebanyakannya dalam RM5.50 ke RM 6 .





Kalau korang baca entri ana yang lepas baru-baru ni, mesti korang tahu ana mengalami sakit gigi kan. Masa singgah sini hari tu, masih dalam keadaan sakit juga cik geraham bongsu ana ni. Jadi ana pilih untuk mengalas perut dengan mihun sup ayam sahaja. Pun tak salah pilih sebab mihun sup ayam di Nasi Ayam Farhani ni juga sedap sangat pada selera ana. Banyak isi ayam di dalamnya, bersama sayuran dan tauhu goreng. Dan win lagi di sertakan sambal sos merah dan sambal kicap. Tepat citarasa mihun sup utara kan. Harga mihun sup ayam ni juga RM4.50 sahaja. Alhamdulillah.. berbaloi, sedap dan murah.




Ana rasa Nasi Ayam Farhani ni memang khusus dengan menu nasi ayam dan sup-sup. Berikut sempat ana ambil gambar menu dan harga yang di paparkan . In Shaa Allah lain kali kita singgah dan cuba menu lain pula. Eh! Tak minum air ke ? Minum laa, ana dan suami minum air sirap dan kopi o suam sahaja. Tak ada laa pula ambil gambarnya haha 😉😉


Kat mana lokasi kedai Nasi Ayam Farhani ni? Senang je kalau korang nak cari, ia terletak di jalan utama laluan dari simpang trafik light UPSI tu, kalau dari KL ia sebelah kiri dan kalau dari Utara belah kanan la, kena u-turn kat trafik light sana. Bersebelahan dengan BHP dan berhadapan sebuah sekolah . Sebelah kedai makan ni ialah kedai perabot Farhani. Waze pun boleh jumpa tu agaknya. Memang tepi jalan je dan dua kali ana singgah memang ramai pelanggan. Tapi usah risau sebab memang banyak meja di sediakan di ruang makannya. 


Kredit foto : FB Nasi Ayam Farhani 


Dan macam selalu, setiap review ana akan cari dahulu info yang tepat dari pelbagai sumber dan untuk Nasi Ayam Farhani ni ada dapat banyak info dari Facebook Page nya di SINI . Dari perkongsian admin, Nasi Ayam Farhani juga ada servis delivery, untung la orang Tanjung Malim kan. Nah, pii call sahaja nombor yang ada dalam gambar di atas tu, kalau korang nak merasa kesedapan nasi ayam dan aneka sup. 

Semoga perniagaan yang sedap dan murah sebegini mendapat keberkatan rezeki yang berpanjangan. Jangan lupa naa, kalau nak cari nasi ayam sedap di Tanjung Malim, cuba lah Nasi Ayam Farhani.

8 Comments

  1. Wah siap Ada delivery lagi Tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa MAMAPP, tgk kat FB depa ada delivery servis , memudahkan

      Delete
  2. senang nya jika ada penghantaran kan...best tu

    ReplyDelete
  3. Wow siap ada motor untuk delivery

    semoga semakin maju insyaallah

    ReplyDelete
  4. Dekat dah dengan Sha nie kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah area Sha kan, dah pernah cuba la kut ye Sha

      Delete