Sekali lagi dengan izin Allah swt nanti Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan pada 9 Mei 2018. Ana sendiri telah beberapa kali melaksanakan tanggung-jawab sebagai warga negara Malaysia untuk keluar mengundi memilih pemimpin yang bakal mewakili rakyat di peringkat Kerajaan Negeri dan juga Parlimen. Ketika tinggal di Kuala Lumpur dahulu, ana dan suami mengundi di Parlimen Setiawangsa dan selepas berpindah ke tempat tinggal kini, kami mengundi di Selangor pula. Mudah sebenarnya bila kita menukar alamat mengundi awal-awal mengikut tempat pemastautin , tidaklah menimbulkan masalah kesukaran untuk keluar mengundi. 

Image result for semak daftar pemilih 2018

Bagi yang kali pertama yang bakal mengundi seperti Kak Long, pasti ia satu pengalaman yang teruja nak lakukan. Sebagai warga negara Malaysia kita wajib mengundi apabila telah mencapai usia 21 tahun. Rugi tau tak mengundi ni, ia satu tanggung jawab, buatlah pilihan yang bijak dalam mengundi nanti kerana ia bakal menjadi kerajaan pemerintah masa depan negara. Selamat mengundi.

Bagi yang masih keliru di mana nama kita berada untuk membuang undi, bolehlah ke pautan yang bakal ana berikan untuk menyemak di mana lokasi kita untuk mengundi nanti. Kena semak tau, kerana dalam satu-satu Pusat Daerah Mengundi terdapat beberapa lokasi malahan ada juga yang di pindahkan namanya dari lokasi sebelum ni, persempadanan semula katakan.. Jadi sebelum keluar mengundi baik semak dahulu. 

Cara menyemak tempat mengundi Pilihanraya Umum 2018 


Kita boleh menyemak lokasi undian anda melalui 3 cara mudah iaitu;

Sistem pesanan ringkas. (SMS)
Atas talian (online)
Aplikasi di telefon pintar 


1. Semakan tempat mengundi Melalui SMS


Image result for semak daftar pemilih 2018


Cara membuat semakan adalah dengan;

Taip SPR < jarak > SEMAK < Jarak> NO IC hantar ke 15888

2. Semakan tempat mengundi Daftar Pemilih secara Online




Cara membuat semakan adalah dengan cara berikut;

Layari laman web https://pengundi.spr.gov.my/

Masukkan no Kad Pengenalan tanpa jarak 

Klik Semak


Maklumat dimana lokasi mengundi akan di paparkan.

3. Semakan tempat mengundi melalui Aplikasi Telefon Pintar 



Mudah sangat hanya perlu muat turun (download) applikasi dari Play Store dan semak dari aplikasi tersebut,

Selamat menjalan tanggung-jawab sebagai warga negara kepada semua. 

kredit sumber rujukan  : SPR

4 Comments

  1. Replies
    1. selamat menjalankan tanggung jawab juga buat Cik La :)

      Delete
  2. sama2 mengundi..kak ana balik kampung la yeaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la Sha, kak ana dah lama mengundi di pemastautin, mudah kan urusan

      Delete