Photo Canvas atau pun mudah nya cetakan gambar kenangan di atas kanvas untuk di hadiahkan buat insan-insan tersayang, menjadi trend masa kini. Ia bukan sahaja cantik malahan satu hiasan yang amat bermakna dengan sentuhan kasih sayang yang tidak dapat di beli dari mana-mana pasaran sekali pun. Dalam kata lain ianya ada satu sahaja dalam dunia ni kerana ia merupakan hadiah custom made design khas untuk di hadiahkan kepada insan yang istimewa dalam hidupmu. 

Cantik, memang sangat cantik dan boleh di jadikan satu inspirasi idea dekorasi ruang tamu atau pun kamar tidur si dia. Ana teruja sangat nak menempah sebuah foto kanvas ni untuk di hadiahkan kepada Kak Long sempena pencapaian cemerlang dalam pengajian ijazahnya baru-baru ni. Buntu juga memikirkan apa yang akan di berikan kerana sebelum ini ana pernah menghadiahkannya sebuah kusyen dengan cetakan wajahnya yang ana tempah di www.printcious.com . Kemudian ana layari sekali lagi ke laman web tempat ana selalu membelikan hadiah-hadiah buat keluarga dan sahabat-sahabat ana ni dan dari situ lah tercetus idea untuk menghadiahkan Kak Long sebuah foto kanvas.




Foto Kanvas dari Printcious.com


Taadaa!! Inilah dia foto kanvas gambar kesayangan Kak Long yang ana abadikannya dan hadiahkan buatnya baru-baru ini. Bukan main suka lagi Kak Long sebab dia jenis yang sentimental sikit. Ana memilih gambar ni kerana ia merupakan gambar kesukaannya, ala-ala princess gitu. Sesuai dengan tema dekorasi bilik tidurnya yang serba pink dan soft touch dengan tema Inggeris, Kak Long meletakkan foto kanvas ni di sudut katilnya. Cantik tak ??





Dimana nak tempah sebuah photo canvas ?


Ana menempah sebuah foto kanvas ni pastilah dari www.printcious.com . Sebuah gedung gift shop online custom made pilihan ana dari dahulu lagi. Disini, bukan sahaja ada foto kanvas tetapi pelbagai lagi pilihan hadiah yang korang boleh customize kan mengikut keinginan masing-masing.




Selain foto kanvas, korang juga boleh membuat tempahan custom made gift dalam bentuk mugs, magnet, beg, keychain, kusyen dan macam-macam lagi yang sesuai di jadikan hadiah yang amat bermakna dari hati. Ana sendiri pernah menempah beberapa kusyen, totte bag dan juga fridge magnet dari Printcious untuk di hadiahkan buat keluarga dan sahabat-sahabat sempena hari lahir, anniversary, Hari ibu, Hari bapa dan sebagainya.

Mengapa foto kanvas sesuai untuk di jadikan hadiah istimewa 


Pada ana,sebuah foto kanvas dari Printcious ini amat sesuai untuk di hadiah kan kepada insan tersayang ialah kerana pertamanya ia sangat cantik untuk di jadikan hiasan deko di ruang tamu atau pun kamar tidur, malahan ia trending sekarang ni.





Korang boleh memilih pelbagai bentuk kanvas dan pelbagai saiz mengikut bajet dan keinginan masing-masing, bermakna ia bukan datang dalam satu saiz dan bentuk sahaja. Contohnya untuk foto kanvas Kak Long di atas tu bersaiz segi empat tepat.




Cetakan pada kanvas juga adalah amat berkualiti, ana upload gambar Kak Long dari saiz smartphone sahaja ke laman web Printcious dan hasilnya amat cantik dan tidak pecah. Ia menggunakan teknologi terkini heat transfer technology




Selain daripada itu foto kanvas ini juga di bingkai kemas dengan bingkai kayu di belakangnya dan diberikan cangkuk yang kukuh untuk mereka yang ingin menggantungkannya pada dinding.




Jadi, macam mana menarik tak untuk dihadiahkan kepada insan kesayangan korang sebuah foto kanvas dari Printcious.com ni. Tempoh penghantaran nya dalam masa 7 hingga 10 hari jadi korang kena lah tempah awal-awal sebelum tarikh yang ingin di raikan. Tempahan ana sampai kurang dalam tempoh masa yang di janjikan dan di hantar melalui penghantaran GDEX di depan pagar rumah dengan selamat.Jangan lupa tau!! Untuk mendapatkan pelbagai pilihan custom made gift layari sahaja ke www.printcious.com sekarang 💕💕

2 Comments

  1. Cantik rupanya kanvas ni ye. Sy pun plan nak cuba order. Nak abadikan gambar kenangan dgn anak ank

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik gambar pun tak pecah, kena pilih yang sesuai Sya Mimie, boleh je order di Printcious.com :)

      Delete