Ada majlis konvokesyen anak, atau majlis perkahwinan yang ingin di hadiri atau pun nak membeli belah di Shah Alam.... Dan tercari-cari hotel yang ingin di inap ketika berada di sekitar Shah Alam, Selangor ? Meh sini.. ana ada satu cadangan hotel yang best di Shah Alam untuk korang stay bermalam dalam suasana yang bertema mengikut pilihan sekeluarga. Hotel yang ana maksudkan ialah Hotel De Art di i-City , Shah Alam. 



Haa! Tu baru reception kaunter di Hotel De Art, i-City , Shah Alam ni, mesti korang dah bayangkan betapa bestnya bawa anak-anak bermalam di sini kan. Serius, memang best dan unik sangat malahan ketika ana check-in pada tengahari 6hb Mei 2018 yang lepas memang terdapat beberapa keluarga turut sama check-in dengan anak-anak. Bukan main teruja sangatlah anak-anak kecil untuk menginap di sini. 

Hotel De Art, i-City Shah Alam




Ermm.. mesti korang tertanya-tanya apakah istimewa sangat rangkaian Hotel De Art ni ? Untuk pengetahuan semua, setiap cawangan Hotel De Art ni menampilkan tema-tema yang berbeza dan setiap bilik juga mempunyai tema nya yang tersendiri. Di Hotel De Art, i-City yang ana inap ni, bertema kan ala-ala dongeng Fairy Tales seperti Alice in Wonderland, The Hobbit, Super Mario dan bilik kami paling best dengan tema filem Up. Ingat tak filem Up ? Filem yang seorang lelaki tua bersama budak Pengakap yang rumah mereka boleh terbang dengan belon tu.. filem tu lah tema bilik kami sekeluarga. Jom.. belek satu persatu gambar yang ana terbitkan disini.. mesti korang excited kan. 



Melangkah masuk ke ruang lobby hotel sahaja, Kak Long dengan Adik Ika dah teruja sangat dengan dekorasi serta lukisan di dinding dengan tema Alice In Wonderland. Mereka berdua ni memang dari kecil lagi amat meminati dunia dongeng Fairy Tales. Sesuai sangatlah ana memilih untuk staycation di Hotel De Art , i-City ni kan. 





Sebenarnya kami sekeluarga bermalam di sini selepas melihat gambar-gambar yang cun dengan tema bilik-bilik di rangkaian Hotel De Art di akaun Instagramnya. Tambahan pula, suami bercadang nak settle kan shopping baju raya dan kain ela untuk tempahan raya di sekitar Shah Alam yang terkenal dengan syurga membeli belah menjelang Raya yang tak lama lagi. Isninnya pula, Kak Long ada kelas di UiTM Shah Alam, jadi selesa untuk kami bermalam di sini kerana tak jauh dari kampus induk UiTM Shah Alam sahaja. 



Berbalik pada dekorasi menarik di ruang lobi hotel dengan tema Alice In Wonderland memenuhi ruang legar. Ana pasti kaki selfie tak puas lah nak bergambar disini, memang cantik sangat. Seolah kita mengembara ke alam fantasi Fairy Tales. 



Hotel De Art , i-City Shah Alam ni merupakan sebuah Boutique Hotel dan merupakan 1st Malaysian Art Theme Hotel atau hotel bertema seni pertama di Malaysia. Di ruang lobi ini juga terdapat sebuah  mini bar dan korang boleh sahaja membeli makanan ringan, makanan ready to eat dan aiskrim serta cupcake di sini. 




Kak Long dan Adik Ika yang super duper excited nak staycation sini sakan lah bergambar di ruang lobi. Tu belum tengok bilik kami lagi. Layankan sahaja lah, kerana ana dan anak-anak remaja ni lebih suka anggap mereka sebagai rakan. Bukan apa,mereka akan lebih terbuka dengan kita dalam banyak perkara dan mereka akan selesa bercerita dan mengadu segala masalah dengan ibu dan ayah. Sempat tu, parenting tips sikit kan. 













Amacam cun tak? Itu baharu ruang lobi nya tau. Meh, ana nak bawa korang tengok pula bilik kami sekeluarga menginap malam tu. Bilik pilihan ana ialah jenis Art Soho bertema filem Up. Bilik ini berada di tingkat bawah berhadapan lobi sahaja. Dan uniknya, kerana kami memilih tema Up, bilik kami di mempunyai dua tingkat. Baru lah Up kan.. Menurut penyambut tetamu yang comel dan ramah mesra, penyewa boleh memilih tema yang mereka suka tetapi kenalah buat tempahan awal kerana bilik-bilik disini selalunya penuh. 




Buka sahaja pintu bilik, kami memasuki ruang tamu di tingkat bawah. Dekorasi simple dan kemas set kerusi dengan sebuah tv di dinding, berhadapan bilik air dan sebuah meja soho di ruang tepi tangga. Kerana itulah bilik kami ni dinamakan Art Soho. Bilik cukup luas dan sangat selesa. 



Ni pula bilik air dan tandas di bilik kami yang berada di tingkat bawah berhadapan ruang tamu. Sangat selesa, bersih dan yang awesome ada bath tub lengkap dengan pemanas air , standard la kan. Ana sangat tertarik dengan padanan warna grey dan putih bersih ni, bagaikan satu inspirasi pula nak mendekorasi ruang bilik air di rumah suatu hari nanti. 







