Segala urusan dalam pelbagai aspek masa kini menggunakan internet secara digital. Resume, bil pembayaran, urusan jual beli, urusan-urusan rasmi dan seribu satu pasti melibatkan penghantaran fail khasnya melalui email. Bil kebanyakan utiliti, perbankan, kredit kad dan sebagainya juga kini di kirim melalui email. Dan ada ketikannya kita perlu menghantar jawapan email yang di terima menggunakan pelbagai format. Dan hari ini, ana nak berkongsi cara paling mudah untuk menukar (convert) format fail sama ada dokumen atau foto dari komputer kepada format PDF. 

Mengapa ana katakan paling mudah kerana kita hanya perlu menggunakan applikasi sahaja secara online , upload file dan download kembali ke laptop atau komputer dan hantar. Mudah sangat untuk mereka yang tidak punya kemahiran dalam format atau IT ni. Ana menggunakannya sendiri untuk urusan penghantaran invoice kepada client atau PR dalam urusan pengiklanan di blog . Jom kita ikuti 4 langkah mudah untuk menukar dokumen kepada format PDF fail. Cara ini tanpa perlu download sebarang software dan di lakukan secara online sahaja.

Cara Convert Dokumen Kepada Format PDF File Yang Paling Mudah




1. Pastikan save terlebih dahulu kerja yang ingin kita convert kan itu sama ada dalam MS Word,  Excel, photo atau sebagainya. Kemudian pergi ke carian Google contohnya dan taip kan PDF Converter. Akan terpapar pelbagai laman web yang menyediakan applikasi ini dan ana memlilih www.freepdfconvert.com seperti dalam gambar di bawah.



2. Klik pada link dan anda akan di bawa ke aplikasi PDF Converter seperti di bawah dan klik pada Select any file .



3.  Kita akan di bawa ke pop-up File Explore di laptop atau komputer kita dan pilih lah fail yang ingin di tukar (convert) tadi. Double-klik dan fail akan di upload.




4. Ikut pada saiz fail dan dalam beberapa saat atau minit sahaja selesai upload dan fail yang telah di tukar kepada PDF File akan muncul di bahagian bawah seperti dalam gambar di bawah (warna hijau). Ini bermakna fail tadi telah siap di tukar kepada PDF File dan download semula ke komputer anda. Siap dan boleh lah di hantar atau di simpan. PDF menjadikan dokumen kita tidak boleh di ubah atau di edit oleh si penerima , atau orang lain.



Mudahkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mereka yang tercari-cari Cara Convert Dokumen Kepada Format PDF File Yang Paling Mudah. Ia sesuai untuk orang macam ana yang tak begitu mahir dalam IT , kerana ada sahaja cara yang lebih teknikal dengan memuat naik software dan sebagainya. Jadi begini lah cara yang ana gunakan. Selamat mencuba.

3 Comments