Sardin merupakan salah satu makanan kegemaran ana juga lah. Masak sambal makan dengan roti puri perghh!! Sedap tu. Tapi kan agak mengecewakan bila baru-baru ini, dua jenama sardin dalam tin di senaraikan tidak selamat dan dalam minggu ini pula, enam lagi jenama sardin dalam tin di dapati ada cacing dan ditarik balik oleh KKM.  Memetik laporan Berita Harian Online, Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk sardin dalam tin mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan adalah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy. 


Kredit sumber : Sinar Harian Online

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah. Untuk laman web pula boleh lah ke http://moh.spab.gov.my atau ke Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq.


Image may contain: text
kredit sumber : BH Online

Rujukan dan sumber : Sinar Harian dan BH Online

4 Comments

  1. alaaaa Kak Ana !! penah makan yang Cinta n TC Boy !! macam mana ni Kak Ana. depa ni xdak keje keeee ha letak cacing dalam sardin. mujur cheq bukan peminat setia tpi daaaaa makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun suka Markerel King Cup tu, masa tu tak ada kut kes cacing ni.. baru-baru ni je agaknya ada kes :( tu laa kak ana pun pengemar sardin gak CT :(

      Delete
  2. Sha tak beli jenama-jenama ini.. Mujurlah..

    ReplyDelete