Semakan Syarat Kelayakan UPU
Tahniah dan syabas buat anak-anak lepasan SPM yang baharu sahaja menerima keputusan peperiksaan umum yang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Memang benar, SPM bukan penentu kejayaan hidup seseorang, namun setiap insan yang masuk ke alam persekolahan pasti ingin mendapat keputusan yang sebaik mungkin untuk pencapaian masa hadapan. SPM kayu ukur untuk langkah pertama anak-anak ke dunia luar, sama ada untuk meneruskan pelajaran atau pun yang ingin bekerja di sektor awam dan swasta.
Rezeki manusia ni berbeza di tentu kan Allah swt, tapi jangan lah dengan mudah memberikan pendapat, tanpa SPM yang baik pun boleh berjaya dalam hidup. Kalau begitu, lebih baik awal-awal datang ke sekolah dari darjah satu sematkan minda, tak payah belajar pun tak apa, nanti mana tahu boleh cemerlang dalam hidup. Menuntut ilmu itu wajib pada kita untuk mencapai apa jua matlamat hidup dari dunia hingga akhirat. Cuma bila tidak cemerlang, masih banyak ruang dan peluang yang ada untuk mendapat rezeki meneruskan kehidupan.
Apabila keluarnya keputusan SPM, mengikut kelayakan masing-masing, banyak peluang dan ruang untuk di terokai oleh anak-anak muda ini. Salah satu tujuan mereka yang ingin terus menambah ilmu ialah dengan mengisi permohonan ke universiti awam atau swasta, melanjutkan pelajaran ke kolej-kolej dalam peringkat sijil atau diploma dan sebagainya. Lubuk utama permohonan adalah menerusi UPU.
kredit foto : imascu |
Berdasarkan dari pengalaman Kak Long yang lepas, memang agak sukar membuat pilihan untuk memohon pengajian bidang apa yang ingin di mohon. Ratusan tawaran kursus peringkat diploma di universiti awam dan juga politeknik. Dan untuk memudahkan pencarian, Kak Long membuat semakan kelayakan syarat untuk permohonan ke mana-mana IPTA di SINI . Melalui portal ini, pelajar boleh memasukan butiran yang di minta, kemudian paparan akan memberikan senarai kursus yang memenuhi syarat kelayakan permohonan. Dari situ lah , Kak Long membuat short list pilihan kursus pengajian yang bakal dimohon. Langkah-langkah adalah seperti di bawah ( kredit sumber : imascu ) :
Semakan Syarat Kelayakan UPU IMASCU Online
Berikut dikongsikan adalah cara semakan syarat kelayakan UPU melalui sistem semak syarat iMASCU online :
1. Layari ke laman web iMASCU : Sistem Semak Syarat
2. Isikan maklumat yang diperlukan dalam sistem semakan tersebut. Berikut adalah maklumat pelajar yang perlu diisikan dalam sistem iMASCU ;
● NO MYKAD
● NAMA
● EMAIL
● NO TEL
● KATEGORI (SPM atau STPM)
3. Isikan maklumat matapelajaran dan keputusan peperiksaan.
4. Klik butang ‘SEMAK‘.
5. Dipaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang layak ditawarkan di Universiti Awam.
6. Klik cetak.
( Ikuti sahaja langkah-langkah dan nota-nota penting yang di berikan di portal berkenaan )
Jangan lupa juga survey matlumat-matlumat penting pengkhususan pengajian supaya pelajar boleh membuat persediaan awal untuk meneruskan pengajian kelak. Banyak blog-blog dari perkongsian senior bolah di baca untuk mendapatkan sedikit gambaran, malahan dari portal-portal rasmi juga. Pastikan meletakkan pilihan utama adalah pilihan yang benar-benar ingin kita duduki pengajiannya kelak. Walaupun kita belum pasti mendapat tawaran mengikut turutan pilihan yang di mohon. Apa pun semoga calon pelajar semua akan di permudahkan segala urusan dan berjaya mendapat tawaran belajar mengikut kursus pengajian yang di cita-cita kan.. Aamiin. All the best !!!
6 Comments
wahh, terbaik nasihat kak ana! terima kasih banyak ! ^^
ReplyDeleteall the best Nik Ailya :)
DeleteSelamat berhujung minggu dari https://theathra.blogspot.my/
ReplyDeleteterima kasih AinAthirah :)
DeleteInformasi sgt berguna kpd lepasan spm / stpm.
ReplyDeletesemoga bermanfaat buat semua, in shaa allah LA :)
Delete