Tersedia juga sebuah hair dryer dan dental kit. Kalau terlupa bawa berus gigi tak perlu risau dah kan. Dan di sebelah tangga ke tingkat atas terdapat sebuah meja  konsul yang melengkapi soho kami dengan sebuah cermin besar di dinding. Anak-anak duk belit tudung kat sini lah. Juga di sediakan cerek eletrik, mug. air mineral dan 3in 1 coffee untuk refreshment.



Jeng! Jeng! Jeng! Tangga ini menuju ke tempat beradu kami sekeluarga dengan lukisan rumah dari filem Up menghiasi ruang dinding. Best kan, bilik unik kami ni. Rare sangat dan serius, kami pernah menginap di pelbagai resort dan hotel di serata tanahair, ini pertama kali kami bermalam di bilik yang comel sebegini. Mahu tak excited.






Nampak tak? Nampak tak rumah Up kami di tingkat atas tu.. Di dalam rumah tu lah kamar tidur kami.






Bilik Soho Art ni sebuah family room dengan dua buah tilam queen yang selesa dan bersih di tingkat atas. Cukup selesa untuk kami berempat. Alhamdulillah.






Dari dari tingkap kamar tu, satu pemandangan yang menarik kelihatan lukisan Up , seoalah olah kita tidur di atas awan gitu . Fantasi kan 😉😉



Hotel De Art i-City Shah Alam ni tidak menyediakan pekej sarapan pagi tetapi korang boleh sahaja memesan makanan dari menu yang di sediakan di bilik untuk tempahan. Pagi tu kami sarapan dengan kuih muih serta nasi lemak yang sedap bersama teh o. Yang menarik perhatian ramai bila ana post gambar ni di FB ialah hidangan dalam set teko cup cake yang comel tu. Lupa eh ! Kan ana bagitau tadi Hotel De Art di i-City ni temanya kan Alice In Wonderland 😊😊😊



Kami check-out pada jam 11:30 pagi dengan satu pengalaman penginapan yang amat menarik dan comel. Siapa sangka kan, walaupun cuma sebuah staycation di bandaraya Shah Alam pun boleh mencipta memori indah untuk di kenang. Sebelum balik tu masih tak puas hati, kami ronda-ronda di tingkat satu dan dua untuk melihat dekorasi lukisan seni yang tak kurang cantiknya.




Bilik-bilik di tingkat satu dengan dekorasi Fine Art Floor manakala tingkat dua pula dengan tema Graphic Art Floor.





Terima kasih Hotel De Art atas satu pengalaman penginapan yang sangat unik dan menarik. Dengan harga serendah RM108 hingga RM298 semalam, Hotel De Art I-City menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pengunjung antaranya Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art Twin Deluxe, Art King Deluxe dan Art Family.




Jadi, sekiranya korang sedang tercari-cari di mana nak stay atau hotel yang selesa dan cantik di Shah Alam, pastikan korang buat tempahan di Hotel De Art. Hotel De Art, cawangan i-City Shah Alam ni terletak di

No 19, Jalan Keluli 7/110, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, 
Selangor. 

Tel : 03- 5880 5588

Email : info.icity@hoteldeart,com,my

atau

 tempahan secara online di : 



atau lawati ke 


Rangkaian Hotel De Art juga terdapat di 

Shah Alam Seksyen 7
Shah Alam Seksyen 19
USJ Subang Jaya

22 Comments

  1. wah cantik sangatt.. nak try jgk laaa.. bestnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kalau ke Shah Alam boleh stay sini nanti Iris Myra :)

      Delete
  2. cantiknya hotel ne nak check in jugak one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je Miza, stay sambil shopping raya kan :)

      Delete
  3. memang puas hati sangat kan staycation di sini. Huda pun dah bercuti di sini bulan lepas. Terasa nak repeat lagi datang sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik kan setiap bilik yang ada disini Huda :)

      Delete
  4. Camtiknya picture wall di
    Bawak anak ² ni happy. Sokmo depa snap gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Nina, setiap satu berlainan tema nya ,amat unik sekali

      Delete
  5. Cantiknya hotel dia.. terpukau mata melihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak stay Shah Alam , Sha cari je Hotel De Art ada 3 cawangan boleh pilih tema nanti :)

      Delete
  6. Aduhhhhh cantiknya view hotel ni kak ANA. Ngeee tertawan menarik hati saya nak dtg dekat sini. Bestnya.. Lain-lain tema rupanya erkkk..

    ReplyDelete
  7. seronok sangat sampai tak boleh move on tgk pic ni tau..
    hotel paling cool and terbaik.

    https://www.cikza.com/2018/05/de-art-usj-selangor-memang-terbaik/

    ReplyDelete
    Replies
    1. USJ pun cantik kan ala-ala princess gituew Cik Za kan :)

      Delete
  8. Replies
    1. nanti Fara bawa Kak Yong Aimi dengan Amira ye, pilih bilik comel2 hihi :)

      Delete
  9. seriusly memang adoreee sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,kak ana setuju sangat memang menarik dan unik Hotel De art ni :)

      Delete
  10. Menarik betul hotel ni. Masuk dalam wishlizt mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha In shaa Allah Marsha, ada rezeki sampai la nanti kan :)

      Delete
  11. Lain dari yang kain bilik akk ni. Cantik hotel ni, harga pn berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mommy, memang paling unik bilik ni yang pernah kak ana stay bersama family.. awesome staycation di De Art I-city Shah Alam ni .

      Delete