Kami kat rumah malam-malam memang jarang sangat makan nasi. Selalunya makan yang ringan-ringan sahaja untuk alas perut. Dari suami sampailah anak-anak, paling suka pun makan burger kat gerai tu. Tak pun buat sendiri je kat rumah. Cuma lama-lama jadi jemu juga kan. 

Kebetulan ada lebihan separuh daging kisar atau mince meat di dalam peti sejuk, ana terfikir pula nak buat homemade patty untuk burger yang nak di makan waktu sahur nanti. Haha! Entri ni di terbitkan dalam bulan Ramadan kay, sebab tu ana nak jadikannya menu sahur. Ana pun google lah beberapa resepi yang paling sempoi dan mudah nak buat homemade patty ni, dan terjumpa dari blog abangbrian.com . Macam biasa kita olah sahaja mengikut apa yang ada di rumah ketika itu, dan terhasillah burger homemade patty versi Ana Jingga dot com.





Cara buat homemade burger patty mudah 


Bahan-bahan yang diperlukan ( skema nya ayat 😊😊 )

Daging kisar (mince meat) - ana gunakan separuh dari bungkusan dan dapat 4 patty bersaiz roti burger.
2 biji telur - ana gunakan sebiji sahaja mengikut jumlah daging kisar.
sos tiram 
Italian herbs - jika ada tak ada pun okay je 
lada sulah
bawang besar di dadu kecil - nak sedap guna bawang holland
seulas bawang putih di tumbuk lumat
garam secukup rasa

Cara-cara membuat homemade burger patty 




1. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati. Kemudian masukkan telur dan biarkan meresap ke dalam adunan daging dan uli sebati.




2. Jadikan satu doh daging dan ana perapkan seketika agar rasanya menjadi sebati.




3. Bentuk menjadi bentuk patty burger mengikut saiz yang di kehendaki cuma jangan terlalu tebal kerana takut lambat masak atau bahagian dalam tak masak dengan elok nanti. Simpan di dalam peti sejuk sehingga waktu untuk menyediakannya.




4.Sediakan bahan sampingan untuk membuat burger seperti salad, roti burger, timun, tomato, mayo dan sos cili. Ikut lah citarasa masing-masing kan. 




5. Ana grill kan patty daging burger di atas kuali leper dengan sedikit minyak sahaja dan balik-balikkan sehingga masak di kedua-dua bahagian. Dah masak susun aturlah mengikut citarasa burger sendiri. 




Rasanya sama seperti burger daging bakar dan lembut serta juicy rasa daging patty nya. Tidak sama seperti patty ready made yang kita beli di pasaran yang nipis dan keras kalau salah teknik memasaknya. Memang sedap dan suami serta anak-anak ana menyukainya sangat. Alhamdulillah 

2 Comments

  1. Okey boleh la SA cuba buat nanti ni..Dania suka ni bab-bab burger..thanks kak ana share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah SA, ajak Dania buat sama-sama pasti menarik kan :)

      Delete