Alahai lamanya cik Ana perap nak siapkan sebuah entri khas buat anakanda Hanis yang cantik manis. Hanis puteri tunggal sahabat baik ana dari darjah satu lagi pasti lah Ida Megat. Semua nya dalam perancangan Allah swt, kerana mengikut perancangan awal, ana hanya akan balik ke Teluk Intan untuk majlis resepsi Hanis sahaja, namun tiga hari sebelum majlis akad nikah, mak ana di masukkan ke HTI dan syukur Alhamdulillah discaj selepas sehari di wad. Mak beransur sihat, ana berpeluang menemani seorang lagi BFF kami, Nonie untuk ke Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan. Masjid yang sama ana dan suami di nikahkan 22 tahun yang lepas. Allahu , mengimbas nostalgia pula 💕💕

Majlis berlangsung selepas waktu Asar pada 13hb April 2018 kira-kira jam 5 petang, Nonie datang ambil ana di rumah bersama si hensem Rayyan. Kami terus ke ruang utama masjid dan majlis sedang berlangsung. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Hanis sempurna menjadi suri hati Wafi, jejaka dari Terengganu. Jauh datang mencari cinta ye.. 




Raikan Cinta Hanis & Wafi 

Untuk mengimbas majlis pertunangan Hanis yang berlangsung tahun lepas, entrinya pernah ana terbitkan di SINI . Dan kini merpati dua sejoli ini telah pun sah sebagai suami isteri, bakal melayari kehidupan yang penuh onak ranjaunya namun pasti ada kemanisan dan cinta dalam menyulam kehidupan. Bergelar suami isteri, merupakan puncak cinta halal yang kini setiap perlakuan kita pasti ada ganjaran pahala yang berpanjangan selagi tidak menyalahi syarak. Ana pasti, Hanis & Wafi telah lengkap di sempurnakan oleh kedua ayah bonda dengan ilmu agama secukupnya agar tidak mudah karam dalam pelayaran kehidupan alam rumahtangga, In Shaa Allah.





Selesai majlis kami berangkat (naik kereta laa tuu ), terus ke rumah pengantin perempuan, rumah Ida untuk menjamu selera. Sementara pengantin baharu kita posing, BFF ni pun tak lepas peluang bergambar juga lah, kan main makcik-makcik bertiga ni yer 😊😊




Mini pelamin Hanis di ruang tamu rumah Ida petang tu. Ana, Nie dan Ida lepas rindu sambil posing bersama pasangan anakanda pengantin berdua. Jelas kelihatan wajah penuh kelegaan di wajah si ibu apabila anak gadisnya telah selamat diijabkabulkan. Berbulan Ida, gundah gulama memikirkan persiapan masjlis, hati seorang ibu pastinya ingin kan yang terbaik buat anak-anak. Tanya lah ibu mana sekali pun. Dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Love you my bff 💕💕







Ana dan Nie, turun menjamu selera petang tu dengan hidangan nasi putih, ayam masak merah, lemak nenas berserta ulam-ulaman. Ermm.. paling best tengok Nie dan Rayyan makan pulut kuning pengantin, suka pulut kuning rupanya dua beranak ni..lain kali boleh lah jamu depa makan pulut kuning naa... Nonie hantar ana balik ke rumah hampir waktu Maghrib walaupun terasa kejap sangat dapat bersama. Ana pesan kat Hafiz dan Amin suruh pastikan Ibu rehat malam ni kerana esok bersambung pula majlis resepsi dan persandingan di Dewan Kampung Bahagia, Teluk Intan. Malam ni, suami dan anak-anak ana sampai dari Rawang mengikut plan awal kami sebelum ni.Dan esok pula, Nie tak dapat bersama kami kerana ada meeting di Ipoh. Hebat BFF ana ni, bisnes women yang gigih. 




Cantiknya anak kami Hanis tengahari tu. Bagai pinang di belah dua disamping suami tercinta Wafi. Kami dalam group whatsapp MGS dah plan dah nak menghadiri majlis resepsi Hanis pada 14hb April 2018. Excited sangat kerana Ida merupakan yang pertama dalam group menerima menantu, ana duk menyakat dia "mak mertua " Orang yang pertama sampai Nani, kemudian tuu diaa, orang jauh.. Suzana maii dengan suami dan anak bongsu nya. Semangat Sue maii dari Penang untuk meraikan kawan sekolah nya terima menantu, terima kasih Sue. 




Ketika ana sampai nak cari parkir kereta ternampak dah Marlia, Noriah dan Faiza lenggang kangkung menuju dewan. Kami saing sekali, Lia kebetulan dapat cuti juga datang dari Penang, dan Noriah juga terima kasih sangat datang sekeluarga dari KL untuk berjumpa dan meraikan anak kita semua. Alhamdulillah. Faiza walaupun memang tinggal di Teluk Intan, ini lah pertemuan semula selepas tiga puluh tahun di sekolah rendah MGS. Sama juga dengan Noriah kawan dari darjah satu juga tu, sekelas kami darjah 1 Biru sampai 6 Biru di MGS, Teluk Intan. Eh! Sorry Hanis, cik ana ni memang suka throwback bila jumpa kengkawan lama.



Mak pengantin sibuk menyambut dan melayan tetamu bersama dua heronya Hafiz dan Amin. Senyum sokmo BFF ana sepanjang tengahari tu, tanya dah makan ke belum ? Belum katanya.. amboi hilang lapar ye dapat menantu hihi 😉😉. Dan ketika nak balik, baharu Renu sampai bersama anak gadisnya yang cantik sangat. Tapii kan, i is jeles sungguh tengok Renu, cantik ya amat kan. Tak makan usia langsung dia, sama je wajah dari dahulu sampai sekarang. 



Alhamdulillah..segalanya berjalan seperti yang di rancang. Alhamdulillah juga, kami semua diberikanNya kesempatan untuk bersua semula, last gathering ketika majlis Reunion di MGS tahun lepas. Ana amat berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk jalinan ukhuwah dan kasih sayang sesama kita. Ambillah setiap peluang dan ruang yang ada untuk bertemu semula,mana tahu ini kali terakhir kita bersua. 


macam-macam goodies Majlis Hanis paling awesome Surah Pilihan tu.. 


Untuk anakanda Hanis dan Wafi, cik ana doakan agar ikatan cinta suci kamu berdua sentiasa di dalam rahmatNya. Bertolak ansur dalam segala urusan, berbincang dengan matang, menerima pasangan se adanya dan semaikan kasih sayang sepanjang masa. Hari-hari kena jatuh cinta dengan pasangan agar tidak akan layu sepanjang usia. Selamat melayari bahtera rumahtangga yang pasti akan ada pasang surutnya. Berpegang dan meletakkan Allah swt di tempat pertama dalam segala hal, In Shaa Allah semoga berkekalan hingga ke syurga, Aamiin Ya Rabb.


6 Comments