Resepi Sambal Kerang
Ramadan kali ini, hanya Adik Ika ada di rumah untuk berpuasa bersama kerana Kak Long sedang meneruskan pengajian di Shah Alam. Hanya pada hari Jumaat lepas, Kak Long dapat cuti sem break seminggu maknanya ada lah di rumah untuk kami berpuasa, sahur dan iftar sekeluarga. Bila anak-anak ada ni, baharu lah terasa nak masak masakan kegemaran keluarga. Ayahnya ada permintaan lain, Adik Ika dan Kak Long pun ada request menu kesukaan masing-masing. Ana gilirkan mengikut hari. Dan semalam Kak Long teringin nak makan kerang.
Mulanya ingat nak rebus je kerang tu cicah air asam, tapi kesian lak kat Kak Long nak bagi dia makan special sikit. Ana ingat nak masakkan rendang kerang, tapi bila dah kupas dari sekilo kerang yang di beli nampak sikit lak, ana sambalkannya sahaja. Rendang ni lama gak prosesnya kerana kerang tak boleh masukkan awal, habis kecut nantinya, jadi kita sambalkannya, cepat dan mudah.
Tadaa!! Inilah hasil sambal kerang ana untuk Kak Long. Nampak tak isi kerang dia besar-besar kan, memang puas makan, Alhamdulillah. Ana nak share satu petua untuk rebus kerang supaya isinya tak kecut. Caranya ialah, korang didihkan dahulu air , kemudian baru masukkan kerang yang dah dibersihkan. Tutupkan periuk dengan penutup dan mati kan api. Biarkan dalam 10-15 minit. Toskan airnya dan boleh lah di kupas. Korang akan dapat isi yang besar-besar ( bergantung kepada saiz kerang juga lah kan ).
Resepi sambal kerang
Bahan-bahannya :
Kerang - mestilah kena rebus dan kupas isinya kan :)
Bawang besar
Bawang putih
Cili giling
Sos Cili
Serai (diketuk)
Sos tiram
Cara masaknya :
1. Panaskan minyak dan tumis serai, bawang merah dan bawang putih yang telah di blend atau di tumbuk.
2. Masukkan cili giling dan cili sos.
3. Gaul sebati sehingga pecah minyak dan masukkan pula sos tiram.
4. Rasakan dengan garam dahulu sambalnya.
5. Bila dah cukup rasa baharulah masukkan isi kerang dan kacau seketika terus tutup apinya.
6. Siap untuk hidangan. Sambal kerang ni tak terlalu pedas kerana ana menggunakan sos cili dan sos tiram untuk memekatkan sambalnya.
Selamat mencuba 💖💖
14 Comments
sedapnyaaaaaaaaaa
ReplyDeletehihi sedap NH :)
DeleteMemang sedap giler..SA memang suka kerang..
ReplyDeletesama lah kita SA, kak ana pun penggemar kerang hihi :)
DeleteSedapnye.
ReplyDeleteTapi kerang mahalnya sekarang
Berbelas ringgit sekg
AJ dapat kali ni RM10 Sekilo WP ,isi pun besar dan segar, Alhamadulillah
DeleteSedapnya Ana, boleh cuba nanti..
ReplyDeletekan Sue, kita tukar-tukar idea masakan :)
DeleteSuka kerang.. Buat sambal makan dengan nasi lemak.. Pergh!!
ReplyDeleteasalnya nak buat rendang ni Sha, tapi malas lak, last2 jadi sambal :)
Deleteohoooohoi Kak Ana ni.. ahaha saja je jamu mata kite tengok makanan..
ReplyDeletebulan bulan puasa ni SYM entri resepi la paling laris kan :)
Deleteoic.
ReplyDeletemcm celur aje la ekk kerang tu.
jgn direbus ye. ok ok ok... got it!
tq for sharing.
all this while, aida rebus ajer hi hi hi
haah, kak ana selalu buat camtu je Aida dia tak kecut isinya :)
Delete