Bulan lepas, Alhamdulillah ana sekeluarga di izinkan Allah swt sekali lagi bercuti. Walaupun sekadar di tanahair sahaja, syukur sangat kerana ini sahaja kemampuan kami setakad ini. Awal-awal lagi Adik Ika dah beritahu, tak nak ke Cameron Highland, Melaka atau Port Dickson , nak pi ke Pantai Timur pula kali ini. Last kami ke Kuala Terengganu kira-kira lima tahun lepas rasanya. Memang seronok sangat dan kali ini, suami mencadangkan kami ke Kuantan pula. Bila sebut Kuantan , ana macam tak berapa setuju bukan apa, Kuantan ni sebuah bandar, kalau nak bercuti, ana lebih suka memilih tempat yang dekat dengan alam, pantai misalnya..jadi tak jauh dari Kuantan, kami memutuskan untuk bercuti ke Cherating, Pahang.




Perjalanan ke Cherating, Pahang


Dari Rawang, kami memilih untuk menggunakan short-cut ke Genting Highland dengan melalui jalan di Batang Kali dan turun ke Lebuhraya Karak di Genting Sempah. Bermakna kami tak perlu ke Gombak terlebih dahulu. Cumanya laluan ini berbukit lah mendaki dan menuruni Genting Highland. Selepas tol Bentong, kami meneruskan perjalanan memasuki Lebuhraya Pantai Timur sehingga ke exit Jabor. Kadar tol pada ketika itu lebih kurang RM20 lebih sahaja dari Karak ke Jabor. 

Dari exit Jabor, melalui jalan biasa dalam 20km lebih kalau tak silap juga lah, tak perhati sangat waze ketika itu, kami sampai ke Cherating dan mula mencari resort dan hotel yang pernah ana survey terlebih dahulu di laman-laman web. Ini kerana ana tidak booking secara online kerana suami belum pasti nak bermalam di mana. Dan akhirnya, ana sekeluarga memilih untuk check-in di Erya By Suria Cherating Beach Resort. Keindahan resort ini boleh korang baca di SINI .



Tempat-tempat menarik bercuti di Cherating


Cherating ni terletak dalam negeri Pahang Darul Makmur, namun bersempadan dengan Terengganu Darul Iman. Dari resort penginapan kami di ERYA By Suria Cherating ni, hanya dalam 5 km sahaja telah memasuki Terengganu iaitu di Kemaman. Jadi amatlah menarik bercuti di Cherating kerana kita dapat bercuti dalam dua buah negari di satu masa.Unik kan. 

Kalau bercerita tentang Cherating, pastinya tarikan utama adalah keindahan pantainya. Subhanaallah... tak berhenti bibir mengucapkan kalimah suci ini tiap kali ana merenung keindahan panorama, pantai, ombak dan lanskap ciptaanNya yang amat indah di sini. Pasirnya yang putih, halus, ombak yang beralun kadang-kala mengganas dan langit yang membiru luas di angkasa. Bagaikan satu lukisan alam yang teragung, yang kita lihat di kanvas pandangan mata seorang hambaNya yang kerdil. Cantik...cukup cantik pantai Cherating di resort ni. 










Cantik kan...terbentang luas dan membiru pandangan mata yang mempersona. Ombak nya kuat, bayu laut yang menghembus memberikan belaian pada jiwa yang cinta akan alam ciptaanNya. Pelbagai aktiviti boleh di lakukan di pantai yang di sediakan oleh pihak pengurusan resort. Cuma tidak di benarkan mandi laut ketika musim air pasang tinggi kerana merbahaya kepada pengunjung. Tapi ada jer yang degil... 




Seperti yang ana nyatakan tadi, Cherating ni bersempadan dengan Kemaman, Terengganu. Ana petang itu selepas waktu Asar, terus masuk ke Kemaman untuk jalan-jalan cari makan.Menu Pantai Timur menjadi buruan kami. 

Menu pertama kami petang tu, nasi dagang Terengganu. Gerai ni betul-betul tepi jalan utama nak ke Kemaman dari Cherating. Ada tulisan besar kelihatan ' Nasi Dagang '. Masyaa Allah...sedap sangat nasi dagang yang kami nikmati. Masak lemak sesedap rasa, kuah ikan aye' atau ikan tongkol nya pun cukup rasa, cukup sedap, hirup pun boleh. Paling best, harganya cuma RM3.50 untuk nasi dagang dan ikan manakala RM4 untuk nasi dagang, ikan dan telur. Murah kan... Alhamdulillah.




Selain nasi dagang, kami juga mencuba cendawan goreng tepung yang berharga RM5 sepinggan manakala sotong goreng tepung pula RM10 sepinggan. Banyak dan mengenyangkan... Memang banyak sotong dan cendawan nya dari tepung, bukan jenis yang tepung gelembung tapi isi ciput tu..ini memang puas hati makan. Maklumlah nak ke Pantai Penarik, Terengganu yang viral tu jauh jaraknya, di Kemaman ni pun banyak gerai yang menjual aneka goreng tepung yang tak kurang banyak dan sedap. Wallaaaa....





