Selamat Hari Lahir Aniq Ceria Popstar
Aniq ni merupakan anak kepada sepupu ana sebelah abah, jadinya merupakan anak saudara ana lah kan. Cewahh !! Tumpang glamour pula maa long ye...
Menurut ibunya Cikgu Jijun sepupu ana, Aniq di lahirkan di Slim River, Perak dan kini menetap di Ipoh. Tak selalu juga ana dapat berjumpa dengan Aniq sekeluarga, maklum lah masing-masing ada komitmen keluarga kan, kalau ada pun ketika Hari Raya atau majlis-majlis perkahwinan saudara mara terdekat.
Ini antara gambar-gambar ketika Aniq beraya ke rumah ana di kampung, Teluk Intan tahun lepas. Suka sangat dia makan lempeng pisang bakar yang mak ana (opah we ) buat petang tu.
Gambar-gambar di atas pula Aniq bersama Kak Long, Kakak Ika nya dan Abang Haris ketika menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat kami di Teluk Intan. Mereka ni pangkat dua pupu lah kiranya. Apapun sempena Hari Lahir ke-12 Aniq, maa long doakan semoga Aniq membesar sebagai putera soleh kebanggaan ayah bonda, cemerlang dalam segala bidang yang diceburi, Aamiin.
Khas buat peminat setia Aniq, korang boleh mengikuti perkembangan terbaharu Aniq melalui media socialnya:
Instagram : @aniq official
Facebook : Aniqceriapopstar2016/
4 Comments
Happy Birthday Aniq. Kalau tak miza nak buh afiq nama aniq tapi EE tak nak
ReplyDeletehihi tq Miza :)
Deletehappy belated befday aniq
ReplyDeletetq KW :)
Delete