Sedap sangat kah makan di Nasi Bamboo Sungai Klah, di Sungkai , Perak ni ? Sampai viral sangat dicari dan dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Kalau tak percaya cuba korang lalu di hadapan restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni, tak pernah tak ramai dan kesesakan mencari parkir sehingga di letakkan di tepi jalan utama Slim River ke Sungkai tu. Geng rider motor usah cerita lah, memang port feveret mereka makan di situ. 

Ana sendiri lalu lalang hampir setiap bulan di hadapan restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni, dalam perjalanan balik ke Teluk Intan. Banyak kali juga nak berhenti, tapi selalu parkir penuh macam malas pula nak beratur panjang, tapi jangan risau tempat makan di sini memang luas dan banyak. Mungkin salah satu sebab lah ia tetap menjadi pilihan mereka untuk singgah makan. 






Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai


Kali terakhir ana sekeluarga singgah makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni pada tahun 2016. Pernah ana terbitkan entrinya di SINI . Nanti korang boleh bezakan harga menu dan perbezaannya dahulu dan sekarang. Kali ini dalam perjalanan balik ke Teluk Intan, kami singgah makan tengahari di sini seawal jam 10:30 pagi. Restoran ini mula beroperasi mulai jam 10:00 pagi di mulakan dengan bacaan doa di kalangan pekerja mereka. Seawal itu pun telah ramai yang menunggu dan kami kena menunggu seketika sehingga staff telah bersedia menyajikan hidangan dari kaunter-kaunter yang berlainan.

Sebaik sahaja pengumuman kaunter sedia untuk beroperasi, tuu diaa!! Beratur panjang di kaunter utama iaitu kaunter nasi bamboo. Ana beratur di kaunter nasi, manakala suami dan kak long di kaunter bakar-bakar dan air. Mudahnya disini, lain kaunter menu lain tempat bayarannya jadi tak lah lama beratur.



Berbeza dengan yang pernah kami makan pada tahun 2016 dahulu ialah harga nasi bamboo ni. Jika dahulu nasi bamboo ni di datangkan dengan set di sertakan sambal kelapa goreng, sambal belacan, kuah kari, telur masin dan ulaman di jual pada harga RM2.50 tetapi kini kita hanya boleh membeli nasi bamboo ni sahaja pada harga RM2.10. Menu sampingan lain semuanya di jual pada harga yang berlainan. Itu lah bezanya pada ana nasi bamboo dahulu dan sekarang.




Inilah dia Nasi Bamboo Sungai Klah yang viral tu. Di masak di dalam daun di isi ke dalam buluh dan di kukus. Ketika ana beratur menunggu giliran mengambil nasi bamboo ni, ana melihat sendiri  deretan kukusan yang besar di masak di sana. Masa untuk nasi kukus ini masak sepenuhnya dalam lebih kurang 15 minit. Ana tak pasti nasi dah siap di tanak dan dikukus semula atau sebaliknya. Juga terdapat menu baharu, iaitu nasi panggang. Belum cuba lagi, mungkin lain kali nanti, In Shaa Allah.




Keenakan dan aroma nasi bamboo ni sangat sedap pada ana. Masih seperti dahulu dan selera sungguh kami menikmatinya sekeluarga. Semua menu juga kian meriah dan bertambah banyak pilihan seperti menu-menu kuih muih antaranya putu Perak, menu sampingan lain seperti laksa, mee rebus, cendul dan sebagainya. Dan pilihan lauk pauk juga pelbagai dan menyelerakan.




Pilihan Kak Long dan Adik Ika, macam dahulu juga, kambing panggang. Sepinggan ni harga dalam RM11 kalau tak silap ana, di sertakan cicah nya air asam belacan.


Ana pula nak mencuba ayam kampung goreng berempah ni, tak berapa ingat harga nya dalam RM8 rasanya, tapi sedao ya amat. Lembut jer isi asamnya dan kuah cicah sambal kicap tu memang heaven sangatlah.




Suami ana pula ambil sup tulang, semangkuk ni berharga RM12, tapi  macam tak berbaloi la sebab tak ada isi cuma celah-celah tulang tu sahaja. Dah nama lagi sup tulang kan haha :) Boleh lah di jadikan kuah untuk makan tengahari kami hari tu.

Air minuman pun macam-macam pilihan dan harga pun mengikut pasaran. Eh! Cop!! Walaupun entri ni diterbitkan dalam bulan puasa, kami pergi makan ni waktu sebelum puasa tau, kompius pula pembaca nanti sebab sepanjang bulan Ramadan ni, Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah di tutup operasinya selama sebulan.

Kalau korang berhasrat nak mencuba sendiri makan Nasi Bamboo Sungai Klah yang terletak di Sungkai ni, boleh lah datang selain bulan Ramadan. Memang sedap semua menu yang di tawarkan disini. In Shaa Allah.

9 Comments

  1. Oh, cara memasak nasi yang unik pakai bambu ...
    Cara memasak pakai bambunya mirip dengan pembuatan lemang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan cuma ia dikukus berbeza dengan lemang yang dibakar :)

      Delete
  2. hari tu suami ada cerita makan nasi bamboo tapi tak ingat kat mana..ishhh tengok kat ayam goreng dia pun dah kecur air liur ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba sendiri Fuzy,memang sedap-sedap menu di sini :)

      Delete
  3. layan jugak kan.. bertahun jugak la x mkan siini

    ReplyDelete
  4. A few animal types lift their crest a hundred feet into the air on stems from eight to twelve creeps in width. Bamboo

    ReplyDelete