Puding karamel antara menu pencuci mulut yang enak di makan ketika bulan puasa kan. Ikut citarasa masing-masing juga lah, ada yang suka dengan manisan ni, dan ada pula yang tak kena dengan selera masing-masing. Mungkin sebab rasa telur tu, kalau tak kena gaya menyediakannya, setengah orang tak berapa boleh nak terima kan. Ana pun sebenarnya kurang minat dengan puding karamel ni, namun suami pula suka makan. Jadi sebagai isteri ni, kita buat kan juga lah untuk memenuhi selera suami. Antara laluan kita menuju syurga ni, taat kepada kehendak suami asalkan tidak melanggar syariah kan.. In shaa Allah.





Beberapa hari lepas, atas permintaan suami nak makan puding karamel , ana sediakan lah dengan resepi yang mudah dan senang untuk di masak. Resepi ni boleh sahaja kita olah semula mengikut citarasa masing-masing. Contohnya dari resepi asal yang pernah ana terbitkan beberapa tahun yang lepas sebagai panduan,ana kurangkan nisbahnya sebab nak buat sedikit sahaja kan . Makan berdua dan selebihnya ana hantar kepada jiran sebelah, berkongsi rezeki. Jadi kalau korang nak buat sedikit, bolehlah kurangkan nisbah dari resepi bahan yang di beri kan.

Resepi Puding Karamel 



Bahan-bahan untuk masak puding karamel:

8 biji telur ( ana gunakan 6 biji telur sahaja )
3 s/b gula
1 liter susu UHT ( ana gantikan dengan susu cair sahaja )
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula pasir - dihanguskan dan tambah sedikit air (karamel)

Cara masak puding karamel :

Cara masak puding karamel ni mudah sangat sebenarnya, namun ana pasti masih ada juga yang tercari-cari nya di internet, jadi ana kongsikan semula di sini untuk rujukan ana sendiri di masa hadapan dan mungkin dapat membantu mereka yang pertama kali ingin mencuba resepi ini. 

- Mula-mula ana nak kongsikan cara membuat karamel atau gula hangusnya terlebih dahulu.


- Masukkan secawan gula pasir ke dalam kuali atau periuk, ikut suka lah mana yang ada. Ana gunakan kuali leper ni.


- Nyalakan api perlahan dan biarkan sampai ia hangus seperti di atas, masukkan sedikit air dan kacau cepat-cepat supaya tak berkristal. Jadilah gula hangus atau caramel.



- Gula pasir yang telah dihanguskan,campurkan sedikit air dan tuang ke dalam loyang kukus.



- Pukul atau blend telur bersama gula dan campurkan susu.

- Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang di atas lapisan gula karamel kita tadi. 



- Kukus 25 minit dan sejukkan. Dah masak dia jadi rupa tu :)




- Terbalikkan dan siap lah puding karamel yang sedap ini. Selamat mencuba. 

8 Comments

  1. PC belum pernah cuba kak...mungkin En Suami kurang gemar...tapi insyaAllah nak cuba juga buat sedikit..terima kasih kak kongsi resipi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa, ada yang tak berapa nak kena dengan selera kan, boleh je kurangkan nisabahnya jadi kita try sikit dahulu PC :)

      Delete
  2. oh senang je nampak cara buat puding karamel ikut cara AJ ni 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara AJ ni semua yang senang=senang je MM :)

      Delete
  3. Fav Marsha ni kak AJ....sedapnyaaaa

    ReplyDelete