Selesa, udara yang nyaman dan di payungi hembusan bayu yang menyegarkan walaupun ketika itu cuaca sedang panas lit-lit kata orang utara. Dua minggu lepas, ana buat pertama kali nya sampai ke Simpol, The Garden of Love, Rawang untuk menghadiri jemputan majlis resepsi perkahwinan anak jiran lama kami ketika di Setiawangsa dahulu. Meraikan majlis anak lelaki Abang Ramli dan Kak Zie, yang satu ketika dahulu kami pernah berjiran kira-kira berbelas tahun yang lalu.

Selalu juga ana mendengar cerita kawan-kawan menghadiri majlis perkahwinan di Simpol, Rawang ni, dan teruja sangat nak pergi sendiri untuk melihat lokasi yang di sediakan untuk sewaan majlis-majlis resepsi perkahwinan. Dan bila ada peluang ni, ana,suami dan KakLong pun sampailah ke sini untuk meraikan cinta Khai dan Azleah.






Simpol The Garden of Love, Rawang


Simpol The Garden of Love, Rawang lokasinya di Lot 6160 Kg. Sungai Samak (Off Taman Tun Teja, Batu 16), 48000 Rawang, Selangor. Kalau korang tahu di mana letaknya Sekolah Menengah Agama yang terkenal di Rawang ni iaitu SAMIR tu , lokasinya tak jauh dari sana. Cuma bila sampai Taman Tun Teja tu, ada satu jalan kecil  masuk ke Simpol ni agak tersorok di melalui jalan kampung sahaja. Namun terdapat papan tanda arah, jadi In Shaa Allah boleh sampai dengan mudah. Tetapi bila masuk ke lokasinya, memang satu pandangan yang menakjubkan di celah-celah teduhan pokok-pokok yang menghijau. 



Kawasan agak berbukit tu yang agaknya menyegarkan udaranya. Di sediakan sebuah dewan terbuka yang di panggil Astana Simpol untuk majlis resepsi perkahwinan di dalamnya. Ruang bumbung yang tinggi dan terbuka menjadi faktor tidak terlalu panas walaupun hanya menggunakan kipas-kipas siling sahaja . Cukup selesa dan boleh makan dengan tenang. Alhamdulillah.





Sesuai untuk mereka yang bercadang nak mengadakan majlis perkahwinan bertema ala-ala garden wedding bolehlah menyewa lokasi di Simpol ni. Carilah info yang tepat dari laman-laman sosial mereka jika ada yang berhajat untuk mengadakan majlis disini. Ana sekadar berkongsi pengalaman menarik ketika hadir ke majlis resepsi perkahwinan Khai dan Azleah. Selain lokasi majlis yang cantik dan selesa, juadah hidangan yang di sajikan juga Alhamdulillah sedap dan menyelerakan. Terima kasih dan tahniah buat kedua mempelai serta Kak Zie dan Abang Ramli sekeluarga. 











7 Comments