Sedap ke biskut Tuan Anas ni ? Sedap !! Ana dah makannya sebab tu ana berani kata sedap pada selera ana. Eh , jap !! Korang pernah dengar tak tentang keenakan Biskut Tuan Anas yang viral di social media ni kan.. Haa hari ni , ana nak story mory tentang Biskut Tuan Anas pulak, selalu duk pot pet pasal produk kecantikan je kan, kali ini kita ubah topik. Best gak ni... nak nak lagi tentang makanan, memang kesukaan ana lah bab makan-makan. 






Biskut Tuan Anas 


Ermm... biskut ni antara benda wajib ada di rumah ni, bukan apa, kadang-kadang ana ni cepat lapar. Dapat ngap sekeping dua dah Alhamdulillah sebagai alas perut kata orang. Dari nak makan kudapan yang banyak MSG tu baik lah kita makan biskut, anak-anak pun suka kalau biskut yang sedap dan rangup macam Biskut Tuan Anas ni. Dah la lemak dengan rasa koko ada pula taburan chocolate chip, lagi lah menambah kesedapannya. Ana suka makan dengan teh o di waktu petang. 




Sedap tak Biskut Tuan Anas ?

Nak cerita dari segi rasanya, Biskut Tuan Anas ni, menjadi pilihan ana kerana ia kurang manis. Bila kita makan ia rangup dan bila masuk dalam mulut ia mencair dengan sendiri. Wahhh!! Macam mana tu ? Hat tu kena try sendiri baharu boleh dapat rasa kelainan Biskut Tuan Anas ni. Dan agak istimewa juga ana mendapatkan Biskut Tuan Anas ni secara online, pasti lah melalui Poslaju kan, Alhamdulillah.. korang boleh tengok sendiri dalam gambar di atas, biskut nya tak pecah , okay. Kalau ada pun sekeping dua sahaja lah tetapi masih boleh di nikmati maksud ana tak lah hancur relai walaupun di pos dari Kuala Lipis , Pahang ke Selangor ni. Ini bermakna kualiti biskut amat baik termasuk dari segi packagingnya yang dalam pek kedap udara yang mengekalkan kerangupannya.


kredit foto :FB Biskut Tuan Anas


Ia di jual dalam pelbagai saiz dan berat. Yang ana cuba tu dalam saiz kotak 85 gram dan isi dalamnya banyak tau, hampir 30 keping kalau tak silap sebab bila buka jer terus ngap satu persatu tak sempat nak kira dah hihi. Lagut kata orang utara duk makan dalam kereta dalam perjalanan ke Ipoh baru-baru ni, sebab ana tak sempat nak sarapan. Tuu diaa!! Habis sekotak  kami makan suami isteri, nasib baik bawa bekal air kosong haha 😉😉😉




Biskut Tuan Anas ni merupakan produk keluaran Tuan Anas Resources beralamat di Taman Siantan Makmur, Jalan Haji Kosai, 84000 Muar, Johor. Bahan-bahannya terdiri daripada Tepung Gandum, Gula, Minyak Sayuran ( Minyak Kelapa Sawit) , Cip Coklat, Serbuk Penaik, Tepung Susu Penuh Krim, Sirap Glukosa dan Lesitin Soya. Produk keluaran Bumiputera, Malaysia kay.




Musim panas lit lit ni, ana try la juga jadi kan satu menu yang sedap. Korang tau tak, sedap weii... makan Biskut Tuan Anas ni dengan aiskrim. Perghh!! Memang cair di mulut lekat di hati lah kata kan. Anak-anak mesti suka ni. Nanti dah beli try naa 😉😉




Ana juga nak cadang kan, kalau korang dah buntu dan malas nak buat biskut raya yang dah tak lama lagi nak menjelang ni, apa kata order sahaja Biskut Tuan Anas ni dan jadikan sajian biskut Hari Raya. Pasti licin hidangan kuih raya korang nanti. Benda sedap kan... 

Di mana nak beli Biskut Tuan Anas ?


Haa... dah cerita panjang lebar makan Biskut Tuan Anas, pasti korang pun teruja nak try rasa sendiri keenakkannya. Usah risau, order sahaja secara online atau kalau orang Kuala Lipis dan sekitarnya boleh COD dengan Puan Fiza ni. Jadi apa tunggu lagi save nombor whatsapp di bawah dan order kay ✌✌

Whatsapp : Fiza 

010-926 1731

atau 

PM di Facebook  :(klik sahaja link di bawah)

8 Comments

  1. wah cookies ni macam menarik la . sedap tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap CCL ala-ala hat yang femes emes tuu rasa dia :)

      Delete
  2. nampak sedap je kak ana,biskut ni..kita pun rasa nak try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap boleh makan macam tu je EDa, try la boleh beli online mudah kan :)

      Delete
  3. Nampak sedap.. terutama sekali yang dengan aiskrim tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kita pelbagaikan cara pemakanannya Sha , anak anak suka ni :)

      Delete
  4. sedap tengok biskut ni.. nak kena beli dan cuba ni hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. order la Ekin, boleh rasa sendiri kesedapannya :)

      Delete