Zaman berubah, gaya berubah mengikut trend terkini namun yang pasti ia datang dan pergi bagaikan putaran musim yang silih berganti. Kalau dulu dekorasi ruang yang pernah menjadi trend sekitar 70-an dan 80-an kini ia bagaikan muncul kembali. Kebanyakan orang kembali meminati gaya dekorasi yang dahulu nya pernah di guna pakai dari segi tatarias ruang tamu, dapur mahupun kamar tidur seolah-olah kembali ke era lama yang kini di kenali dengan istilah gaya hipster. 

Begitu lah putaran alam dan kehidupan tiada yang kekal, pasti akan datang dan pergi dalam sudut apa sekali pun di dalam kehidupan ini. Kalau dahulu orang tercari-cari apakah yang terkini dan tidak mahu ketinggalan atau kuno dalam berfesyen, mendekorasi rumah dan segalanya. Kini yang lama itu pula yang menjadi inspirasi semula dalam mendekorasi ruang rumah, premis perniagaan dan sebagainya. Ana berkongsi kan idea dekorasi ruang rumah dengan gaya ala-ala hipster yang ana perolehi dari kunjungan ke rumah contoh di M Aruna Residen, Rawang, yang mana tidak seperti kebanyakan rumah contoh yang membenarkan pengunjung mengambil gambar di dalamnya. Seriussss!! Memang unik dan awesome untuk cetusan idea deko mendeko. 





Dekorasi Ruang Rumah Gaya Hipster


Ramai gemar pada kemasan dinding dengan menggunakan wallpaper imej batu bata merah menjadi trend masa kini. Sekarang ni lebih menarik bila adanya dari jenis 3D wall deko yang timbul memberi impak lebih natural pada kemasan ruang dinding. Cuma pastikan pemilihan wallpaper yang berkualiti agar tampil lebih menarik dan elegen. Ikut pada harga juga lah dan paling tidak pun, ana memilih wallpaper dari Kaison, memang cantik dan kemas dengan harga yang mampu beli, kata orang. 






Cuma kena lihat pada keluasan ruang juga, penggunaan props yang terlalu banyak boleh menampakkan ruang menjadi kecil dan sempit. Ikut kesesuaian tema dan pemilihan warna juga amat penting supaya tidak begitu berselerak dan berwarna warni yang tidak senada.






Idea dekorasi ruang tidur kanak-kanak ini pula menggunakan kapur tulis sebagai lakaran motif mencipta feature wall yang menarik. Ana pasti kalau di guna pakai di rumah memang tak lama lah lukisan kapur tulis ni bertahan kan haha 😊😊 Cuma kita boleh jadikan ia sebagai satu inspirasi dan mungkin boleh di gantikan dengan alternatif lain yang lebih tahan lama dan baik. 




Dua idea dekorasi kamar tidur yang nampak kemas dan selesa untuk di huni. Pemilihan corak motif doodle pada wall deko di belakang katil ruang tidur utama memberikan impak yang besar pada seni hiasan dalaman bilik tidur ini, bagaikan satu sudut yang membawa imej si pemilik rumah.





Ruang dapur berkonsep terbuka mungkin kerana keluasan yang agak terhad tetapi moden dan simple. Mungkin agak tidak relevan untuk kediaman tetapi tidak mustahil ada yang menggemarinya. Citarasa kita tak sama kan. Ikut pada selera dan minat masing-masing, yang penting bajet dan selesa untuk di diami sekeluarga. 



Kredit untuk rumah contoh di M Aruna Residen Rawang yang memberikan ana idea untuk di kongsikan bersama pembaca. Kalau korang mencari kediaman selesa dan eksklusif di Bandar Country Homes ni, boleh lah singgah ke sini dan mana tahu rezeki untuk menjadi penghuni Rawang yang kian pesat tumpuan pemaju hartanah. Bolehlah kita berjiran hihi 😍😍

8 Comments