Tambat Selera Dengan Resepi Ayam Bakar Mudah

Semalam selepas Maghrib seperti yang dah di jangka gas memasak yang mula menunjukkan tanda-tanda bakal kehabisan, padam juga akhirnya. Mujur juga nasi dah siap masak di periuk elektrik dan cuma nak panaskan kuah kari dal sahaja. Boleh lah panas kan di dalam microwave. Bukan apa, dah malam, suami ke surau dah sah-sah balik lepas Isyak nak makan malam kan. Rancangan awal tadi nak goreng ayam sahaja lah lagi untuk tambah menu, tapi bila gas dah habis ni, ana tukarkan ayam goreng jadi ayam bakar sahaja.

Tak banyak mana pun nak makan berdua ni, ana keluarkan dari peti sejuk sebelum Maghrib lagi dan dah defrost tiga ketul ayam. Ana perap kan seketika dan bakar di dalam oven. Maka terjadilah menu ayam bakar yang teramat sempoi dan mudah, tapi sedap. Resepinya pun ikut sahaja bahan yang ada di dapur ketika itu. Nak tahu tak resepi ayam bakar sempoi versi AJ ni..?? Oklah ana kongsikan juga di sini kay... 



Resepi perapan ayam bakar mudah 




Bahan perapan yang ana gaulkan bersama isi ayam ialah :

Serbuk kunyit
Serbuk cili 
Sos tiram 
Maggi Seasoning sos
Garam secukup rasa
Madu ( kalau suka, kalau tak nak letak pun okay jer )




Gaulkan bersama isi ayam dan perap seketika di dalam peti sejuk. Panaskan oven pada suhu 200 ' dan set kan masa 45 minit. Bakar dan balik-balikkan selepas 1/2 jam. Bagaimana nak pastikan ayam dah masak sempurna ? Bila kita potong sedikit isinya ia kering dan berwarna putih. Sedap di makan dengan sos salsa atau pun thai sos pun sodap dah. 

Tambat Selera Dengan Resepi Ayam Bakar Mudah Tambat Selera Dengan Resepi Ayam Bakar Mudah Reviewed by Ana Jingga on January 25, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Wah terbaik ni puan, sedap resepi ayam yang simple. Cecah kicap cili perah air limau. Sedap

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haah boleh je cuba nanti SA :) pedas kan lagi baru selera negori sembilan kan SA haha :)

      Delete

Powered by Blogger.