Pelamin Cantik ,Angah

Sekali lagi Kak Hani dan Abang Lan menerima menantu, Alhamdulillah. Kalau sebelum ini, mereka menerima menantu sulung dengan kemeriahan majlis perkahwinan Along, ( entrinya ada di SINI ) kali ini berlangsungnya pula majlis perkahwinan puteri kedua mereka, Angah. Hari Khamis lagi telah mula kenduri kendara di rumah Kak Hani dan Abang Lan. Majlis tahlil, diikuti hari Jumaat majlis khatam Al-Quran dan sebelah malamnya berinai. Ana dan suami sempatlah hadir malam semalam ke rumah mereka di Taman Bayu Permai, tak jauh sangat lah dari kediaman ana.

Kak Hani bagaikan seorang kakak pada ana dan juga kami memang akrab berempat iaitu, Kak Hani, Kak Ani, Kak Ida dan ana. Selalu lepak-lepak minum-minum sama-sama. Kami ada group whatsapp pun tau, ini kerana kami berempat ni, suami-suami bekerja di satu tempat kerja. Jadi senang lah kalau kami nak konvoi ke mana-mana untuk menghadiri majlis-majlis undangan rakan sepejabat suami. Lagipun kami tinggal berdekatan antara satu sama lain, lagi lah jiran sekampung gitu.




Selamat Pengantin Baru Mastura & Haizal


Majlis berinai Angah atau nama penuhnya Mastura berlangsung pada hari Jumaat 16hb Mac 2018. Tak ada sebarang acara berinai besar atau naik pelamin di adakan, cuma acara memakai inai henna lukisan tangan sahaja di kalangan adik beradik pengantin. 




Ini lukisan henna di tangan angah yang sedang di lukis, jauh datang pelukis henna ni dari Hutan Melintang, Perak. Angah menggunakan inai celup sahaja untuk kemasan pada jari jemarinya. Mudah kan, kalau zaman ana kahwin dahulu, kejang kaki tangan menahan inai di kaki dan tangan sehingga kering. Sekarang ni dalam masa satu jam dah kering dan kemas serta cantik warna yang terhasil. 

Malam tu, ana suka sangat melihat dua buah pelamin untuk Angah. Satu di dalam rumah, untuk majlis akad nikah pada Sabtu , 17hb Mac 2018 pada sebelah pagi, dan satu lagi di luar rumah di khemah utama untuk majlis persandingan di sebelah tengaharinya pula. Memang cantik kedua-dua pelamin Angah.




Yang merah putih ni pelamin di dalam rumah , dan yang tersergam indah tu untuk majlis persandingan di khemah utama. Tak serabut kemas dan cantik sangat. Menurut, ibu pengantin, Kak Hani, Angah memilih tema merah maroon untuk hari bahagianya ini.





Dan keesokkannya, hari Sabtu 17hb Mac 2018, ana menghadiri majlis perkahwinan Angah dan pasangannya Haizul bersama Kak Ani dan Kak Ida. Kami ni dah sedia maklum kalau majlis kenduri kendara rumah Kak Hani dan Abang Lan yang merupakan salah seorang chef di PWTC menu makanan pastinya meriah, banyak, pelbagai dan yang bestnya semua sedap-sedap. 







Sajian makanan utama di masak oleh kakitangan PWTC sendiri. Memang sedap-sedap semuanya dari daging masak hitam, ayam masak merah, kari dal dan nasi minyak. Menu istimewa masakan datuk pengantin iaitu ayahanda Kak Hani pula pastinya sambal tawun, menu masakan orang Jawa yang payah nak jumpa di mana-mana majlis. Sedap, masakan dengan perut lembu ni di adun dengan bahan-bahan sampingan lain. 




Juga terdapat 5 balang aneka air minuman di sediakan untuk tetamu, laksa Penang, aiskrim goyang yang jadi rebutan anak-anak kecil, kambing panggang dan kuih muih yang sedap. Allahu Akbar.. ini lah kenduri di rumah Kak Hani dan Abang Lan, memang meriah dengan makanan. 



Kek pengantin pun nampak cantik dan sedap tu, kan . Mengikut tema majlis nampaknya. Wah!! Best!!



Tadaa!!! Inilah dia pasangan pengantin baharu kita yang di raikan, sama cantik sama sepadan dan sama manis, Mastura dan Haizal. Mastura atau Angah ni ana kenal sejak dari sekolah menengah lagi, seorang yang aktif dalam sukan. Dah pun bergelar isteri orang. Cik CT ucapkan selamat menempuhi hidup baharu, permulaan satu lagi dalam fasa kehidupan. Semoga sentiasa di dalam restu Allah swt, berbahagia hingga ke syurga.. Aamiin.



Haha!! Ini pula dari goodie bag majlis, rare tak ? Ada pencuci pinggan mangkuk tu,memang bagus sangat tak membazir kan, boleh guna di rumah . Bunga telur tu wajib kalau kenduri rumah Kak Hani ni, baru puas hati katanya semalam bila tetamu bawa balik bunga telur. Tak cukup, ada biskut dan air kotak. Ana doa kan semoga keluarga ini sentiasa di limpahkan rezeki yang berpanjangan kerana mereka suami isteri ni cukup suka memberi dan berkongsi rezeki dengan tetamu.. Aamiin Ya Rabb.
Pelamin Cantik ,Angah Pelamin Cantik ,Angah Reviewed by ana halim on March 18, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. memang rare la gudis nyer.
    menarik. berguna. kretif sungguh!!!
    and kek kek nyer sgt gojes lah, AJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa aida, berguna sangat goodies macam ni, bukan satu pembaziran kan :)

      Delete

Powered by Blogger.