Props Cantik Untuk Bergambar di Arts & Lights Show Galery
Siapa sangka kawasan yang sebelum ini agak sunyi sepi kerana masih dalam proses pembinaan tiba-tiba bertukar menjadi semeriahnya dengan kehadiran ribuan pengunjung untuk menyaksikan lampu-lampu yang cantik dan berwarna-warni di waktu malam. Tak cukup dengan hiasan lampu-lampu, di sediakan pula sudut-sudut cantik bagaikan Fairy Tales untuk bergambar dengan props yang luar biasa. Ini lah kemeriahan yang di tularkan melalui #LitByMahSing di Instagram.
Lokasi Sales Galery M Aruna merupakan pelancaran unit terbaharu dari pemaju Mah Sing kali ini yang terletak di Bandar Country Homes, tak jauh dari taman kediaman ana. Ana pun mengetahuinya dari Kak Long yang melihat rakannya bergambar di Instagram. Malam tu selepas sampai dari mengambil Adik Ika dan Kak Long, lepas Maghrib kami ke sana. Teruja sangat melihat kerlipan lampu-lampu yang cantik, keunikan show house yang gaya hipster dan lebih unik lagi, pihak pemaju membenarkan pengunjung untuk bergambar di dalam rumah contoh yang mana sebelum ini, kalau kita ke rumah contoh, kebanyakannya tidak membenarkan kita mengambil gambar.
Masuk sahaja ke rumah contoh, anak-anak ana dah teruja bergambar dalam rumah yang di reka rias dengan tema hipster dan seni . Nanti ana kongsikan idea dekorasinya di terbitan yang lain. Kemudian kami explore kawasan taman yang berwarna warni dengan dekorasi lampu. Dan tempat yang Kak Long tak sabar nak bergambar pastinya ke rumah-rumah yang di berikan tema mengikut Aruna Kingdom yang menyediakan props cantik untuk bergambar.
Kingdom of Aruna di bahagikan kepada 4 kawasan utama yang merupakan rumah-rumah contoh untuk di lawati, dan di tengah-tengahnya merupakan sebuah taman yang cantik dan di sediakan permainan dan cabaran untuk di sertai. Kita hanya perlu mendaftar di rumah contoh atau Sales Galery dan akan di stamp kan di tangan sebagai tanda telah mendaftar.
Dengan tema Arts & Light terdapat 12 check point yang boleh kita kunjungi sama ada untuk bergambar atau sekadar explore menambah ilmu pengetahuan. Kami mulakan dengan Underwater Kingdom di mana disini masuk sahaja ke galeri terdapat layar yang menayangkan pemandangan di dasar laut iaitu Ocean Lullaby. Dan di satu sudut di hujungnya ialah props untuk bergambar sebagai mermaid atau ikan duyung yang di panggil A Siren Call.
Haa.. itu Kak Long dalam costume Mermaid yang disediakan disini. Ada beberapa pilihan ikut saiz laa kan, untuk kanak-kanak pun ada. Kak Long pakai dah tak boleh berjalan, kena lah duduk atas props yang disediakan dan posing je lah ye. Ini duyung muslimah namanya hihi ππ
Kemudian di rumah contoh kedua yang dinamakan The Kingdom pula, di sediakan props dengan hiasan Royal yang menarik sangat, siap latar belakang muzik raja-raja lagi. Ana amat tertarik dengan dekorasi meja makan bertema Royalty For A Day. Kalau tengok betul-betul macam fairy tales Beauty & The Beast pun ada kan dengan props nya.
Di tingkat atas rumah contoh ini terdapat satu lagi props yang cantik untuk bergambar iaitu yang dinamakan A Sprinkle Of Fairy Dust. Props berlatar belakang yang cantik dengan taburan kilauan yang di tiup kipas angin memberikan hasil gambar yang cantik bagaikan berjalan di mengharungi Fairy Dust.
Props yang di sediakan ππdan hasil gambar Kak Long di bawah ni.
Dan rumah contoh yang ke empat pula diberikan nama Little Big Things yang mana masuk-masuk sahaja korang akan berjumpa sudut yang di namakan Briar Roses Room. Di sini selain di sediakan props untuk photoshoot korang juga boleh membeli sticker roses yang berharga RM2 yang akan di dermakan kepada badan kebajikan kay.
Adik Ika dengan Kak Long ni berbeza sikit , Adik Ika suka ambil gambar lanskap dan view dan amat menjaga feed nya di Instagram, Kak Long pula suka bergaya bergambar. Ikut ana dahulu lah, gemar bergambar dalam pelbagai pose cuma masa tu gambar kena cuci kodaks nya baru boleh di lihat jadi ke tidak hihi ππ
Sudut ni paling feveret ana yang di namakan Secret Garden, Cantik sangat lighting dan props yang bagaikan sebuah taman kisah dongeng.
Dan satu lagi sudut menarik ialah In The Star. Eh! Kalau korang tengok Kak Long tu tukar baju bukan apa, sebenarnya kami pergi dua kali ke sini. Maklum lah dekat dengan rumah. Lagipun orang ramai kena queue bila nak bergambar di satu-satu props tu.
Untuk pengetahuan korang semua, Arts & Lights Show ni akan berlangsung sehingga 8hb April 2018 di M Aruna Sales Galery, Bandar Country Homes. Kalau korang berada di sekitar Rawang ni, meh laa ke sini sambil selfie, wefie di lokasi yang cantik dengan pelbagai props yang luar biasa kan.
2 Comments
laaa...rumah contoh ke tempat ni..cantik betul...k.ana ade model comey2 aihhh...
ReplyDeletehaah di sales galery Sha cuma yang menariknya di sediakan props2 cantik untuk bergambar, strategi kan untuk memperkenalkan lokasi residen ni :)
Delete