Mini Reunion Geng Form Six HMSS

Paling mudah, sempoi sangat kami merancang untuk lepak-lepak semula dengan geng mak-mak semasa kami sama-sama menuntut di Tingkatan 6 di HMSS dahulu. Asalnya satu komen di FB Azza, Nor dengan kawan-kawan lain bergebang kat sana dan terus wujudnya group whatsapp. Dalam masa seminggu kami decide untuk berjumpa semula dan Alhamdulillah, semua setuju untuk hadir pada 11hb Mac 2018 di D'Saji KL, Tasik Titiwangsa. Alhamdulillah di permudahkanNya kami menjalin semula ukhuwah dan kasih sayang yang telah hampir 30 tahun terjalin. 



Inilah yang dikatakan, jika diizinkanNya pasti kami akan bersua semula. Gathering ni khas untuk geng mak-mak je bak kata Iffah. Bukan apa, kaum bapak-bapak ramai yang berada di luar KL dan Selangor, kami pula plan sepantas kilat,jadi buat masa ini mak-mak form 6 je yang dapat hadir. Namun rezeki juga nak jumpa beberapa hero-hero Form 6 seperti Fauzi, Tahayat dan Dato' J kerana kebetulan mereka ada meeting di lokasi yang sama. Dan terima kasih banyak-banyak buat Dato' J kita sponsor hi-tea kami petang tu, semoga sentiasa di murahkanNya rezeki yang berpanjangan.. Aamiin.




Seronok melihat kejayaan rakan-rakan sekolah ana, masing-masing ada kerjaya sendiri yang amat membangga kan. Budak Form Six kan... haha. Ana pun bersyukur juga dengan apa yang ana kecapi sekarang ni, rezeki kita berbeza kan. Itulah kehidupan yang wajib kita syukuri sentiasa. Perjalanan hidup kami agak jauh telah kami lalui, Masyaa Allah... masih di izinkanNya kami bertemu dan menjalin ukhuwah dan kasih sayang. Terima kasih Nor, Iffah, Dr Eyna, Mai, Azza, Gee, Aziah dan Anja atas persahabatan kita dan semoga kekal hingga ke syurgaNya nanti. 



Macam ni laa kami, walau pun masing-masing dah ada kerjaya, berjawatan tinggi, bergelar doktor dan sebagainya, bila dapat berkumpul semula macam ni, keletah dan ragam zaman remaja di usia 18 dan 19 tahun lalu masih sama tak berubah langsung. Iffah dan Nor dengan pot pet non-stop, Anja, Mai dan Aziah macam dahulu juga sesekali mencelah, Azza dan Gee masih best friend sampai saat ni dengan low profile tapi menceriakan suasana dengan kisah-kisah rumah sewa dulu-dulu. ana dan Eyna masih kena gelar budak kecik walaupun masing-masing dah membeso sesangat dah ni haha 😊😊



Dalam semua sahabat kesayangan ana ni, Aziah lah yang paling lama tak berjumpa, bayangkan habis sahaja kami STPM sekitar awal 1990-an dahulu baru ini lah ana bertemu dengannya. Masih cantik, putih gebu, pendiam pemalu macam dahulu juga. Seorang ibu yang tabah dalam melalui perjalanan hidupnya. Sayang ko Yah, peluk kuat-kuat dengan Yah sebab rindu sangat.. Allahu.. Alhamdulillah. Aziah datang jauh dari Seremban untuk bertemu kami semua petang tu. 




Inilah kami mengimbas memori zaman persekolahan yang tak mungkin mudah di lupakan dari coretan kenangan. Bagi sesetengah orang, dia tak suka mengenang masa silam, namun bukan ana. Ana terlalu sayang pada kenangan lalu, apatah lagi di samping mereka yang pernah menjadi sebahagian dari catatan perjalanan kehidupan ana, amat ana sayangi hingga ke hujung nyawa, In Syaa Allah. Terpulanglah pada individu masing-masing.




Ana akan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk bertemu semula rakan-rakan sekolah dari sekolah rendah ( dulu-dulu kami tak pii tadika ), sekolah menengah, rakan-rakan sekerja dedulu atau semua sahabat maya dan nyata selagi hayat di kandung badan. Pada ana semua persahabatan adalah saat-saat indah dalam kehidupan, segalanya indah-indah dan penuh kasih sayang, Alhamdulillah. Allah swt hadirkan insan-insan yang saling menyayangi antara satu sama lain. Inilah coretan kehidupan yang ana lalui. 














Inilah kami, alumni Upper Six Art 1 dan Upper Six Science di SM Horley Methodist, Teluk Intan. Kami berbual semula, bermesra, peluk cium, berkasih sayang, mengimbas memori silam dan menjalin ukhuwah dan silaturrahim atas nama Allah swt semata. Semoga kami semua sentiasa di dalam peliharaanMu Ya Rabb, menjadi hamba-hambaMu yang solehah berbahagia dunia akhirat... Aamiin. Sayang kome weii 💗
Mini Reunion Geng Form Six HMSS Mini Reunion Geng Form Six HMSS Reviewed by Ana Jingga on March 29, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Persahabatan yang ikhlas tak perlukan gelaran atau pangkat untuk terus rapat dan 'melekat'. Semuanya bagaikan sepakat dan hebat dalam cara yang tersendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakcik, persahabatan dari zaman sekolah kadang kala amat tulus kerana kita berkawan tanpa rasa ada kepentingan, kerana mereka kawan kita , itu sahaja

      Delete
  2. Alahai sama..kita fom6 juga hehe..baru ni x dpt join reunion kengkawan form 5 merajok depa.. Tp kita winduuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh budak budak six former gak Aiin ye.. In Shaa Allah ada rezeki lain nanti boleh je jumpa kan :)

      Delete

Powered by Blogger.