Kanak-kanak akan bermain sepanjang hari, menerokai keseronokan dan kegembiraan tak kira di mana juga mereka berada. Pendek kata selagi tak lapar dan letih selagi itu lah mereka akan meneroka kebebasan untuk bermain dan bergembira. Seronok kan alam kanak-kanak, makan bila lapar dan dahaga, letih dan penat terus terlelap dan putaran waktu tak begitu penting dalam alam mereka. Inilah dunia kanak-kanak. 


Tetapi kita sebagai ibu bapa lah yang harus mencorakkan mereka agar membesar dengan sihat, bijak dan cemerlang dari dunia hingga akhirat nanti. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak ini agar tahu yang mana buruk yang mana baik dalam kehidupan. Antara aspek yang perlu di jaga dan di asuh dari kecil lagi ialah kebersihan khasnya kebersihan diri dan persekitaran. Tak mudah untuk mengajar anak-anak kecil tentang kebersihan kerana mereka akan terus menerokai tetapi kita perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik agar menjadi ikutan. 





CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES 


Tapi kini tiada alasan lagi untuk mengekalkan kebersihan diri dan persekitaran khasnya kanak-kanak dengan adanya CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES . Mudah di bawa ke mana-mana dan dengan hanya menyapukannya pada bahagian yang ingin di bersihkan, kita dapat menghindari dari kekotoran dan mengekalkan kelembapan kulit secara mudah dan berkesan. Jom, ana nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana kelebihan yang terdapat pada setiap pek CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES untuk kegunaan sekeluarga.




Ana sendiri menggunakan CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES sebagai pembersih solekan pada wajah dan sentiasa membawanya di dalam beg tangan. Mudah untuk mengambil wuduk ketika berada di luar dan membersihkan wajah terlebih dahulu dengan hanya menggunakan CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES kerana kadang-kadang tidak membawa pencuci muka. Oleh itu ia sesuai untuk kegunaan semua peringkat usia kerana ia mempunyai ciri-ciri seperti :

~ Hypoallergenic

~ Bebas Alcohol

~ Bebas Paraben

~ Bebas Formaldehyde

~ Bebas PAPB & MIT 

Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES  Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.




Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES  sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.
Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES  dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES  ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. 




Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit. 




Kedua-dua variasi CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES  boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).



~ Tentang WIPRO UNZA ~
Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas 
sebagai jenama penjagaan diri 
dan produk isi rumah di pasaran Asia. 
Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar 
dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.   

Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah 
ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran 
disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk memenuhi keperluan pengguna Asia. 


4 Comments

  1. Nani baru tahu yang Carrier Junior ni ada tisu basah, ingatkan selama ni produk dalam botol tu aje. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann penjagaan lengkap untuk bayi dan kanak-kanak :)

      Delete