Kucing Jalanan Sekadar Minta Secebis Simpati Insan

Tak semua insan menjadi hambaNya yang terpilih dikurniakan hati yang belas ehsan terhadap sesama makhluk di atas muka bumi ini. Tak semua insan juga sedar bahawa kehidupan di alam nyata ini bukan hak mutlak manusia semata. Perlu tahu, selain manusia ada hidupan lain yang diciptakanNya untuk sama-sama berkongsi kehidupan yang sementara ini. Haiwan, tumbuhan dan alam ghaib misalnya adalah antara yang sama-sama menjadi penghuni di bumi Allah swt yang luas. Dan yakinilah bahawa tiada sesuatupun yang di jadikanNya itu adalah sia-sia melainkan semuanya adalah ujian yang di datangkan kepada kita manusia. 

Budak comel ini Ana temui di Jetti Bagan Datok

Alhamdulillah... ramai di antara yang ana kenali merupakan pencinta haiwan khasnya kucing. Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah saw. Mueza nama kucing kesayangan Baginda Rasul saw, sehingga kan ana pernah terbaca tentang bagaimana Baginda Rasul saw memotong serbannya yang di tiduri Mueza.

Ana dan kaum keluraga memang amat rapat dengan kucing-kucing. Malahan nama kucing kesayangan kami lah yang terabadinya Jingga pada nama blog kesayangan ana ni. Dari arwah opah, mak-mak saudara, mak ana sendiri sehingga lah Kak Long dan Adik Ika semua sayangkan kucing. Malahan ke mana sahaja kami pergi, pasti akan ada kucing yang muncul di kaki-kaki meja mahupun di sekeliling. Allahu... ini antara musabab Allah saw nak menghadiahkan pahala kepada kami agaknya, kerana kami tak pernah menghampakan mereka apabila ada sahaja makanan yang akan kami kongsikan bersama.


Dua beradik ni ana jumpa di tepian sungai, macam Jingga, ana

Namun ada juga mereka yang langsung tidak punya ehsan terhadap makhluk comel yang tak berdaya ni. Kadang-kadang di herdik, di halau , di sepak hanya kerana mereka hampir meminta secebis simpati agar di hulurkan sedikit sisa makanan yang ada. Tak minta banyak pun, namun itulah sifat manusia yang berbeza hati dan perasaan. Kotor sangat agaknya si anak bulus jalanan ni sehingga di sepak, di usir dari menghampiri.


Cik Tamteh ni ana jumpa di Kuala Kubu Baharu

Mereka juga ada perasaan, dan ini amat ana fahami sendiri kerana ana sangat senang bercakap dengan kucing dan mereka seolah-olah memahami. Contoh kalau kita marah atau bebel depa mesti akan berlalu pergi, ana rajin gak lah berleter dengan kucing-kucing yang datang singgah makan di rumah, bukan apa kita belum masak depa dah mengiau minta makan, kena bebellah suruh sabar sikit hihi 😊😊 Lepas tu cuba kita belai, mesti depa kan main manja lagi belit-belit kaki kita dan sebagainya, kadang-kadang siap mengurut-urut manja pada tubuh kita, kan seolah mereka punya perasaan gitu.


uii tingginyaa dia.kucing Kak Long jumpa di kolej kediamannnya di Shah Alam

Paling ana risau dengan kucing-kucing jalanan ni ialah keselamatan mereka dari di langgar kenderaan. Satu pengalaman yang tak mungkin dapat ana lupakan selamanya apabila melihat depan mata anak kucing di langgar kereta. Allahu Akbar, melambung beberapa kali baru mati. Dalam menggigil ana bungkus tangan dengan beg plastik yang ana beli barang, angkat jasad yang kaku dan ketepikan. Banyak juga pengalaman anak-anak bulus yang ana beri makan di sekitar rumah menghembuskan nafas di depan mata kerana sakit termasuk Jingga, ana dan anak-anak hanya mampu berdoa agar Allah swt cepat-cepat ambil nyawanya kerana tak sanggup melihatnya kesakitan. Tapi ye lah.. nyawa kucing cukup payah nak mati,lama mereka akan lemah terkulai barulah mati dengan tenang. 


Ini anak kucing di bawah kolej kediaman Adik Ika di Gopeng


Anak-anak ana sendiri kalau jumpa sahaja kucing akan beri makan walaupun sedikit dan selalunya depa akan ambil gambar dan hantar pada ana. Macam-macam gaya ada dan rupa paras ada.Ana memang sentiasa didik dan berpesan kepada mereka agar mengasihi sesama makhluk yang tidak menyakitkan di atas muka bumi ni, khasnya kucing lah. Mereka ni lemah tak berdaya pun untuk kita sebagai manusia yang sempurna akal dan sifat untuk menyakitinya. Bukannya mereka mampu melawan pun kan. 

Didik lah jiwa anak-anak sedari kecil dengan rasa kasih sayang bukan sahaja kepada haiwan malahan pada tumbuh-tumbuhan juga. Dekat dengan alam dan In Shaa Allah mereka akan membesar dengan nilai-nilai murni dan tidak akan berani menyakiti sesama manusia. Cuba kita lihat jika anak-anak di asuh untuk membenci dan mengherdik kucing-kucing jalanan, tak mustahil bila dewasa hati mereka akan keras dan tidak berperikemanusiaan sehingga berlakunya kes buli, pergaduhan dan macam-macam perkara yang tidak baik bila mereka kian dewasa nanti, Nauzubillah.
Kucing Jalanan Sekadar Minta Secebis Simpati Insan Kucing Jalanan Sekadar Minta Secebis Simpati Insan Reviewed by Ana Jingga on April 22, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Semua kucing jalanan semua comel comel. Sayangi lah kucing. Kucing comel. Ni sekarang ni, ada issue dera bintanag especially kucing. Bakar la apa la. Em manusia manusia.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/04/movie-review-belco-experiment-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rosak jiwa kalau anak-anak tak dididik dengan nilai nilai kasih sayang sesama makhluk Allah swt ni kan Ika

      Delete
  2. Sha ajar zaryth...sekarang kalau Sha tak bagi makan kucing kat kedai..Sha pulak kena marah..huhuh..muka kesian diaorang nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bijak zaryth, tak apa Sha melentur anak dengan nilai nilai kasih sayang baik sangat in shaa allah Zaryth akan membesar sebagai anak soleh nanti... Aamiin

      Delete
  3. Hanya yang suka kucing memahaminya.
    Mrs. A pun kalau makan di luar ada kucing datang minta makan mesti bagi.
    Pernah tengok satu video budak perempuan yang tendang anak kucing haish!!!! geramnya lahai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang kak ana maksud dengan hanya insan terpilih sahaja yang ada jiwa kasih sayang pada kucing ni kan Mrs A :)

      Delete

Powered by Blogger.