Mermaid... Puteri Duyung..lagenda zaman silam dan juga Fairy Tales zaman kanak-kanak yang sering kali di gambar kan dengan keayuan wanita, bersifat pemalu dan pastinya berimpian untuk berubah menjadi seorang manusia yang jelita untuk hidup bahagia bersama putera idamannya. Itu sebahagian kisah dongeng silam, namun wanita masa kini juga miliki impian yang sama seperti sang duyung, pastinya ingin kelihatan cantik, jelita untuk sang putera pujaan. Namun kita muslimah sejati pasti ada syariat  yang perlu di jaga. Cantik dalam erti kata dalam landasan syarak, pastilah muslimah moden yang ayu menutup aurat dengan sempurna. 



Terpanggil untuk di kongsikan disini, satu label jenama tudung wanita yang tak perlu ana perkenalkan lagi SofeaRose, tampil dengan koleksi shawl terbaharu dari inspirasi kecantikan Sang Duyung yang diberi nama MERMAID. Namun bukan setakad sebagai pilihan shawl dan tudung Hari Raya sahaja, SofeaRose mengajak kita untuk melaksanakan tanggung-jawab social dengan menyumbang untuk ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. SEATRU merupakan singkatan kepada Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu. SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. “Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium. 

Image result for sofearose adopt a turtle


SofeaRose MERMAID COLLECTIONS


Bila bercakap tentang Mermaid ini, Kak Long dari kecil lagi suka sangat dengan watak Ariel dalam dongeng Fairy Tales Disney Little Mermaid. Sampailah ke hari ini, dia suka sangat dengan watak mermaid sampai pernah memakali kostum Mermaid semata-mata untuk bergambar di satu event tak lama dahulu. Dan bila ana terbaca tentang kempen SofeaRose Adopt a Turtle di page mereka, dengan koleksi MERMAID, Kak long tak sabar untuk memiliki sendiri sehelai daripada koleksi SofeaRose, Thalia Mermaid Shawl.


thalia mermaid



Bila ana terima sahaja kiriman melalui Poslaju dari SofeaRose ni, di datangkan dalam sebuah kotak hitam yang eksklusif. Sesuai sangat untuk korang jadikan hadiah untuk ibu, isteri, atau juga insan-insan tersayang. Tak perlu nak balut-balut lagi dah. 




Bila dibuka, sentuhan pertama pada material shawl dari crepe organza yang amat lembut tetapi mudah di bentuk untuk mendapatkan hasil lilitan shawl yang pelbagai. Ana hadiahkan pada Kak Long untuk di pakai sempena ketibaan Syawal dah tak berapa lama lagi, tapi punya excited dua hari lepas Kak Long terus menggayakannya ketika menghadiri satu majlis di KL. Katanya, raya nanti ibu pula pakai... ermm!! Beralah lah ye dengan anak-anak. Elok juga dapat ana kongsikan dengan wanita di luar sana betapa cantiknya corak bertema kan Mermaid Raya dari SofeaRose ni.



Shawl Thalia Mermaid SofeaRose ini di inspirasikan dari kecantikan sang duyung, menggunakan kain yang lembut namun usah risau ia amat mudah di bentuk dan beralun cantik di bahagian bawahnya.Corak bermotif sisik dan alunan lautan.  Mudah di gosok pastinya akan menjadi pilihan pertama kreteria shawl pilihan kita. Warna  soft grey di gabungkan dengan pink pastel yang memberikan kelembutan pada wajah si pemakai serta mudah untuk mix and match dengan pelbagai warna baju korang. 




SofeaRose Thalia Mermaid ini juga di datangkan penjenamaan SR Charm Mermaid yang eksklusif buat koleksi peminat SofeaRose berwarna rosegold. Sesuai sebagai aksesori dengan gaya shawl yang menawan. 




Ia cukup labuh dan boleh di gayakan dalam pelbagai cara mengikut citarasa masing-masing. 


Corak inspirasi Mermaid dari SofeaRose Mermaid Collection ni akan kelihatan di bahagian depan dan belakang si pemakai dan ia boleh di suaikan mengikut labuh yang korang ingin kan. Bidang yang cukup luas dan amat sesuai untuk wanita solehah tampil bergaya ala hijabista. Jadi ia bukan sahaja cantik dan elegen tetapi sesuai untuk semua wanita di peringkat usia. 

Selain dari koleksi Thalia, SofeaRose Mermaid juga mempunyai banyak lagi pilihan yang ditawarkan seperti Diona Mermaid Long Shawl


Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini. Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose  merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air:  Menariknya , korang boleh tonton di video di bawah ni. 



Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari pembelian akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu. Sambil bergaya ekslusif sambil beramal, In Shaa Allah. 

Bagaimana cara untuk membeli pelbagai koleksi SOFEAROSE ?





Pembelian boleh dilakukan melalui tiga jenis cara iaitu dengan menghubungi Penasihat Imej di 
019 – 635 0313 (Teha
atau kunjungi 
butik SofeaRose di Bangi Sentral 
ataupun menerusi laman sesawang di 

 Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose

Layari ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah untuk melihat pelbagai lagi koleksi terkini dan terbaharu dari SofeaRose








4 Comments

  1. berkenan pulak miza tengok koleksi tudung ne. Boleh melaram raya ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik Miza,padanan warna dan design nya mudah di gayakan dengan pelbagai warna baju nanti kan :)

      Delete
  2. koleksi sofearose ni memang best , mudah dibentuk , dan sangat selesa dipakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CCL eksklusif sangat Koleksi SR ni kan :)

      Delete