6 Jenama Produk Ikan Sardin Dalam Tin Mengandungi Cacing


Sardin merupakan salah satu makanan kegemaran ana juga lah. Masak sambal makan dengan roti puri perghh!! Sedap tu. Tapi kan agak mengecewakan bila baru-baru ini, dua jenama sardin dalam tin di senaraikan tidak selamat dan dalam minggu ini pula, enam lagi jenama sardin dalam tin di dapati ada cacing dan ditarik balik oleh KKM.  Memetik laporan Berita Harian Online, Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk sardin dalam tin mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan adalah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy. 


Kredit sumber : Sinar Harian Online

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah. Untuk laman web pula boleh lah ke http://moh.spab.gov.my atau ke Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq.


Image may contain: text
kredit sumber : BH Online

Rujukan dan sumber : Sinar Harian dan BH Online
6 Jenama Produk Ikan Sardin Dalam Tin Mengandungi Cacing 6 Jenama Produk Ikan Sardin Dalam Tin Mengandungi Cacing Reviewed by Ana Jingga on June 29, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. alaaaa Kak Ana !! penah makan yang Cinta n TC Boy !! macam mana ni Kak Ana. depa ni xdak keje keeee ha letak cacing dalam sardin. mujur cheq bukan peminat setia tpi daaaaa makan.

    ReplyDelete
  2. Sha tak beli jenama-jenama ini.. Mujurlah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.