Bulan April ni agak banyak jemputan majlis perkahwinan saudara terdekat mahupun sahabat taulan. 7 hb April 2018 yang lepas, ana bersama suami dan Kak Long sempat menghadiri majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan anak buah sebelah suami di Setia Alam. Majlis di adakan di sebuah event hall bertempat di Achare 18, Setia Alam. Menarik.. cantik dan elegen serta gaya mewah yang di tampilkan di dalam dekorasi ruang makan dan sebuah pelamin tersergam indah.



Majlis akad nikah anak ke empat kakak ipar ana, Hajjah Sapinah & Mejor (B) Haji Daud, iaitu Lora dan pasangannya Yuzzaen berlangsung sekitar jam 8;45 malam. Kami sampai dan telah pun rsvp meja dan di tempatkan di meja no 2 di dalam dewan bersama keluarga terdekat yang lain. Ada setting meja di bahagian luar dewan memandangkan ruang dalam yang agak terhad. 

Achare Lapan Belas 


Bagaimana untuk ke Achare 18 ni ? Mudah sahaja gunakanlah waze haha 😌😌 Ia terletak di deretan shoplot berhampiran sahaja dengan Setia Alam Convention Centre dan Setia Alam Shopping Centre tu. Kami dari Rawang, menggunakan PLUS dan keluar di exit Setia Alam terus mengikut arah pandu dari waze untuk sampai ke sini. Mudahkan. 




Ana amat tertarik dengan pemilihan padanan warna pastel yang soft untuk tema warna majlis dan pelamin. Sangat romantis kan 💗💗 Malam itu juga kami di hiburkan dengan aluanan lagu-lagu persembahan live band yang di undang. 






Alhamdulillah majlis akad nikah berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz dan selamat pengantin baharu buat Lora dan Yuzzaen, semoga bersama mencari keredhaan Allah swt di dalam setiap masa. 



8 Comments

  1. Selamat pengantin baru buat lora

    ReplyDelete
  2. Tahniah untuk mempelai. Ccantikkk!

    ReplyDelete
  3. Wah...cantiknya pelamin dan decoration..SA pun suka..terus rasa nak kahwin la kak ana...hahaha..lama dah menjanda ni..#EHHH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... kak ana doakan SA semoga cepat2 bertemu jodoh yang baik..

      Delete