Surprise !!! Happy tak kalau korang tiba-tiba dapat kiriman sebuah hamper yang sangat cantik di hiasi belon-belon comel siap tertera nama sendiri ?Mestilah happy ya amat kan.. nak nak lagi hamper dari satu produk yang telah lama terkenal di pasaran antarabangsa dan tanah air , rangkaian produk penjagaan bayi dan kanak-kanak yang tak perlu di perkenalkan lagi iaitu Johnson's Baby atau dahulunya di kenali sebagai Johnson & Johnson. 






Inilah yang ana terima hari Jumaat lepas, 16hb Mac 2018. Memang terharu sangat dan senyum sampai telinga kata orang tua-tua. Menarik kan.. Sebenarnya Johnson's Baby sedang meraikan sambutan 125 tahun mereka sebagai produk penjagaan kebersihan bayi dan kanak-kanak. Memang dah lama kan jenama Johnson's Baby di pasaran dan amat di yakini oleh jutaan ibu-ibu di tanahair kita ni. Ana sendiri dahulu pun membesar dengan jenama Johnson's Baby, dan kemudian bila ana bergelar ibu, ana pula menggunakan produk Johnson's Baby untuk Kak Long dan Adik Ika, malah hingga ke hari ini, mereka masih memakai Bedak Bayi Johnson's. 



Peraduan Giveaway Johnson's Baby 125 Years of Celebration 


Yang lebih istimewa selain daripada tertera nama pada belon hamper, ana juga menerima sebuah tin vintage dengan bertulis nama sendiri. Tin ni cantik sangat, gambar baby Johnson's yang awal-awal dahulu rasanya, bersaiz comel dan bakal melakarkan nama kita sebagai Precious Collection. Tapi jangan risau, bukan ana seorang sahaja yang ada koleksi tin ni, ibu-ibu di luar sana pun boleh memilikinya sendiri. Bagaimana untuk mendapatkan tin vintage Johnson's Baby dengan tulisan nama kita sendiri ni ? 




Caranya mudah sangat, korang layari ke Facebook : JOHNSON'S BABY MY dan lihat pada pin post atas tu ada cara-cara nak menyertainya. Secara mudahnya boleh ana terang kan disini iaitu : 



No automatic alt text available.


Langkah 1:
Snap and share a photo of your (or your family member's) fave moment with any Johnson's product on your page or ours!

Ambil gambar dan upload ( selfie atau gambar anak-anak ) bersama produk Johnson's di Facebook atau Instagram atau letakkan di ruang komen posting page Johnson's sahaja. 

Langkah 2:
Include a short caption, tag us (@JohnsonsBabyMY) and hashtag #Johnsons125Years

Letakan caption ringkas dan tag di IG/FB @JohnsonsBabyMY dan jangan lupa #Johnsons125Years.

For more info, refer to our T&C here: http://bit.ly/Johnsons125YearsTC
Untuk keterangan lanjut , boleh lah layari ke http://bit.ly/Johnsons125YearsTC . 

Senang sangat kan.. mana tahu rezeki korang nak menang dari 1000 tin dan produk Johnson's yang di tawarkan.. 




All the best mommy !! 

Congratulations 
 125 Years for Johnson's Baby !!

6 Comments

  1. Replies
    1. terima kasih Lady SHAH, jom sertai Giveaway di page Johnson's Baby Malaysia :)

      Delete
  2. Best kan kak ana...nak plak barangan tu semuanya memang kita biasa guna..SA nak share ngan anak buah gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki kita kan SA:) Kak ana pun nak bagi anak-anak buah nanti, In shaa Allah

      Delete
  3. Wahhh besar, lawa, unik belon tu..semerbak bau baby dlm rumah pasni 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. belon dah selamat bersepai kena kipas Aiin, Produk Johnson memang sinonim sangat dengan kehidupan seharian kita kan :)

      Delete