Tak cukup lagi, korang jalan ke depan sampai dekat pintu gerbang ' Selamat Datang ke Terengganu ' tu, ada banyak deretan kedai menjual keropok lekor yang di goreng panas-panas. Sedap lembut, dan paling best colek homemade mereka yang awesome sangat tu.

Adik Ika awal-awal dah mengidam nak makan makanan kesukaannya, ketika ke Kuala Terengganu dahulu tak lain tak bukan satar. Satar yang kami beli di gerai hujung pertama kali tu, memang sedap, isinya banyak dan rasa ikan cukup rasa. Tetapi kali kedua kami beli dari salah satu kedai lain pula, agak hampa sebab isinya sedikit sangat dan teramat pedas pula rasanya. Secucuk satar disini cuma RM5 ada sepuluh biji.




Dan sebelum pulang ke Rawang keesokkannya sekali lagi kami ke Kemaman dan membeli keropok lekor dan colek (sos pencicah nya ) sebagai cenderahati untuk keluarga dan bff ana, Nonie 💗💗




Kita berpeluang melihat sendiri proses membuat keropok lekor , di goreng panas-panas dan makan fresh di beberapa buah gerai di sini. Satu pengalaman yang baharu pada anak-anak ana.








Bukan setakad pelbagai jenis keropok dan colek, makanan tradisional Terengganu dan cenderahati khasnya patung penyu juga korang boleh bawa balik sebagai kenang-kenangan.




Dan dalam perjalanan pulang ke Kuantan, kami singgah seketika di Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu di Cherating. Kisahnya boleh baca di SINI . Tempat ni masuk percuma sahaja kay.



Dari pembacaan ana di laman-laman blog lain, banyak lagi tempat-tempat menarik di sekitar Cherating ni yang boleh di kunjungi. Cuma kami tak berkesempatan sahaja singgah pada ketika itu kerana kami memang bercuti seharian di dalam resort sahaja selebihnya untuk merehatkan diri dan santai bersama anak-anak. Bila anak-anak masing-masing berjauhan kerana menuntut ilmu ni, setiap ruang masa yang ada kami sekeluarga akan cuba melakukan aktiviti riadah sekeluarga.




Ana selalunya menulis perkongsian dari catatan pengalaman ana sendiri sahaja. Korang boleh lah cari lagi di internet untuk destinasi seterusnya. Kami kemudiannya ke Kuantan melalui jalan lama untuk melihat kalau-kalau ada lokasi menarik untuk di lawati. Tak ada yang di temui pula, akhirnya sampai ke bandar Kuantan , bergambar di tepi sungai Pahang dan kemudian solat dan makan tengahari di Kuantan Parade sahaja. Dan selamat sampai ke Rawang lebih kurang jam 10 malam dengan membawa coretan kenangan terindah bercuti di Cherating, Pahang Darul Makmur. Alhamdulillah.


12 Comments

  1. kalau ke sana,wajib makan makanan mereka.Satar sana memang sedap kan ana,semua cukup.Macam tu jugak keropok lekor dan keropok kering mereka.Kalau eda nak dapatkan makanan sedap,tak dapat jauh,pergi Mersing pun dah dapat makan semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun teringin nak ke mersing pula lepas ni Eda, In shaa Allah ,

      Delete
  2. Rasanya baru semalam ada kawan cerita pergi cherating, tak sangka ana pun sampai juga pada masa sama.

    Teringin nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye ke Mazni, cherating salah satu destinasi percutian yang sangat menarik untuk di kunjungi kan , :)

      Delete
  3. Pantai belah belah timur di laut china selatan memang lebih cantik dari selat melaka. Belum tercemar. Memang menarik pergi makan angin di sana.

    Dapat makan seafood segar dengan permandangan tepi laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu AW, lain dan berbeza sangat dan makanan laut pun murah dan segar-segar semuanya, Alhamdulillah

      Delete
  4. Seronoknya Kak Ana berjalan- jalan...SA nak sangat bawak mak abah berjalan ke sana..tp mak tengah tak sihat kan..tak sampai hati pula nak tinggalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah SA, satu hari nanti kak ana doakan hasrat SA akan tercapai, Aamiin

      Delete
  5. Syoknyaa kak Ana berjalan. Ssedapnyaa satar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Jerantut pun tak jauh sangat dah kan Nani :)

      Delete
  6. lama sungguh tak ke cherating, chukai, kemaman.
    rasa nyer da 2-3 thn.
    sekadar lalu aje, AJ. tak bermlm.
    best situ.
    satar. pais ikan. nasi dagang... then menghala tganu ada kepok lekor sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Aida,keropok lekor beli dan makan kat sana memang sedap sangat,beza dengan yang kita beli di KL ni :)

      Delete