Sambal Pecal Tetap Pujaan Hatiku
Salah satu menu ibunda yang menjadi kesukaan ana dari dahulu hingga lah ke saat ini ialah pecal. Kalau di Teluk Intan , kami panggil sambal pecal. Sambalnya yang istimewa kerana sesetengah orang suka yang pedas dan pada ana pula ana suka yang tak begitu pedas. Sambal pecal ni merupakan makanan tradisional masyarakat Jawa. Kampung halaman ana ni, berdekatan dengan Kampung Selabak, yang mana terkenal dengan penghuninya masyarakat Jawa tempatan. Di tambah pula dengan mak-mak saudara ada yang dari keturunan Jawa ( melalui perkahwinan )menjadikan menu-menu sebegini agak sebati dengan kami.
Seperti yang ana nyatakan, kesedapan sambal pecal ni bergantung pada sambal kacangnya. Baru-baru ni ana diberikan oleh adik ipar , Julia Alisya sepeket sambal pecal segera. Mudah dah sekarang ni nak makan pecal kerana terdapat di jual di pasaran sambal pecal yang mana kita hanya perlu membancuhnya sahaja dan sediakan ulam-ulamannya untuk di makan bersama. Kalau menggunakan sambal segera ready made ni, kita hanya perlu membancuhkannya dengan air asam jawa sahaja, atau setengah orang hanya bancuh dengan air panas. Kalau bancuh dengan air asam jawa tu, pasti kan juga dengan menggunakan air suam untuk bancuhannya.
Kalau dahulu, mak ana memang akan sediakan sendiri sambal pecal ni. Rumit juga prosesnya tapi ini lah mak kita dahulu, serumit mana pun pasti tersedia untuk di jamu kepada anak-anak dan keluarga. Tambah dahulu, kacang goreng tu mak akan tumbuk dengan lesung batu, segalanya secara manual, tanpa bantuan peralatan elektrik seperti sekarang. Kini dah mudah lagi di mudahkan dengan adanya sambal pecal yang sedia untuk di bancuh sahaja.
Bagi yang nak mencuba membuat sendiri sambal pecal , di sini ana sertakan bahan-bahan dan caranya yang ana perolehi dari http://anymz-mykitchen.blogspot.my/2011/08/pecal-jawa.html ( kredit resepi ). Mana tahu satu hari nanti, ana sendiri nak cuba buat sendiri sambal pecalnya kan, kita simpan disini siap-siap.
Bahan-bahan sambal pecal
1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
5 tangkai cili kering atau lebih - (kalau nak pedas ada yang campurkannya dengan cili api)
4 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4-6 biji cekur (size kecil)- cekur ni mengikut resepi orang Jawa, kalau tak letak pun tak apa, ana tak suka sangat ada rasa cekur walaupun ia berkhasiat untuk membuang angin dalam badan.
1 inci belacan
1 sudu besar air asam jawa
3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
Garam
Air panas secukupnya
Caranya :
Panaskan minyak.
Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.
Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk.
Campurkan sekali biji cekur@kencur.
Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi.
Masukkan air asam jawa. Kacau.
Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya.
Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis.
Untuk ulam-ulaman ni terpulang lah pada citarasa masing-masing. Ana hanya sempat menyediakan empat jenis ulaman untuk sambal pecal ana masa tu, kacang panjang, sengkuang, taugeh dan tauhu goreng. Boleh sahaja di makan dengan pucuk ubi kayu, tempe goreng, nangka muda dan sebagainya. Sedap sangat. Ada ulaman yang perlu di goreng seperti tauhu dan tempe, dan ada yang perlu di celur contohnya nangka muda, pucuk ubi kayu, kacang panjang dan taugeh tu. Dan ada juga yang di makan terus seperti sengkuang atau hirisan timun.
Bolehlah di gaulkan dengan sambal pecal yang telah di bancuh tadi dan siaplah satu menu tradisional lama yang sedap dan menjadi kesukaan ana. Selamat mencuba ye.. 😉😉
6 Comments
SERONOKNYA MAKAN
ReplyDeleteSELAMAT PAGI ISNIN
SINGGAH PAGI
selamat pagi NH jemput makan pecelll hihi :)
DeleteSedapnyaa kak Ana. Lama dah tak makan ni, selalu kalau balik Raub ada stau tempat tu selalu Nani singgah beli pecal.
ReplyDeletesama lah dengan kak Ana,suka sangat makan pecal ni Nani :)
DeleteSalah satu hidangan dari airtangan Allahyarham mak kakcik yang kakcik suka adalah pecal buatannya...
ReplyDeletebetul kak cik kalau air tangan mak ana pun paling sedap lah sambal pecalnya.. tapi proses nak siapkan tu agak rumit kan
Delete