Sejak Kak Long sambung pengajian di kampus induk UiTM, kami ke Shah Alam dah boleh di katakan hampir setiap minggu. Anak-anak ana ni dah jadi satu trend pula, balik rumah pandai sendiri tapi bila nak balik ke kampus, selalunya ayah mereka akan hantar. Ayah depa ni jenis tak lalu tengok anak balik sendiri, katanya selagi mampu ayah akan hantar. Begitulah kasihnya seorang ayah..semoga anak-anak bila kian dewasa nanti akan mengenangi pengorbanan ayah bonde kalian. 

Dan suami ana ni rajin juga layan isteri dan anak-anaknya kaki makan atau pun food hunt ke tempat-tempat makan yang awesome. Tengahari tu kami try makan di restoran Brotherhood & Co, Nasi Ayam Bakar di sekitar UiTM Shah Alam ni sahaja. Tapi kami tak pula memesan nasi ayam bakar, kerana ana tertarik dengan menu Nasi Daun Pisang sebab ada kari telur. Dah pesan kita tunggu lah set nya di sajikan.




Nasi Daun Pisang di Brotherhood & Co


Taadaa!! Tu dia, set menu nasi daun pisang yang ana pesan. Wallaaahhh!! Ada kari telur tu, menggoda sungguh kan. Set nasi daun pisang ni cuma berharga RM6.50 sahaja tau. Ada kari telur sebiji, ayam goreng berempah yang boleh tahan juga saiznya, acar timun dan sambal belacan. Istimewanya, nasi di hidangkan di dalam gulungan daun pisang. Dah tak banyak restoran yang boleh menawarkan harga set menu semurah ni kan, Alhamdulillah.




Kak long pula makan set nasi dengan ikan talapia goreng. Ala-ala pecel lele cuma ia ikan talapia. Sedap, ikannya segar dan di goreng panas-panas lagi, bersama set ulam, sambal belacan, tempe dan juga sup. Harga set menu ni ana tak ingat dah, hehe 😉😉




Set menu ayam penyet ni pula pilihan Adik Ika. Budak ni tak habis-habis lah dengan ayam penyet, suka sangat dia kan makan ayam penyet. Tak kurang juga sedapnya menu ni. Sama seperti set ikan talapia Kak Long tu hidangannya cuma ada ayam goreng dan bumbumnya. Suami ana pun makan menu nasi daun pisang sama seperti ana.


kredit foto FB Brotherhood Nasi Ayam Bakar

Dan inilah dia foto menu utama restoran ni, nasi ayam bakar nya. Nampak pun sedap kan, lain kali boleh cuba ni, In Shaa Allah. So, korang kalau nak rasa menu-menu sedap dan berbaloi ni boleh lah try di Brotherhood  Nasi Ayam Bakar yang beralamat di AAG 5 Block C Jalan Plumbum  AA7/AA, Shah Alam, Malaysia. 

2 Comments