Percaya atau tidak, ramai di kalangan kita ni ada yang tak gemar makan sayur. Jangan katakan anak-anak kecil, mereka yang dewasa pun ada yang tak suka makan sayuran hinggakan kalau memesan makanan pasti minta tak nak sayur dalam menu. Sedangkan kita semua tahu bahawa sayuran dan buahan-buahan amat kaya dengan sumber vitamin yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. 

Ana sendiri walaupun suka makan sayur dan ulaman, ada ketikanya kurang makan sayuran kerana sekarang ni, tinggal berdua sahaja dengan suami, masak pun sekali sehari untuk menu makan malam yang simple-simple sahaja. Secara tidak langsung, pengambilan sayuran dalam menu seharian pun kurang. Khasiat dalam sayuran hijau yang amat baik untuk tubuh badan kita ialah kandungan klorofil nya. Oleh itu, pengambilan sayuran hijau yang baik dapat di gantikan dengan adanya minuman yang di rumus khas mengandungi khasiat klorofil di dalamnya iaitu Surya Chlorophyll . Ana akan jelaskan, mengapa kita perlu minum Surya Chlorophyll ini khasnya untuk kesihatan dan kecantikan kulit. 





Surya Chlorophyll - Minuman dengan khasiat klorofil untuk kesihatan kulit


Sekiranya anda anak-anak tahun 90-an , pasti ada di antara nya yang pernah di berikan oleh ibu-ibu waktu itu sejenis minuman berwarna hijau pekat setiap pagi sebelum ke sekolah. Inilah salah satu cara ibu-ibu mempastikan anak-anak mereka mendapat khasiat dari sayuran hijau kerana selalunya anak-anak ini tidak gemar makan sayuran, kan 😊😊

Mari kita throwback semula apakah khasiat dan keperluan klorofil dalam kesihatan badan manusia, dan menjadi sebab mengapa kita perlukan khasiatnya untuk kesihatan dalaman badan. 



  
Klorofil amat bagus untuk kesihatan dalaman tubuh badan kerana :

1. Merupakan Antioksidan yang tinggi, membantu meneutralkan toksid dalam darah kita.

2. Baik untuk detox hati.

3. Membantu untuk kesihatan kulit yang baik. Elok untuk masalah jerawat dan kulit kusam.

4. Klorofil bagaikan deodoran semula jadi yang mengatasi masalah bau badan dan nafas berbau yang tidak menyenangkan.

5. Klorofil adalah bersifat alkali semulajadi yang membantu masalah penghadaman dan mengawal selera makan. 


Inilah khasiat klorofil yang kini boleh kita perolehi dengan hanya mengambil minuman kesihatan Surya Chlorophyll setiap hari.


Apakah keistimewaan minuman Surya Chlorophyll ini ?




Umum maklum bahawa sayuran hijau yang mengandungi khasiat klorofil ini tidak sedap untuk di makan, berasa tawar dan ada juga yang pahit. Untuk mengatasi permasaalahan ini, Surya Chlorophyll mengambil pendekatan menjadikan nya satu minuman yang enak tetapi masih mengekalkan khasiat kandungan klorofil di dalam nya. Surya Chlorophyll di formulasikan dengan menambah ekstrak, jus , dan bahan perasa dua buah-buahan yang tidak menghilangkan kandungan klorofil di dalamnya. Surya Chlorophyll di datangkan dalam dua variasi pilihan iaitu Laici dan buah Peach

Surya Chlorophyll mengandungi ekstrak dari daun Mulberry yang di ketahui umum bebas dari pesticide. Ia mengandungi alkali semulajadi yang baik untuk penghadaman dalaman dan membersihkan serta memberikan kesihatan kulit yang bersinar. Jangan terkejut jika di beritakan ramai selebriti terkenal mengambil Surya Chlorophyll sebelum menghadiri majlis-majlis red carpet misalnya agar kelihatan cantik dan berseri.


Image result for surya chlorophyll

Siapakah yang sesuai untuk mengambil minuman Surya Chlorophyll ?

~ Mereka yang inginkan kecantikan secara semulajadi

~ Mereka yang hanya menggunakan bahan semulajadi ( neutral ) sebagai solusi memelihara kulit.

~ Mereka yang mempunyai masalah kesan parut jerawat

~ Individu yang sangat cerewet dalam pengambilan sayuran

~ Mereka yang bermasaalah bau badan dan mulut bernafas berbau yang tidak menyenangkan.

~ Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.

Pengalaman Ana meminum Surya Chlorophyll 




Ana sendiri telah mencuba mengambil minuman Surya Chlorophyll ini selama hampir dua minggu sebelum menerbitkan entri ini. Kesan paling ketara yang dapat ana rasa di usia 40-an ini ialah pada kulit wajah dan tangan. Jika sebelum ini, ana amat bergantung kepada losyen pelembab untuk mempastikan kelembapan kulit, lewat beberapa hari lepas, tanpa memakai losyen pelembab pun kulit wajah dan tangan khasnya terasa lembap dan tidak kering ketika berada di luar rumah. Ana yakin dengan pengambilan secara konsisten pasti akan mendapat hasil yang lebih baik pada kecantikan kulit wajah dan tubuh, In Shaa Allah.




Cara pengambilannya amat mudah, hanya campurkan 25ml Surya Chlorophyll  dengan 125ml air suam, lebih kurang saiz setengah gelas kecil,  kacau rata. Ana mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. Kandungan untuk 1 cawan  Surya Chlorophyll  khasiatnya bersamaan dengan 4.7kg bayam.




Minuman Surya Chlorophyll yang ana ambil mempunyai rasa Laici dan ia berwarna hijau pekat. Kita juga boleh menjadikan minuman harian dengan mencampurkan nya ke dalam botol minuman. Untuk keterangan lanjut , bolehlah melayari ke mana-mana pautan link yang ana berikan di bawah :

Facebook : 
Instagram : 

Untuk pembelian,Surya Chlorophyll boleh di beli di mana-mana Farmasi terpilih di seluruh negara ataupun secara online di


#RasaSayang 
#KulitBerseri 
#SuryaMalaysia


Terbitan di atas adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri.Kesan mungkin berbeza ke atas setiap berlaianan individu . Sumber dan rujukan :Surya Chlorophyll Malaysia.

4 Comments

  1. Wahhh menarik ni kak Ana. Boleh lah try jugak nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana consume setiap hari nani, sedap dan bagus untuk kecantikan kulit kita :)

      Delete
  2. Siapa nak awet muda macam kak ana bolehla try ni

    ReplyDelete